Tips Kembalikan Cahaya Kegelapan

Posted by Teamon crew on

Masalah kegelapan ini sering juga diperkatakan. Ia juga merupakan salah satu masalah yang harus dipandang serius. Ini adalah disebabkan, masalah kegelapan yang berlaku pada salah satu tempat anggota badan, akan menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Terdapat banyak juga produk yang telah dikeluarkan di pasaran luar bagi masalah kegelapan ini. Walau bagaimanapun, ada juga cara atau inisiatif lain untuk mengatasi masalah ini. 

Dengan adanya bahan-bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini, ia boleh diguna pakai untuk masalah-masalah yang sering menjadi punca utama seseorang individu itu hilang keyakinan diri.

TIPS KEMBALIKAN CAHAYA KEGELAPAN

BACA SINI: DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN

Salah satunya ialah, serbuk kopi. Tidak dinafikan serbuk kopi merupakan salah satu minuman yang digemari oleh sesetengah masyarakat. Namun ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kegelapan

Malah bagi individu yang mempunyai masalah jerawat juga boleh digunakan kopi sebagai bahan utama. Ini adalah disebabkan ia dapat menghindarkan sel-sel kulit mati dan juga mampu untuk melembutkan dan menghaluskan kulit. 

Bahan yang kedua ialah serbuk koko. Serbuk koko yang sering digunakan di dalam pembuatan kek ini juga mampu untuk membantu serba sedikit masalah kegelapan ini.

Serbuk koko, ini mampu untuk memberi kesan yang baik pada kulit. Walaubagaimanapun, setiap perkara pasti akan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Begitu juga dengan serbuk koko ini, ia tidaklah mudah untuk digunakan secara langsung pada kulit. Tambahan lagi, ia berbeza dengan adiknya iaitu shea butter.

BACA SINI: DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN

Seterusnya, bagi aloe vera seperti yang sedia maklum, aloe vera merupakan bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Ia mempunyai Vitamin E yang mampu untuk melembabkan kulit.

Tambahan lagi, ia mempunyai Vitamin C. Fungsi Vitamin C ialah untuk mencerahkan kulit. Tidak dapat disangkal lagi, apabila seseorang individu mempunyai masalah sunburn atau kulit terbakar pasti aloe vera akan menjadi jalan penyelesainnya. 

Ini adalah kerana, dengan menggunakan aloe vera ia mampu untuk mengurangkan rasa pedih disebabkan cahaya matahari dan dalam masa yang sama ia juga membantu untuk menyejukkan kulit.

TIPS KEMBALIKAN CAHAYA KEGELAPAN

BAHAN-BAHAN

  • Serbuk kopi
  • Serbuk koko
  • Aloe vera

 CARA PENYEDIAAN

Pertama, sediakan serbuk kopi. Namun, jika ingin digunakan pada wajah pastikan serbuk kopi tersebut telah dikisar sehingga halus. Selepas itu, masukkan serbuk koko ke dalam serbuk kopi tersebut.

Seterusnya, masukkan aloe vera dan gaulkan sehingga sekata. Kemudian, gosokkan pada tempat yang kelihatan gelap atau ia juga boleh digunakan pada wajah.

Kesimpulannya, setiap satu masalah pasti akan ada jalan penyelesainnya. Carilah jalannya sebelum ia terlambat, supaya tidak menjadi seperti peribahasa "nasi sudah menjadi bubur"

 

TIPS KEMBALIKAN CAHAYA KEGELAPAN

 

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment