DIY Serum Vitamin C Untuk Kulit Bersih Licin

Posted by Teamon crew on

Sesetengah  individu mungkin tidak terlalu menitik berat tentang serum vitamin C dan tidak menjadikan sebagai rutin harian seperti mana penggunaan pencuci muka atau torner.

Ini berlaku mungkin disebabkan harganya yang agak mahal atau tidak tahu apakah fungsi serum vitamin c pada wajah.

Walau bagaimanapun, serum vitamin c juga boleh dilakukan sebagai DIY, maka dengan itu, ia dapat menjimatkan kos bagi seseorang individu yang tidak mampu untuk mendapatkan secara terus di pasaran luar.

DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN

 

BACA SINI: GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT 

Secara ringkasnya serum merupakan cecair dan teksturnya ringan. Dalam masa yang sama, ia tidak mempunyai minyak yang boleh  diserap pada kulit wajah.

Fungsinya untuk beberapa jenis kulit yang bermasalah. Antaranya ialah, kerutan, bintik hitam, kulit kering dan pertumbuhan jerawat.

Dengan kehadiran antioksidan di dalam Vitamin C ia mampu untuk melawan punca yang akan menyebabkan berlakunya kerosakan kulit wajah.

Tambahan lagi, pada zaman yang kian moden ini kebanyakkan masyarakat menginginkan kulit yang cerah.

Maka dengan itu, salah satu manfaat yang ada pada Vitamin C ialah dapat untuk mencerahkan kulit wajah. Dengan itu, ia dapat dilihat terdapat banyak kebaikan yang boleh kita guna daripada bahan yang mempunyai kandungan Vitamin C.

BACA SINI: GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT 

Walaubagai manapun, tidak dinafikan serum atau vitamin C yang berada di pasaran mempunyai harga mereka yang tersendiri. Maka dengan itu, jika kita inginkannya juga pada ketika inilah kita harus mempunyai ilmu.

Dengan adanya ilmu, bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini dapat dijadikan DIY serum Vitamin C.

Salah satu bahan yang digunakan ialah buah naga. Buah naga ini ditemui di negara Indonesia. Ia berasal daripada selatan Meksiko dan Amerika Pusat. Buah ini mempunyai nutrisi yang tersendiri.

Antaranya ialah. protein, kalori, karbohidrat, serat, Vitamin C, zat besi dan magnesium.Secara ringkasnya, terdapat beberapa manfaat yang diberikan daripada buah naga pada kecantikan.

Salah satunya, ia dapat dijadikan sebagai pelembab. Ini adalah disebabkan, kandungan air yang mecapai sehingga 80% itu dapat dijadikan sebagai mosturizer, sekali gus dapat untuk melembabkan kulit wajah.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi dengan adanya Vitamic C di dalam buah naga tersebut, ia juga dapat mencerahkan kulit.

Tambahan lagi, dengan Vitamin C masalah pertumbuhan jerawat juga dapat diatasi. Dengan adanya, antioksidan ia dapat membantu mengurangkan berlakunya wajah daripada breakout. 

BAHAN-BAHAN

- Buah naga
- 4 Sudu Madu

CARA PENYEDIAAN 

Pertama sekali, sediakan buah naga. Potong buah naga tersebut untuk mendapatkan kulitnya. Seterusnya, kisarkan kulit buah naga tersebut bersama sedikit air sehingga menjadi halus. Selepas itu, masukkan empat sudu madu lebah ke dalamnya dan gaul sehingga sekata. 

Selanjutnya, tapiskannya untuk mendapatkan serum. Kemudian, masukkan ke dalam botol dan simpan ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Akhir sekali, gunakan pada kulit untuk mendapatkan kulit yang bersih licin.

Kesimpulannya dengan menggunakan buah naga dan madu sahaja dapat menghasilkan serum vitamin C semula jadi. Jika kita menginginkan sesuatu dan hasil yang bagus, kita haruslah mempunyai semangat dan kesungguhan yang tinggi.

 

 

DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment