Bukan perempuan sahaja yang menginginkan kulit yang cerah malah, kaum adam juga inginkan kulit yang cerah untuk tampak kelihatan lebih menarik.
Ia tidaklah begitu mudah dan tidak begitu sukar untuk mendapatkannya kerana ia juga bergantungan pada kesungguhan individu tersebut.
BACA SINI: CERAH PADA BAHAGIAN CELAHAN
Seperti yang semua tahu, pada zaman yang kian membangun ini sudah terdapat pelbagai jenis poduk yang telah dikeluarkan untuk mencerahkan kulit wajah.
Teamon Malaysia juga mempunyai satu produk yang mampu untuk mencerahkan kulit wajah iaitu Beetroot Mask.
Beetroot Mask ini telah improve formula dengan memasukkan pearl powder ke dalamnya. Pearl powder berperanan untuk meningkatkan keupayaan kulit bagi mengekalkan kelembapan dan sekali gus menghasilkan kulit yang cerah dan glowing.
Malah, dalam masa yang sama terdapat banyak feedback daripada customer yang mengatakan bukan sahaja kulit mereka menjadi cerah akan tetapi masalah parut jerawat juga mula pudar.
Dengan itu, ia membuktikan betapa kuatnya kandungan yang ada pada beetroot mask ini mampu untuk mengatasi masalah yang ada pada kulit wajah.
Antara kandungan utama yang ada pada beetroot mask ialah:
- Beta Glucan
- Pearl Powder
- Hyaluronic Acid
Tambahan lagi, yang lebih menariknya apabila semua jenis kulit boleh menggunakannya.
Selain itu, dengan beetroot mask juga boleh dijadikan DiY dengan mencampurkan kandungan bahan lain ke dalamnya mendapatkan kesan yang lebih efektif.
Antara bahannya ialah:
- Beetroot Mask
- Tepung Beras
- Air
BACA SINI: CERAH PADA BAHAGIAN CELAHAN
Sediakan dua sudu tepung beras dan masukkan beeroot mask kedalamnya. Dalam beetroot mask mempunyai pearl powder, untuk pengetahuan ringkas gadis di siam gemar menggunakan pearl powder untuk mendapatkan kulit yang licin dan cerah.
Seterusnya, masukkan sedikit air dan gaul sehingga rata. Selepas itu, lumurkan pada bahagian tangan dan biarkan ia selama 10 minit.
Setelah ia kering, bilas menggunakan air. Untuk mendapatkan kesan yang lebih lagi, lakukan ia dua hingga tiga kali.
Kesimpulannya, pada zaman era globalisasi ini tiada lagi alasan yang ingin dikatakan untuk mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan glow.
Ini adalah kerana, terdapat pelbagai jenis cara yang boleh dilakukan, sama ada dengan mengambil cara yang mudah atau susah.
Dalam masa yang sama, lakukan dengan bersungguh-sungguh sehinga mendapatkan kesan yang terbaik dan lebih baik daripada sebelum ini.
]]>Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara "manual". Selalunya tidak digalakkan untuk pecah jerawat secara "manual". Ini adalah disebabkan risiko untuk berjangkit pada bahagian lain agak tinggi dan kesan untuk meninggalkan parut juga ada.
Namun walau bagaimanapun, ada cara lain untuk memastikan jerawat tersebut pecah dalam keadaan yang selamat.
BACA SINI: HILANGKAN BEKAS JERAWAT GUNA KULIT PISANG
Hanya dengan menggunakan Rice Serum dan kulit kayu manis sahaja mampu untuk melakukannya.
1) Beras
Pada tahun 2013. ada satu penilitian yang telah dilakukan iaitu dengan menjadikan beras sebagai masker wajah. Ia berkesan untuk melawan penuaan diri.
Perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan, beras mampu untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit.
Tambahan lagi, di Jepun beras sering digunakan untuk kecantikan kulit wajah. Mungkin pada mata kasar, semua manfaat yang ada pada beras adalah sama.
Namun sebaliknya, beras di Jepun sangat digalakkan untuk dijadikan sebagai masker wajah. Ini adalah disebabkan di dalam beras tersebut mempunyai kandungan squalane oil yang tinggi.
Lebih menarik, fungsi beras bukan sahaja untuk melawan penuaan diri malah ia juga mampu untuk menjaga kelembabpan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV.
Manfaat beras tidak boleh dinafikan lagi kerana sudah bterdapat pelbagai jenis produk yang dikeluarkan menggunakan beras sebagai bahan utama.
Produk yang dikeluarkan oleh Teamon Malaysia juga memnggunakan beras sebagai bahan utama. Salah satunya ialah Rice Serum.
Dengan ini, ia menunjukkan betapa tingginya manfaat dan khasiat yang ada pada beras sehingga berkesan dalam pelbagai aspek untuk kecantikan kulit wajah.
Teamon Malaysia sedang menjalankan satu tawaran istimewa. Jadi, siapa yang inginkan kulit yang licin, cerah dan lembab boleh dapatkan serta merta dengan harga yang berbaloi dan result berganda.
2) Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis juga sama seperti beras, ia selalunya digunakan sebagai masker wajah.
Manfaat yang boleh didapati daripada kulit kayu manis ialah mengatasi masalah pertumbuhan jerawat, melawan tanda penuaan dan menyihatkan kulit.
Satu kajian telah dibuat, ia mengatakan bahawa minyak essential pada kulit kayu manis berkemampuan untuk melawan bakteria yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat berlaku.
Di dalam kulit kayu manis mempunyai kandungan antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.
Dengan itu, sekaligus ia mampu membantu mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Walau bagaimanapun, kita boleh lakukannya dengan cara DiY. Hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja iaitu:
- Cotton
- Rice Serum
- Serbuk kulit kayu manis
Sediakan serbuk kulit kayu manis, Teamon Rice Serum dan gaul sehingga sebatik. Kemudian, gunakan cotton bud letakkan pada jerawat. Biarkan ia dan lakukannya secara konsisten sehingga ia berkesan dan jerawat hilang.
Kesimpulannya ialah, walaupun masalah yang dihadapi amatlah sukar tetapi ia pasti akan ada jalan penyelesainnya.
Sama ada usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau tidak sahaja. Bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan Disitu Ada Jalan"
Ini mungkin disebabkan sudah terlalu banyak produk yang dikerluarkan di pasaran yang telah tersedia dan tidak perlu menggunakan tenaga untuk menyediakannya secara DIY.
Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita terus menerus melupakan bahan semula jadi yang pada zaman dahulu, ia merupakan bahan yang penting dalam perubatan dan juga kecantikan.
BACA SINI: GUNA AIR PLUM UNTUK DAPATKAN KULIT LICIN
Terdapat pelbagai jenis bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah. Antaranya ialah:
1) Timun
Timun sering dijadikan sebagai masker wajah. Ini adalah disebabkan timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi.
Maka dengan itu, ia bagus digunakan untuk kulit wajah. Selain daripada kandungan air yang tinggi, timun juga mempunyai kandungan Vitamin C dan juga asam kafeat.
Peranannya ialah untuk mengurangi peradangan kulit. Dalam masa yang sama, dengan adanya kandungan VItamin C dan Asam Folat di dalam timun tersebut, masalah "mata panda" juga boleh diatasi dengan menjadikan masker timun pada bahagian mata.
Untuk pengetahuan yang ringkas, apabila kulit muka mengalami minyak yang berlebihan ia akan menjadikan pori-pori tersumbat, sekaligus ia akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Dengan adanya masker timun ini, ia mampu untuk membersihkan kulit dan mengatasi lubang pori yang tersumbat itu.
Tambahan lagi, sudah terdapat banyak produk yang mengeluarkan produk yang berasaskan timun. Salah satunya ialah Teamon Malaysia.
Teamon Malaysia mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi dan kandungan utamanya ialah timun. Salah satunya ialah Cucumber Hydrating Toner.
BACA SINI: GUNA AIR PLUM UNTUK DAPATKAN KULIT LICIN
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Teamon Cucumber Hydrating Toner ini. Selain daripada Cucumber Hydrating Toner ada beberapa lagi produk Teamon Malaysia yang berasaskan timun, antaranya ialah:
1) Green Tea Face Mist
2) Cucumber Hydration Serum
3) Vitamin C Serum
Ini menunjukkan banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada timun jika kita menggunakannya dengan cara yang betul.
2) Beetroot
Mungkin sesetengah individu tidak biasa dengan buah beetroot. Beetroot mempunyai khasiat yang tinggi bukan sahaja untuk kesihatan malah ia juga baik untuk kecantikan kulit wajah.
Terdapat seorang artis popular di Malaysia yang mengamalkan beetroot ini untuk kecantikan kulit wajahnya. Ternyata ia berhasil, kulitnya yang cantik itu membuktikan bahawa beetroot mempunyai banyak kebaikan untuk kulit wajah.
Beetroot kaya dengan zat besi dan karotenoid. Fungsinya adalah untuk menjadikan kulit kelihatan sentiasa lembut dan sihat.
Buah beetroot ini mampu untuk menyerap ke dalam lubang pori kulit wajah dan menjadikan kulit menjadi lembab.
Selain daripada itu, buah beetroot juga bersifat antiseptik maka dengan itu, ia mampu untuk meringankan peradangan apabila berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Malah ada juga produk yang telah dikerluarkan, dengan menjadikan buah beetroot ini sebagai bahan utamanya iaitu Teamon Beetroot Mask.
Dengan adanya tambahan pearl powder di dalam Beetroot Mask ini, sekali gus ia mampu untuk menghalang enzim yang menggelapkan warna kulit dan mencerahkan kulit wajah.
3) Aloe Vera
Tidak dapat dinafikan aloe vera ini tidak asing lagi daripada untuk menjadikannya sebagai rawatan kesihatan dan juga kecantikan kulit wajah.
Ini adalah kerana khasiatnya yang tinggi tidak dapat disangkal lagi. Malah sudah terdapat banyak produk yang telah dikeluarkan di pasaran yang berasaskan aloe vera.
Aloe vera atau dikenali juga sebagai lidah buaya ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Antaranya ialah, A, C, E dan B12.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Dengan itu, aloe vera mampu untuk mengatasi kulit kering maka sekali gus boleh melembabkan kulit wajah.
Tambahan lagi, aloe vera juga bersifat anti bakteria, antiseptik dan antivirus. Maka dengan itu, masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dapat diatasi dengan meletakkan aloe vera pada kulit wajah.
Bagi pengetahuan, produk yang dikeluarkan daripada Teamon Malaysia ada juga yang menggunakan aloe vera sebagai bahan utamanya. Antaranya ialah:
1) Green Tea Face Mist
2) Vitamin C Serum
3) Rice Serum
Ini menunjukkan kandungan produk yang dikeluarkan oleh Teamon Malaysia adalah dengan menggunakan bahan semula jadi sahaja.
4) Kulit Kayu Manis
Kebiasaannya kulit kayu manis ini digunkan sebagai masker wajah. Malah, ia terbukti mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat dan juga tanda penuaan diri.
Kulit kayu manis ini mempunyai sifat antibakteria. Ia mampu untuk melawan kuman yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Menurut International Journal Of Pharmaceutical Science Invention di dalam kulit kayu manis mempunyai esential. Fungsinya adalah untuk melawan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Tambahan lagi, ia juga mampu berfungsi sebagai proses peyembuhan luka. Dalam masa yang sama selain boleh dijadikannya sebagai kecantikan kulit wajah, ia juga boleh digunkan pada rambut.
Menurut Department Of Dermatology University Of California kulit kayu manis boleh untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.
Ia berasal daripada procyanidin yang dijadikan untuk kegunaan rambut, tambahan lagi rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita.
Maka dengan itu amatlah penting untuk dijaga dan dibelai dengan rapi dan sebetulnya.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, terdapat banyak lagi bahan semula jadi yang boleh digunakan dan dijadikan sebagai rawatan alami.
Dalam masa untuk mendapat kebaikan daripada bahan semula jadi tersebut, kita juga dapat menimba lebih banyak lagi ilmu berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang boleh kita lakukan.
Bak kata pepatah, "Dimana ada kemahuan, disitu pasti akan ada jalannya". Begitu juga dengan kecantikan kulit wajah, jika kita menginginkan kulit wajah yang cantik, kita harus mencari jalan sehingga ke titik penamatnya.
]]>
Ini menunjukkan bukan sahaja kecantikan kulit wajah sahaja harus diutamakan malah, seluruh tubuh badan haruslah dijaga dengan baik supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cantik.
Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini produk mencerahkan kulit bukan sahaja tertumpu pada kulit wajah malah, bagi individu yang mengalami masalah kulit gelap pada celahan juga ada dijual di pasaran.
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT
Ia tidak dapat dinafikan, kulit pada bahagian peha, ketiak atau leher adalah berbeza. Ini kerana, kulit pada bahagian tersebut sering berlaku geseran antara satu sama lain.
Malah, bukan sahaja masalah kulit gelap, masalah bintik hitam dan pertumbuhan jerawat juga mudah berlaku pada bahagian tersebut.
Perkara ini berlaku adalah disebabkan bakteria, yang datangnya daripada peluh badan kita sendiri. Sekaligus, menyebabkan warna kulit pada kedua-dua bahagian tersebut bertukar menjadi gelap.
Pastinya, seseorang individu mengalami masalah seperti ini akan berasa sedikit tertekan dan rendah diri.
Walaubagaimanapun, ini bukan satu alasan untuk menjadikan kita lemah dan tidak boleh mendapatkan kulit yang cantik kerana terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah celahan gelap ini.
1) Penggunaan Deodorant
Mungkin sesetengah individu merasakan penggunakan deodorant tanpa mengenal pasti kandungan yang ada pada deodorant tersebut adalah perkara remeh.
Untuk pengetahuan, ketidak sesuaian kandungan yang ada pada deodorant tersebut akan menjadi salah satu punca ketiak menjadi gelap dan tona kulit tidak sekata.
Pada individu yang mempunyai kulit sensitif perlu menitik beratkan lebih lagi kerana ia akan boleh menyebabkan masalah kulit.
Tambahan lagi, deodorant yang telah bercampur dengan peluh dan tidak dibersihkan dengan cara yang betul akan memudahkan lagi bakteria untuk merebak dan sekali gus berlakunya kulit pada bahagian ketiak menjadi gelap.
2) Kekerapan Mencukur Dan Alat Pencukur
Alat pencukur yang digunakan haruslah sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Ini adalah disebabkan, apabila alat pencukur tersebut tidak berada dalam keadaan yang bersih ia akan memudahkan pembiakan bakteria, sekali gus ketiak akan mudah menjadi gelap.
Kaedah atau cara mencukur juga haruslah dilakukan dengan cara yang betul. Ini adalah kerana, apabila bercukur dengan cara yang tidak betul kulit akan berlaku luka dan akan meninggalkan parut.
3) Kebersihan
Perkara ini harus dipandang serius. Kebersihan haruslah dijaga dengan sebetulnya. Apabila selesai sahaja mandi lap tubuh sehingga kering.
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT
Selain itu, sentiasa memastikan pakaian dalam keadaan yang bersih dan seluar dalam yang dipakai haruslah kering dan bersih.
Salah satu perkara yang penting ialah, elakkan pakai pakaian yang ketat. Ini adalah kerana, apabila memakai pakaian yang ketat, ia akan berlaku bergesel di antara kulit sesama kulit.
Kesannya, kulit akan melecet dan akan meninggalkan parut dan kulit menjadi gelap.
Terdapat satu cara atau Tips Dari Dapur Abah kali ini untuk mencerahkan pada bahagian celahan.
- Pearl Powder
- Lemon
- Tepung Beras
- Air
Sediakan tepung beras. Masukkan pearl powder ke dalam tepung beras tersebut. Kebaikan yang ada pada pearl powder ini ialah:
Teamon Malaysia telah mengeluarkan pearl powder ini, yang dikenali sebagai Beetroot Mask. Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada Beetroot Mask.
Dalam masa yang sama, banyak feedback yang positif yang telah diterima daripada pelanggan Teamon Malaysia.
Selepas itu, masukkan air dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkan perahan lemon. Bagi pengetahuan ringkas, dengan memasukkan lemon ke dalamnya ia akan memberikan kesan yang maksimun.
Namun, ia tidak boleh digunakan pada kulit wajah. Kemudian, letakkannya pada celahan yang gelap.
Untuk mendapatkan kulit yang cerah dan bersih ia haruslah dilakukan secara konsisten dan lakukan dua hingga tiga kali seminggu.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat tidaklah begitu sukar namun, ia harus mempunyai kesungguhan yang tinggi pada diri seseorang individu tersebut.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat pada kita semua !
]]>
Kajian mengatakan bahawa pisang dan kulitnya boleh digunakan untuk kesihatan kulit wajah.
Ia mempunyai kandungan vitamin yang diperlukan pada tubuh badan seseorang.
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT
Selain daripada kandungan vitamin, ia juga kaya dengan mineral. Antaranya ialah:
- Magenesium
- Kalium
- Zat Besi
- Kalsium
- Fosforus
Maka dengan itu, tidak dapat disangkal lagi manfaat yang ada padanya untuk digunakan pada kulit wajah.
1) Pertumbuhan Jerawat
Satu kajian yang dilakukan, kulit pisang mempunyai pelbagai khasiat. Ia mampu untuk mengatasi keradangan yang berlaku pada kulit wajah.
Malah dalam masa yang sama, ia dapat mengurangkan masalah jerawat yang hadir tanpa diundang itu.
2) Mencerahkan Kulit
Dengan adanya kandungan antioksidan ia mampu untuk merawat kulit agar kelihatan sihat dan cantik.
Caranya hanya menjadikan pisang sebagi masker wajah. Dengan menggunakan pisang sebagai masker dan dilakukan secara konsisten, ia bukan sahaja mampu untuk mencerahkan kulit malah, masalah kulit kering juga dapat diatasi.
3) Mencegah Penuaan
Selain daripada masalah jerawat, kerutan yang berlaku pada kulit wajah juga dapat diatasi serba sedikit. Dengan adanya kerutan seperti itu, kulit akan kelihatan tidak sihat dan tampak berumur.
Bagi pengetahuan yang ringkas, pisang dikenali sebagai "botox alami". Ia mampu untuk memudarkan bintik-bintik penuaan.
Selain daripada itu, garis-garsi halus dan kerutan juga dapat dicegah.
- Kulit Pisang
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT
Sediakan pisang dan asingkan kulit pisang tersebut. Bagi pengetahuan ringkas, terdapat satu uji kaji yang membuktikan ia mempunyai satu enzim getah pada kulit pisang tersebut.
Fungsinya adalah untuk memudarkan parut pada kulit wajah. Seterusnya, gosok kulit pisang tersebut pada kulit wajah. Kemudian biarkan ia kering pada kulit wajah.
Selepas itu, sebelum tidur cuci muka dengan air. Untuk mendapatkan kesan yang cepat, ia haruslah dilakukan secara konsisten pada setiap hari.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan, pada zaman yang kian membangun ini tidak ada lagi sebarang alasan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Ini adalah disebabkan sudah terdapat pelbagai produk yang telah dikeluarkan di pasaran. Malah, dalam masa yang sama terdapat pelbagai petua yang telah disarankan hanya dengan menggunakan bahan semula jadi di atas muka bumi ini.
Secara ringkasnya, semuanya hanya dihujung jari. Kita sebagai individu yang inginkan sesuatu yang terbaik pada diri, seharusnya berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
]]>Apabila mempunyai jerawat pada kulit wajah akan membuatkan kita berasa tertekan dan mula timbul perasaan rendah diri.
Dengan itu, apabila mempunyai sebarang masalah bukan sahaja masalah jerawat pada kulit wajah, kita harus berusaha untuk mencari jalan penyelesainnya secepat mungkin supaya diri tidak merasa tertekan kerana datangnya masalah tersebut.
BACA SINI: JENIS-JENIS RAWATAN HILANGKAN PARUT
Terdapat dua bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menjadikan ia sebagai minuman kecutkan jerawat.
1) Timun
Tidak dapat disangkal lagi, timun kaya dengan kandungan air. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kandungan Vitamin C, Vitamin A, asam kafeik dan juga folat.
Asam kafeik mempunyai sifat anti radang dan antioksidan. Manfaat yang ada pada timun untuk kecantikan kulit wajah ialah:
- Membantu Mengatasi Masalah Pertumbuhan Jerawat
Apabila berlakunya minyak yang berlebihan pada kulit wajah akan menjadikan lubang pori tersumbat.
Sekali gus, ia akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Dengan menjadikan timun sebagai masker, ia dapat membantu untuk membersihkan kotoran pada kulit wajah.
- Melembabkan Kulit
Dengan adanya kandungan air yang tinggi sebanyak 96%, maka dengan itu ia mampu untuk melembabkan kulit wajah.
Tambahan lagi, ada kajian mengatakan dengan menggunakan timun pada kulit wajah ia dapat menghidratkan kulit.
- Melawan Tanda Penuaan Diri
Timun mempunyai kandungan antioksidan, kajian dalam Archives of Dermatological Research ia mampu untuk melawan tanda-tanda penuaan.
Selain itu, di dalam masker timun ia mempunyai Vitamin C dan Asam Folat. Fungsi Vitamin C adalah untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
Manakala, Asam Folat pula berfungsi untuk melawan kulit daripada kelihatan kusam yang menjadikan penyebab berlakunya penuaan diri.
- Toner
Selain boleh dijadikan sebagai masker wajah, timun juga boleh dijadikan sebagai toner.
Perkara ini tidak dapat dinafikan ada juga produk yang menggunakan timun sebagai bahan utama dalam produk kecantikan mereka.
Teamon Malaysia juga banyak mengeluarkan produk berasaskan timun. Malah, Teamon Malaysia juga telah mengeluarkan toner yang berasaskan timun iaitu Cucumber Hydrating Toner.
BACA SINI: JENIS-JENIS RAWATAN HILANGKAN PARUT
Manfaat yang boleh diperolehi daripada Cucumber Hydrating Toner ini ialah:
- Membantu mengekalkan kelembapan pada wajah
- Menggalakkan pembentukan sel kulit baharu dan kaya dengan antioksidan
- Kaya dengan protein, lipid, Vitamin C dan mineral serta membantu melembabkan kulit
- Memendekkan tempoh penyembuhan luka serta menggalakkan pembentukan kolagen
Maka dengan itu, apa yang dapat dilihat daripada sini ialah, banyak manfaat daripada timun yang boleh kita perolehi daripadanya.
2) Chia Seed
Chia Seed mengandungi sifat antibakteria dan antiinflamasi. Dengan adanya sifat seperti ini ia mampu untuk mencegah pertumbuhan jerawat pada kulit.
Dengan menjadikannya sebagai masker, ia mampu untuk mengatasi masalah sel kulit mati dan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah,.
Selain itu, ada kajian mengatakan bahawa chia seed mempunyai kandungan antioksidan sebanyak 30% lebih banyak daripada blueberry.
Maka dengan itu, ia terbukti sangat baik digunakan pada kulit wajah.Tambahan lagi, dengan menggunakan biji chia seed ia boleh membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dan kerutan pada kulit dengan senang.
Selain daripada baik digunakan untuk kecantikan kulit wajah, ia juga bagus digunakan pada mahkota wanita iaitu rambut.
Dengan adanya kandungan tembaga yang tinggi, ia mampu meningkatkan pertumbuhan rambut.
Dalam biji chia seed mengandungi 23% protein keratin yang berperanan untuk menguatkan rambut dan menjadikan rambut kelihatan berkilat.
Terdapat banyak lagi khasiat yang didapati daripada chia seed ini, bukan sahaja untuk kecantikan malah ia juga baik digunakan untuk kesihatan tubuh badan.
Sediakan timun dan hiriskannya. Untuk pengetahuan ringkas, timun boleh membuang "toxic" dalam badan yang menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Seterusnya, masukkan dua sudu chia seed ke dalam air bersama dengan timun yang sudah dihiris.
Tambahan lagi, chia seed mempunyai satu sifat, apabila kita menjadikan ia sebagai minuman, ia mampu untuk membersihkan usus dengan menyerap segala "toxic" dan terus dibuang dengan cara membuang air besar.
Kemudian, selepas semua dimasukkan ke dalam biarkan ia selama 3 minit dan sedia untuk diminum.
Kesimpulannya, tiada lagi alasan untuk kita tidak kelihatan cantik. Petua ini sangat mudah untuk disediakan. Semoga setiap ilmu yang diberikan bermanfaat untuk kita semua.
Ini adalah kerana apabila kita mempunyai kulit wajah yang licin dan bersih ia akan meningkatkan keyakinan seseorang individu itu.
Walau bagaimanapun, pastinya akan terfikir bagaimana cara untuk mendapatkan hasilnya.
Setiap perkara yang ingin dilakukan mesti ada tiga benda ini iaitu:
1) Rajin
2) Konsisten
3) Tidak pernah putus asa.
Jika, ketiga-tiga perkara di atas dapat dilakukan dengan baik, maka InshaAllah hasilnya juga akan menjadi baik dan berpuas hati.
BACA SINI: LEBATKAN RAMBUT
Tidak dapat dinafikan, pada zaman yang kian membangun ini sudah terdapat pelbagai jenis produk yang telah dikeluarkan di pasaran untuk kecantikan kulit wajah.
Malah, bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini juga tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan semula jadi, ia bukan sahaja baik digunakan pada kesihatan tubuh badan malah, untuk kecantikan kulit wajah juga boleh digunakan.
Beetroot sangat baik digunakan pada kulit wajah. Terdapat banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada buah beetroot ini. Antara manfaat yang ada pada buah beetroot ialah:
- Sumber Nutrisi Dan Serat
Ia mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Beetroot mempunyai kandungan Vitamin C, mineral dan juga serat.
Dalam masa yang sama, ia mempunyai kandungan khasiat yang baik untuk hati, tulang, ginjal dan juga pankreas.
- Mencegah Pertumbuhan Jerawat
Dengan adanya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan zat besi ia mampu untuk mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
Sekali gus, apabila masalah minyak berlebihan dapat diatasi dan dalam masa yang sama dapat menjadikan kulit wajah yang "normal" maka, masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dapat diatasi.
- Lingkaran Hitam Bawah Mata Dapat Diatasi
Masalah lingkaran hitam pada bahagian bawah mata atau lebih mudah difahami "mata panda" ini sering menjadi punca seseorang itu hilang keyakinan diri.
Perkara ini berlaku adalah disebabkan tidur yang tidak cukup dan gaya hidup yang tidak sihat. Dengan hanya menggunakan jus beetroot ini secara konsisten ia mampu untuk mencerahkan lingkaran hitam tersebut.
Terdapat produk yang menggunakan buah beetroot ini sebagai bahan utama dalam produk tersebut. Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan beetroot iaitu Beetroot Mask.
- Mencerahkan kulit wajah
- Memudarkan parut
- Merangsang kolagen
- Mengurangi jeragat
Tidak dapat dinafikan ia sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Fokusnya adalah untuk pencerahan wajah, warna kulit tidak sekata dan dapat memudarkan parut jerawat.
BACA SINI: LEBATKAN RAMBUT
Maka dengan itu tidak dapat dinafikan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini tedapat banyak khasiatnya yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah.
Malah, ia juga boleh dilakukan dengan sendiri. Salah satunya Tips Dari Dapur Abah kali ini ialah, Rahsia Kulit Licin bersih Gadis Korea.
- Beetroot
- Tepung Beras
- Madu lebah
Sediakan beetroot. Bagi pengetahuan ringkas ada seorang artis Malaysia juga menggunakan beetroot sebagai kecantikan kulit wajahnya. Hasilnya memang terbukti, kulit menjadi cantik, bersih, cerah dan glowing.
Seterusnya, kisarkan beetroot tersebut untuk mendapatkan jus beetroot. Selepas itu, masukkan 3 sudu tepung beras. Masukkan jus beetroot yang telah dikisar tersebut dan gaul sehingga sebati.
Kemudian, masukkan madu lebah ke dalamnya. Akhir sekali, sapu pada kulit wajah. Pakai seminggu dua hingga tiga kali supaya dapat hasil yang terbaik.
Pada era globalisasi ini, sudah terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini.
Tambahan lagi, masalah pertumbuhan jerawat haruslah diatasi dengan segera. Ini adalah disebabkan masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.
BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU
1) Rutin Penjagaan Kulit Wajah Tidak Konsisten
Seperti yang telah dikatakan, setiap perkara yang ingin dilakukan dan mahukan "result" yang baik ia haruslah dilakukan secara konsisten.
Apabila menggunakan sesuatu produk, ia harus digunakan secara konsisten dengan mengikut cara penggunaan dan waktu yang telah diarahkan dengan betul.
Jika perkara seperti ini dititik beratkan, secara tidak langsung seseorang individu yang inginkan kulit yang cantik dan sihat akan tercapai.
2) Penggunaan Tuala Lap Muka
Perkara sepeti ini nampak seperti remeh dan tidak perlu diambil serius. Namun, penggunaan tuala untuk digunakan pada muka haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
Tuala yang digunakan untuk mandi harus diasingkan. Dalam erti kata yang mudah untuk difahami, menggunakan dua tuala dalam satu masa.
Contohnya, satu untuk tuala mandi dan satu untuk lap kulit muka.
Malah bukan itu sahaja, tuala tersebut haruslah kerap dibasuh supaya, ia terjamin tuala dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kuman yang boleh menyebabkkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
3) Stress Yang Melampau
Masalah ini tidak dapat disangkal lagi. Apabila berlakunya stress yang melampau pertumbuhan jerawat akan mudah berlaku.
Ini adalah disebabkan hormon yang dikenali sebagai androgen dalam badan akan dikeluarkan secara berlebihan apabila berlakunya stress.
Maka dengan itu, berlakulah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah tanpa diingini.
4) Bakteria Daripada Barang Peribadi
Tidak dinafikan salah satu barang peribadi yang wajib ada bersama kita ialah telefon bimbit.
Seorang Pembantu Profesor Klinikal Dermatologi Dari Mount Sinai Medical Center di New York iaitu Francesca Fusco berkata telefon bimbit merupakan barang peribadi yang mudah untuk dijangkiti kuman.
Malah, jika fikir secara logiknya ia amatlah betul. Ini adalah kerana, apabila kita menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan masuk ataupun keluar, anggota yang paling hampir ialah muka.
Sekaligus, ia akan menjadi salah satu punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Tambahan lagi, sesetengah individu gemar untuk menyentuh kulit wajah sebelum membersihkan tangan.
Namun walau bagaimanapun, setiap masalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesainnya. Begitu juga dengan masalah pertumbuhan jerawat ini.
BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU
Terdapat pelbagai jenis produk dan juga petua yang menggunakan bahan semula jadi yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Salah satunya ialah Overnight Acne Treatment. Hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Salah satunya ialah Timun.
Seperti sedia maklum, timun mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan pada kulit wajah. Ia mempunyai kandungan air yang tinggi sekaligus, mampu untuk melembabkan kulit wajah.
Produk yang dikeluarkan oleh Teamon Malaysia juga menggunakan timun sebagai salah satu bahan utama. Antaranya:
1) Cucumber Hydrating Toner
2) Cucumber Hydration Serum
3) Vitamin C Serum
4) Greentea Face Mist
- Timun
- Aloe Vera
- Greentea
Sediakan timun. Untuk pengetahuan timun sama dengan PH kulit wajah kita. Kisarkan timun untuk mendapatkan air timun.
Masukkan aloe vera ke dalam air timun tersebut. Seterusnya, masukkan greentea dan gaul sehingga sebati.
Kemudian, gunakan pada setiap malam secara nipis dan biarkan ia semalaman sehingga pagi. Kesannya jerawat akan mula kecut dan jerawat baru akan mula berkurang.
Namun, untuk memudahkan dan mempercepatkan masa boleh cuba menggunakan Treatment Set daripada Teamon Malaysia. Ini adalah kerana fungsinya adalah untuk menghilangkan masalah jerawat pada wajah.
Kesimpulan yang boleh disimpulkan ialah, setiap perkara yang dilakukan haruslah rajin dan sentiasa konsisten. Dengan adanya sikap seperti ini, hasilnya pasti akan terbaik.
]]>Bedak sejuk ini merupakan rawatan tradisional yang dilakukan sejak zaman nenek moyang lagi. Bahan utama yang digunakan untuk membuat bedak sejuk ialah beras.
Malah, tidak dinafikan pada zaman yang kian membangun ini. pembuatan bedak sejuk telah diolah dengan memasukkan pelbagai bahan di dalamnya untuk mendapatkan lebih banyak lagi manfaat.
BACA SINI: BEETROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT
1) Melembabkan Kulit Wajah
Apabila kulit wajah kering ia akan menyebabkan wajah akan kusam dan kelihatan tua. Maka dengan itu, bedak sejuk berperanan sebagai pelembab kulit.
Bedak sejuk akan membuatkan kulit kelihatan lebih segar dan berseri. Namun ia haruslah dilakukan secara konsisten.
2) Masalah Pori-Pori
Masalah pori berlaku berkemungkinan disebabkan genetik, cara penjagaan kulit wajah yang tidak betul atau penuaan.
Apabila berlakunya liang pori terbuka, kulit wajah akan kelihatan kasar. Dengan cara, menggunakan bedak sejuk, serba sedikit ia mampu untuk mengecilkan saiz pori-pori.
3) Menurangkan Berlakunya Pertumbuhan Jerawat dan Menyejukkan Kulit
Individu yang mengalami masalah minyak berlebihan akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dengan mudah.
Dengan menggunakan bedak sejuk masalah pertumbuhan jerawat dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama ia dapat menyejukkan kulit wajah.
Kebaikan yang ada pada bedak sejuk ini tidak dapat disangkalkan lagi. Ini adalah kerana bahan utamanya iaitu beras telah memberikan bukti yang kukuh terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi.
Tambahan lagi, beras kaya dengan Vitamin B kompleks. Beras juga sering dipercayai menjadi bahan utama dalam penjagaan kulit wajah.
Sudah terdapat banyak produk yang telah dikeluarkan di pasaran yang menggunakan beras sebagai bahan utama.
Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan beras iaitu Rice Serum.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Teamon Rice Serum ini. Antaranya ialah:
- Mencerahkan kulit wajah
- Kulit berminyak
- Mengimbang PH kulit
Ini membuktikan bahawa, jika kita menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini akan mendapat banyak manfaat yang baik bukan sahaja pada kesihatan tubuh badan malah ia juga boleh diguna pakai untuk kecantikan kulit wajah.
Bagi Tips Dari Dapur Abah untuk kali ini, bedak sejak ini telah dicampurkan bersama dengan yogurt untuk digunakan pada kulit wajah.
- Bedak sejuk
- Yogurt
Sediakan bedak sejuk dan yogurt. Seterusnya, masukkan yogurt ke dalam bedak sejuk tersebut dan gaulkan ia sehingga sebati.
Kemudian, sapukan pada wajah secara konsisten.
Untuk pengetahuan yang ringkas, ada ujikaji yang telah dilakukan bahawa beras mampu untuk mencerahkan kulit wajah.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan bersih ini ialah ia harus dilakukan secara konsisten dan rajin.
Apabila dua perkara ini tidak dapat dilaksanakan hasilnya tidak akan menjadi yang terbaik.
]]>
Mungkin ada sesetengah individu masih tidak tahu apakah kebaikan atau kegunaan toner untuk kulit wajah.
Toner merupakan salah satu produk yang digunakan pada kulit wajah. Fungsinya ialah untuk menghilangkan:
- Kotoran
- Minyak
- Sisa Makeup
Tambahan lagi, toner juga boleh berfungsi sebagai pelembab kulit supaya tidak menjadi kering selepas mencuci muka.
BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?
Bagi pengetahuan yang ringkas, toner terbahagi kepada dua jenis iaitu Hydrating Toner dan Exfoliating Toner.
Hydrating Toner
Hydrating Toner digunakan untuk melembabkan kulit wajah. Dengan kulit wajah yang lembab, sekali gus mampu untuk menyerap setiap bahan yang berada dalam produk skin care dengan baik.
Antara bahan yang ada padanya ialah hyaluronic acid, gel lidah buaya dan Vitamin E.
Tambahan lagi, toner pelembab ini diperbuat daripada bahan-bahan yang sememangnya berfungsi untuk memberikan kelembapan kulit wajah.
Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan toner. Ia berbentuk set iaitu Teamon Deep Set. Ia mengandungi:
- Cucumber Hydrating Toner
- Oat Bar Soap
Exfoliating Toner
Exfoliating pula bagus untuk eksfoliasi sel kulit mati yang berada pada kulit wajah.
Toner seperti ini mampu untuk membersihkan kulit wajah daripada sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan dengan sebetulnya. Dalam masa yang sama, ia sesuai digunakan untuk menghilangkan sisa makeup dari wajah.
Toner Eksfoliator diperbuat daripada alpha dan beta-hydroxy acid.
Selain daripada fungsinya mampu untuk membersihkan kulit wajah, ia juga boleh mengatasi serba sedikit masalah bintik hitam dan masalah kerutan.
BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?
Selain daripada fungsi toner mampu untuk melembabkan kulit wajah, ia juga mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat.
Tambahan lagi, toner mampu dimiliki pada setiap individu. Ini adalah disebabkan hanya dengan menggunakan timun, mampu untuk terhasilnya toner.
Timun mampu dijadikan sebagai toner kerana ia mempunyai kandungan air yang tinggi, sekali gus mampu untuk melembabkan kulit wajah
Selain itu, ia juga mempunyai Vitamin C. Fungsinya adalah untuk memudarkan parut gelap dan juga kurangkan berlakunya mata panda.
- Timun
Sediakan timun. Terdapat dua cara, ia boleh disagat atau dikisar untuk mendapatkan air timun.
Selepas itu, tapis timun tersebut. Kemudian, masukkan air timun tersebut ke dalam botol spray supaya mudah digunakan.
Cara pertama, spraykan air timun tersebut pada cotton pad dan sapukan pada muka. Cara kedua, teruskan spray secara langsung pada muka dan dab sehingga ia meresap.
Kesimpulannya, pada zaman yang kian membangun ini semuanya sudah siap tersedia di pasaran. Maka dengan itu, tiada alasan untuk kita mendapatkan hasil yang terbaik untuk diri sendiri.
]]>Tambahan lagi, sudah terdapat pelbagai produk dan cara yang boleh didapati untuk mendapatkan kulit yang cerah.
Malah, bukan hanya dengan cara menggunakan produk di pasaran akan tetapi dengan menggunakan bahan semula jadi juga, boleh mendapatkan kulit yang cerah secara semula jadi.
BACA SINI: 4 PRODUK HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
1) Beras
Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai khasiat air beras pada kecantikan kulit wajah.
Bagi pengetahuan ringkas, masyarakat di Korea dan Jepun mereka mereka menjadikan air rebusan air beras tersebut untuk mencerahkan kulit wajah.
Malah jika dilihat secara kasar, kebanyakkan produk yang dikeluarkan untuk kulit wajah, ia juga menggunakan pati air beras. Contohnya seperti:
- Pencuci Muka
- Toner
- Krim muka
Dengan adanya kandungan gamma-oyzanol pada air beras tersebut, ia mampui untuk membuatkan kulit kelihatan lebih cerah.
Selain itu, air beras juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia mampu untuk mencegah penuaan diri. Teamon Malaysia juga mengeluarkan produk berasaskan beras, iaitu Teamon Rice Serum.
Ini telah membuktikan, bahawa air basuhan beras telah memberikan impak yang bagus untuk kecantikan kulit wajah.
2) Daun Pegaga
Centella Asiatica nama saintifik bagi daun pegaga. Tidak dapat dinafikan, daun pegaga ini baik digunakan untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit wajah.
Jika kita mengikut petua orang dahulu, mereka gemar mengamalkan makan makanan sayuran hijau untuk penjagaan luar dan dalam. Malah, ia terbukti berhasil.
Daun pegaga mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi. Ia dapat mengurangkan kesan bengkak pada wajah akibat pertumbuhan jerawat.
Selain itu, ia juga mampu untuk melembabkan kulit wajah. Apabila kulit kita mempunyai kelembabpan yang cukup, sekali gus ia dapat mengelakkan daripada kulit menjadi berminyak atau terlalu kering.
BACA SINI: 4 PRODUK HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
Terdapat banyak lagi kebaikan yang ada pada daun pegaga ini. Kita seharusnya menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini secara baik.
- Daun Pegaga
- Air
- 2 Sudu Beras
Pertama sekali, sediakan dua sudu beras. Seterusnya, masukkan satu gelas air dan masak beras tersebut seperti biasa.
Setelah beras tersebut menjadi nasi, kisarkan sehingga ia menjadi halus. Selepas itu, masukkan daun pegaga ke dalamnya dan kisar sehingga halus.
Kemudian, tapiskannya untuk mendapatkan pati yang pekat tersebut. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
Simpan ke dalam peti sejuk untuk tahan satu hinggga dua minggu.
Kesimpulannya, jika kita menggunakan bahan semula jadi dengan sebetulnya, ia amatlah menarik. Malah, dalam masa yang sama bahan-bahan seperti ini juga mudah untuk didapati.
Jika, kita inginkan sesuatu yang bagus dan terbaik, kita harus berusaha lebih keras daripada sebelum ini supaya hasilnya menjadi bagus.
]]>Masalah yang dihadapi oleh seorang wanita mengenai rambut ialah masalah rambut gugur.
Apabila berlakunya rambut gugur, ia akan mengakibatkan seseorang itu mengalami rambut yang nipis atau "botak" sekali gus, boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.
BACA SINI: MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN
Namun, walau bagaimanapun pada zaman yang kian membangun ini terdapat pelbagai cara dan juga produk yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut.
Selain daripada produk di luar, kita juga boleh menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini.
1) Santan
Dengan adanya kandungan asam lemak yang ada pada santan ia mampu untuk menjadi pelembab pada rambut.
Apabila kulit kepala dan rambut dalam keadaan yang lembab ia memudahkan proses pertumbuhan rambut dengan lebih cepat. Sekali gus, rambut akan tumbuh dengan lebat dan sihat.
Tambahan lagi, menurut Jurnal Dermatology and Theraphy, santan kelapa mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang banyak. Dengan itu, ia dapat mencegah rambut daripada rosak dan kelihatan lebih kuat.
Selain daripada itu, menurut BMC Complementary Medicine and Therapies, santan juga dapat membantu masalah rambut bercabang.
Ekstrak santan kelapa dapat melindungi rambut daripada terjadinya hilang kandungan protein pada kulit kepala dan dapat mencegah kerosakan rambut akibat sinaran UV.
2) Aloe Vera
Tidak dapat dinafikan lagi, khasiat yang ada pada aloe vera bukan sahaja terarah pada kulit wajah malah, ia juga boleh digunakan pada kecantikan dan kesihatan rambut.
Terdapat beberapa khasiat yang baik untuk digunakan pada rambut, Antaranya ialah, Vitamin A, C, E, B12, Asam Amino esensial, asam lemak, mineral tembaga dan zink.
BACA SINI: MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN
Dengan adanya kandungan seperti ini, ia dapat mengatasi serba sedikit masalah rambut yang sering dihadapi oleh seseorang individu itu, Antaranya ialah:
- Gatal kulit kepala
- Memperkuatkan helaian rambut
- Mengatasi rambut berminyak
- Berlaku proses pertumbuhan rambut
Dengan itu, ia telah membuktikan dengan adanya bahan semula jadi seperti ini, setiap masalah yang dihadapi pasti akan ada jalan penyelesainnya. Caranya juga mudah untuk dilakukan.
- Santan
- Aloe Vera
Sediakan aloe vera dan santan. Masukkan santan ke dalam aloe vera tersebut. Seterusnya, gaulkannya sehingga is sebati dan biarkan ia sehingga menjadi pekat.
Ini adalah kerana untuk memudahkan proses lumuran pada kulit kepala. Kemudian, setelah ia menjadi sedikit pekat lumur pada kepala sehingga ia meresap pada kulit kepala.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, jika kita ingin mendapatkan hasil yang terbaik, kita harus berusaha dengan lebih keras, Bak kata pepatah, "Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan"
Walau bagaimanapun, seseorang individu haruslah mengenal pasti dahulu bahan yang sesuai untuk digunakan pada kulit wajah sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kesan yang tidak diingini pada wajah.
Namun, dengan adanya bahan semula jadi pada muka bumi ini ia mampu untuk membantu seseorang individu yang inginkan kulit yang cantik dan ingin menghilangkan jerawat dengan cepat.
Tidak dinafikan, apabila berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah ia akan menyebbakan kita merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.
Walau apa sekali pun masalah yang datang, ia tidak boleh menjadikan sebagai satu alasan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ini adalah kerana, setiap sakit pasti akan ada penawarnya, begitu juga dengan masalah pertumbuhan jerawat ini.
BACA SINI: KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS
Cara mudah untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dengan menggunakan tiga bahan iaitu, madu, tomato dan tepung beras.
Tomato seperti yang sedia maklum ia mempunya pelbagai kandungan atau khasiat yang bagus bagi kesihatan dan juga kecantikan wajah.
Ia mempunyai kandungan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk digunakan pada kulit wajah. Selain daripada itu, tomato juga mempunyai:
i) Vitamin A
ii) Vitamin B
iii) Kalium
v) Magnesium
BACA SINI: KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS
Dengan adanya khasiat seperti ini ia mampu untuk melembabkan kulit wajah. Dengan hanya menjadikan tomato sebagai masker wajah.
Tambahan lagi, dengan Vitamin C ia mampu untuk menjadikan salah satu zat untuk produksi kolagen dalam tubuh.
Di negara-negara Asia, penggunaan tepung beras untuk kecantikan telah diguna pakai sejak dahulu lagi. Terdapat banyak manfaat yang boleh diambil daripada tepung beras.
Salah satunya ialah, mengatasi masalah pertumbuhan jerawat. Ini adalah kerana tepung beras bersifat antispetik.
Fungsinya adalah untuk melawan kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
- Tomato
- Tepung beras
- Madu
Pertama sekali, potong tomato dan masukkan ke dalam blender bersama sedikit air. Setelah dikisar sehingga halus, masukkan tepung beras ke dalamnya. dan kisar sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan madu ke dalamnya yang berfungsi untuk membunuh jerawat dan melembabkan kulit wajah. Selepas itu, kisar semula sehingga ia sekata.
Kemudian, masukkan ke dalam ice tray dan biarkan ia selama 24 jam. Keesokkan harinya, gunakan pada wajah. Ia boleh digunakan setiao hari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
]]>
Namun, walau bagaimanapun setiap masalah yang kita hadapi pasti akan ada jalan penyelesainnya.
Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini sudah terdapat pelbagai jenis barang atau bahan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini.
Walau apa sekalipun, setiap barangan yang hendak digunakan seharusnya kita melakukan 'research' terlebih dahulu untuk keselamatan kulit wajah.
BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ
Terdapat dua bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini. Bahan tersebut ialah daun bay dan madu.
Daun bay ini merupakan rempah ratus yang digunkan di Indonesia dalam masakan mereka. Tambahan lagi, beberapa sumber telah mengatakan daun ini juga baik untuk kesihatan tubuh badan.
Dengan adanya kandungan vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi ia mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada wajah.
Malah, dalam masa yang sama daun bay membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Dengan khasiat yang ada pada daun bay ia bukan sahaja tertumpu pada kulit wajah, malah bagi individu yang mempunyai masalah rambut juga boleh menggunakannya.
Seterusnya, bagi madu pula seperti yang sedia maklum madu mempunyai khasiat yang tinggi tidak kira pada kecantikan ataupun kesihatan tubuh badan.
Ia sering digunakan di dalam masalah kecantikan. Ini adalah kerana ia bersifat antiseptik yang mampu untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat.
Ini menunjukkan dua bahan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat. Cara untuk membuatnya juga tidaklah begitu sukar.
BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ
- Daun bay
- Madu
Pertama sekali, rendamkan daun bay di dalam air semalaman. Ia adalah kerana untuk menyerapkan khasiat yang ada pada daun bay di dalam air tersebut.
Apabila sudah rendam semalaman, masukkan madu ke dalamnya dan gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam botol supaya mudah digunakan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu serba sedikit masalah pertumbuhan jerawat yang sering menjadi punca seseorang itu hilang keyakinan diri.
Masalah seperti ini seharusnya dipandang serius. In adalah untuk mengelakkan berlakunya kemurungan ke atas seseorang individu tersebut.
]]>Terdapat banyak juga produk yang telah dikeluarkan di pasaran luar bagi masalah kegelapan ini. Walau bagaimanapun, ada juga cara atau inisiatif lain untuk mengatasi masalah ini.
Dengan adanya bahan-bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini, ia boleh diguna pakai untuk masalah-masalah yang sering menjadi punca utama seseorang individu itu hilang keyakinan diri.
BACA SINI: DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN
Salah satunya ialah, serbuk kopi. Tidak dinafikan serbuk kopi merupakan salah satu minuman yang digemari oleh sesetengah masyarakat. Namun ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kegelapan.
Malah bagi individu yang mempunyai masalah jerawat juga boleh digunakan kopi sebagai bahan utama. Ini adalah disebabkan ia dapat menghindarkan sel-sel kulit mati dan juga mampu untuk melembutkan dan menghaluskan kulit.
Bahan yang kedua ialah serbuk koko. Serbuk koko yang sering digunakan di dalam pembuatan kek ini juga mampu untuk membantu serba sedikit masalah kegelapan ini.
Serbuk koko, ini mampu untuk memberi kesan yang baik pada kulit. Walaubagaimanapun, setiap perkara pasti akan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.
Begitu juga dengan serbuk koko ini, ia tidaklah mudah untuk digunakan secara langsung pada kulit. Tambahan lagi, ia berbeza dengan adiknya iaitu shea butter.
BACA SINI: DIY SERUM VITAMIN C UNTUK KULIT BERSIH LICIN
Seterusnya, bagi aloe vera seperti yang sedia maklum, aloe vera merupakan bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Ia mempunyai Vitamin E yang mampu untuk melembabkan kulit.
Tambahan lagi, ia mempunyai Vitamin C. Fungsi Vitamin C ialah untuk mencerahkan kulit. Tidak dapat disangkal lagi, apabila seseorang individu mempunyai masalah sunburn atau kulit terbakar pasti aloe vera akan menjadi jalan penyelesainnya.
Ini adalah kerana, dengan menggunakan aloe vera ia mampu untuk mengurangkan rasa pedih disebabkan cahaya matahari dan dalam masa yang sama ia juga membantu untuk menyejukkan kulit.
Pertama, sediakan serbuk kopi. Namun, jika ingin digunakan pada wajah pastikan serbuk kopi tersebut telah dikisar sehingga halus. Selepas itu, masukkan serbuk koko ke dalam serbuk kopi tersebut.
Seterusnya, masukkan aloe vera dan gaulkan sehingga sekata. Kemudian, gosokkan pada tempat yang kelihatan gelap atau ia juga boleh digunakan pada wajah.
Kesimpulannya, setiap satu masalah pasti akan ada jalan penyelesainnya. Carilah jalannya sebelum ia terlambat, supaya tidak menjadi seperti peribahasa "nasi sudah menjadi bubur"
]]>
Topik pertumbuhan jerawat seperti ini pastinya tidak asing lagi pada setiap platform yang ada pada zaman yang kian membangun ini.
Begitu juga dengan produk yang ada di pasaran luar. Ianya hanya perlu memilih dan mengeluarkan kos untuk mendapatkannya, tanpa mengeluarkan tenaga untuk menghasilkan produk tersebut.
Namun, ada juga sesetengah masyarakat atau individu yang lebih gemar untuk menggunakan bahan semula jadi yang dilakukan sendiri di rumah.
BACA SINI: CARA CERAHKAN WAJAH DENGAN CEPAT
Ini adalah kerana, dengan adanya bahan semula jadi di atas muka bumi ini kita harus menggunakannya dengan sebaik mungkin.Walaupun, ia menggunakan sedikit tenaga untuk mendapat kesan yang baik tetapi ia bukan satu alasan untuk kita tidak melakukannya.
Ini adalah disebabkan setiap masalah yang kita hadapi pasti akan ada jalannya. Ia bergantung kepada kesungguhan seseorang individu tersebut untuk mendapatkan hasil yang positif atau sebaliknya.
Dengan itu, mempunyai dua bahan semula jadi yang sering digunakan dalam hal kecantikan dari segi masalah pertumbuhan jerawat atau parut. Maka, dengan khasiat yang ada pada greentea dan madu ini ia mampu untuk membunuh jerawat yang muncul pada kulit wajah tanpa diingini.
Greentea sering dikatakan mampu untuk mengatasi masalah jerawat. Ini adalah disebabkan, greentea bersifat antioksidan. Ia mampu untuk masuk jauh ke dalam lubang pori dan mampu untuk membunuh jerawat yang ada pada wajah.
BACA SINI: CARA CERAHKAN WAJAH DENGAN CEPAT
Begitu juga dengan madu, yang sesuai digandingkan dengan greentea. Seperti yang sedia maklum, madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu untuk menghilangkan bakteria dan kuman daripada kulit wajah yang boleh berlakunya pertumbuhan jerawat.
Tambahan lagi, madu juga boleh dikatakan sebagai agen pembersih untuk membuka pori-pori yang tersumbat.
Maka dengan itu, sekali gus menunjukkan hanya dengan menggunakan dua bahan semula jadi ini, ia mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat dan sekali gus mampu untuk membunuh jerawat tersebut.
- Greentea
- Madu
Pertama sekali, rendamkan greentea bersama air. Seterusnya masukkan satu sudu madu dan gaul sehingga ia sebati. Kemudian, masukkan ke dalam botol supaya mudah digunakan dan tahan lebih lama.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, setiap masalah yang dihadapi tidak kira masalah tersebut berat atau ringan ia pasti akan ada jalan penyelesainnya. Namun, ia bergantung juga pada seseorang individu tersebut untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat atau panjang.
]]>
Apabila berlakunya angin di dalam badan yang terlalu banyak, ia akan menjejaskan emosi.
Ini adalah disebabkan seseorang individu yang menghadapinya terpaksa untuk menahan kesakitan di dalam satu jangka masa yang tidak menentu sama ada panjang atau pendek.
Kebiasaannya, ia akan menyerang pada perut. Perkara seperti ini berlaku mungkin disebabkan oleh jadual pemakanan yang tidak menentu.
Sekali gus, ia boleh menyebabkan angin mudah untuk menguasai di dalam badan. Masalah seperti ini tidak sepatutnya dipandang ringan, ia perlu diatasi sebelum menjadi lebih buruk.
BACA SINI: BEET ROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT
Terdapat beberapa bahan yang boleh dijadikan minuman atau makanan untuk membuang angin. Salah satunya, ialah halia. Halia merupakan sejenis rempah berakar. Rasanya yang agak pedas tetapi mempunyai khasiat yang tinggi dalam kesihatan tubuh badan.
Pada zaman Dinasti China halia sering dijadikan sebagai bahan perubatan. Antaranya ialah, loya, mengurangkan osteoarthritis, radang, mengawal kolestrol dan mengurangkan kesakitan apabila datang haid.
Halia mempunyai beberapa kandungan yang berkhasiat. Contohya, ialah kalori, karbohidrat, serat diet, protein, lemak dan juga gula.
Kandungannya yang serba cukup ini dapat dilihat betapa bagusnya halia dijadikan untuk mengatasi masalah kesihatan seseorang inidividu mengikut kesesuaian.
BACA SINI: BEET ROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT
Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan rasa yang tidak menyelerakan, halia akan direbus bersama dengan susu bagi mengatasi masalah pembuangan angin di dalam badan.
Cara dan bahan yang sangat mudah untuk didapati ini, serba sedikit mampu untuk mengatasi masalah angin di dalam badan.
Sediakan susu dan panaskan susu tersebut di dalam periuk. Seterusnya, potong halia secara kecil dan masukkan ke dalam susu yang sedang mendidih itu.
Selanjutnya, tapiskan susu yang telah mendidih bersama halia itu untuk mengeluarkan halia yang berada di dalamnya.
Selepas itu, masukkan susu yang telah disejukkan itu ke dalam botol supaya mudah untuk dituang ke dalam cawan. Kemudian, simpan lebihan susu tersebut ke dalam peti ais. Susu itu boleh bertahan selama seminggu.
Kesimpulannya, terdapat banyak bahan masakan yang dijadikan sebagai perubatan untuk kesihatan.
Walaupun rasanya tidak begitu menarik bagi sesetengah individu tetapi khasiat sangat bagus untuk digunakan bagi kesihatan tubuh badan.
Ini berlaku mungkin disebabkan harganya yang agak mahal atau tidak tahu apakah fungsi serum vitamin c pada wajah.
Walau bagaimanapun, serum vitamin c juga boleh dilakukan sebagai DIY, maka dengan itu, ia dapat menjimatkan kos bagi seseorang individu yang tidak mampu untuk mendapatkan secara terus di pasaran luar.
BACA SINI: GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT
Secara ringkasnya serum merupakan cecair dan teksturnya ringan. Dalam masa yang sama, ia tidak mempunyai minyak yang boleh diserap pada kulit wajah.
Fungsinya untuk beberapa jenis kulit yang bermasalah. Antaranya ialah, kerutan, bintik hitam, kulit kering dan pertumbuhan jerawat.
Dengan kehadiran antioksidan di dalam Vitamin C ia mampu untuk melawan punca yang akan menyebabkan berlakunya kerosakan kulit wajah.
Tambahan lagi, pada zaman yang kian moden ini kebanyakkan masyarakat menginginkan kulit yang cerah.
Maka dengan itu, salah satu manfaat yang ada pada Vitamin C ialah dapat untuk mencerahkan kulit wajah. Dengan itu, ia dapat dilihat terdapat banyak kebaikan yang boleh kita guna daripada bahan yang mempunyai kandungan Vitamin C.
BACA SINI: GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT
Walaubagai manapun, tidak dinafikan serum atau vitamin C yang berada di pasaran mempunyai harga mereka yang tersendiri. Maka dengan itu, jika kita inginkannya juga pada ketika inilah kita harus mempunyai ilmu.
Dengan adanya ilmu, bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini dapat dijadikan DIY serum Vitamin C.
Salah satu bahan yang digunakan ialah buah naga. Buah naga ini ditemui di negara Indonesia. Ia berasal daripada selatan Meksiko dan Amerika Pusat. Buah ini mempunyai nutrisi yang tersendiri.
Antaranya ialah. protein, kalori, karbohidrat, serat, Vitamin C, zat besi dan magnesium.Secara ringkasnya, terdapat beberapa manfaat yang diberikan daripada buah naga pada kecantikan.
Salah satunya, ia dapat dijadikan sebagai pelembab. Ini adalah disebabkan, kandungan air yang mecapai sehingga 80% itu dapat dijadikan sebagai mosturizer, sekali gus dapat untuk melembabkan kulit wajah.
Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi dengan adanya Vitamic C di dalam buah naga tersebut, ia juga dapat mencerahkan kulit.
Tambahan lagi, dengan Vitamin C masalah pertumbuhan jerawat juga dapat diatasi. Dengan adanya, antioksidan ia dapat membantu mengurangkan berlakunya wajah daripada breakout.
- Buah naga
- 4 Sudu Madu
Pertama sekali, sediakan buah naga. Potong buah naga tersebut untuk mendapatkan kulitnya. Seterusnya, kisarkan kulit buah naga tersebut bersama sedikit air sehingga menjadi halus. Selepas itu, masukkan empat sudu madu lebah ke dalamnya dan gaul sehingga sekata.
Selanjutnya, tapiskannya untuk mendapatkan serum. Kemudian, masukkan ke dalam botol dan simpan ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Akhir sekali, gunakan pada kulit untuk mendapatkan kulit yang bersih licin.
Kesimpulannya dengan menggunakan buah naga dan madu sahaja dapat menghasilkan serum vitamin C semula jadi. Jika kita menginginkan sesuatu dan hasil yang bagus, kita haruslah mempunyai semangat dan kesungguhan yang tinggi.
]]>
Ada pandangan mengatakan apabila mempunyai kulit yang cerah mereka akan berasa lebih yakin dan kelihatan cantik.
.
.
Malah, pada era globalisasi ini sudah terdapat pelbagai produk yang mampu untuk mencerahkan kulit. Walau bagaimanapun, mungkin sesetengah individu memilih untuk menggunakan bahan pencerahan dari bahan semula jadi.
.
.
Jadi hari ini abah akan berkongsi cara menghasilkan produk pencerahan sendiri dirumah.
BACA SINI: MANFAAT GREENTEA PADA WAJAH
Terdapat pelbagai bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit wajah. Salah satu yang boleh diambil ialah beetroot.
.
.
Beet root mempunyai kandungan antioksidan yang dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang lembut dan kulit sentiasa kelihatan sihat.
.
.
Selain daripada itu, beet root juga mampu untuk mengatasi pelbagai masalah kulit wajah. Antaranya ialah, masalah parut jerawat, mengurangkan pertumbuhan jerawat dan yang paling penting ia dapat untuk mencerahkan kulit wajah.
Hasil dari kajian saintifik membuktikan beetroot tinggi dengan kandungan vitamin c dimana ia sangat bermanfaat untuk mencerahkan wajah, menggalakan penghasilan kolagen dan meremajakan kulit.
.
.
Dengan hanya menjadikan sebagai masker wajah sahaja serba sedikit dapat membantu mengurangi masalah yang dihadapi.
.
.
Malah, dengan adanya kandungan khasiat yang baik pada beet root ini, ia juga bukan sahaja terarah kepada penjagaan kulit wajah atau kecantikan tetapi ia juga boleh digunakan untuk kesihatan tubuh badan.
BACA SINI: MANFAAT GREENTEA PADA WAJAH
Hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja ia dapat untuk memberikan kulit yang cerah pada seseorang individu yang menginginkannya. Antara bahan yang diperlukan ialah:
- Air Suam
- Air Beet Root
- Powder DIY Mask
- Mask Tray
1. Pertama sekali, sediakan satu gelas air suam. Seterusnya asingkan air beet root dan buahnya. Ambil air beet root tersebut dan masukkan ke dalam air suam yang telah disediakan itu.
2. Selepas itu, masukkan powder DIY mask ke dalam air tersebut dan gaul sehingga ia sekata.
3. Selanjutnya, tuangkan air tersebut ke dalam mask tray. Kemudian, biarkan ia sejuk dalam masa 10 hingga ke 15 minit.
4. Akhir sekali, pakai ia pada muka. Jika ingin kesan yang cepat, amalkan semingggu dua hingga ke tiga kali.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, setiap yang Allah S.W.T jadikan pada muka bumi ini pasti akan ada kebaikannya yang tersendiri. Ia bergantung kepada manusia untuk menggunakan dengan cara yang baik atau tidak.
.
.
Tambahan lagi, jika kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, maka hasilnya juga akan baik. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Sample percuma Beetroot mask disediakan khusus untuk 2000 pelanggan terawal. Anda boleh mendapatkan sample percuma dengan menekan gambar sample dibawah.
]]>
Maka sekaligus, perasaan hilang keyakinan diri akan berlaku. Terutamanya parut jerawat yang berada pada wajah, akan menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya tidak kelihatan cantik dan sering berasa rendah diri.
BACA SINI: CARA LICINKAN MUKA DENGAN CEPAT
Perkara seperti ini juga harus diambil serius dan perlu diatasi dengan segera. Ini kerana kesan sampingan yang akan dihadapi dapat dielakkan dengan kadar yang segera. Walau bagaimanapun, ada juga pertumbuhan jerawat yang tidak meninggalkan sebarang parut pada wajah.
Kulit yang berlakunya penyembuhan dengan baik, selalunya ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Apabila berlakunya sesuatu kesan yang diakibatkan oleh jerawat dan berlaku lebih daripada setahun, ia dikenali sebagai parut jerawat fibrosis.
Tambahan lagi, apabila mempunyai parut pada wajah, sekaligus kulit wajah akan kelihatan kusam dan tidak sihat. Seterusnya, disebabkan parut yang kelihatan itu juga akan memberikan kesan kehitaman pada wajah.
Namun demikian, masalah seperti ini juga sama seperti masalah yang lain. Ini membawa maksud, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesainnya. Setiap individu tidak seharusnya berasa putus asa sebelum berusaha untuk mendapatkan hasil yang bagus.
BACA SINI: CARA LICINKAN MUKA DENGAN CEPAT
Beet root merupakan salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah parut jerawat. Ini adalah kerana beet root mempunyai khasiat yang bagus untuk digunakan pada wajah.
Antaranya ialah beet root mempunyai Vitamin C, serat dan juga mineral. Dalam masa yang sama, beet root juga kaya dengan potasium. Fungsinya adalah untuk saraf dan otot. Maka dari situ, ia dapat dilihat beet root bukan sahaja terarah kepada kecantikan malah untuk kesihatan juga boleh diguna pakai.
Bagi pertumbuhan jerawat pula, dengan adanya vitamin , mineral, zat besi dan antioksidan ia dapat mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada wajah. Apabila masalah pertumbuhan jerawat dapat dielakkan, dengan itu masalah parut jerawat tidak akan berlaku.
- Air Beet Root
Hanya dengan satu bahan sahaja ia dapat untuk mengatasi masalah parut jerawat tersebut. Sediakan Beet Root. Seterusnya, asingkan air beet root tersebut ke dalam mangkuk. Jika mempunyai masalah jerawat, masukkan greentea bersama air beet root tersebut.
Selepas itu. masukkan ke dalam botol supaya mudah untuk digunakan. Kemudian, spray setiap malam pada wajah. Kesannya kulit akan kelihatan lembab, cerah dan juga glowing.
]]>
Tambahan pula, kebanyakkan sabun yang dijual di pasaran mempunyai harga mereka yang tersendiri. Dengan itu, mungkin sesetengah masyarakat tidak mampu untuk mendapatkannya.
Maka disebabkan itu, ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak mencuci muka. Ini adalah kerana mencuci muka amatlah penting terutamanya apabila kulit mengalami breakout. Penjagaan kulit wajah akan bertambah lebih lagi daripada sebelum ini dan ia harus dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang cepat dan bagus.
BACA SINI: KEBAIKAN LUAR BIASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MICRONEEDLING
Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini terdapat banyak bahan yang boleh kita DIY untuk dijadikan sebagai sabun pencuci. Salah satunya ialah, oat. Oat bukan sahaja satu makanan yang sihat malah ia juga boleh digunakan pada kulit wajah. Ia mampu untuk mengatasi masalah kulit sensitif, berminyak dan juga kulit yang kering.
Oat juga seperti bahan-bahan yang lain, ia juaga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah. Ia boleh digunakan sebagai pencuci muka terutama pada kulit yang sensitif. Di dalam oat terdapat kandungan saponin. Ia merupakan senyawa kimia yang berada di dalam tumbuhan.
Selain itu, saponin berfungsi sebagai sabun dan oat lebih lembut daripada sabun yang biasa digunakan. Ini adalah disebabkan, pembersihan hanya berlaku pada kulit wajah. Dalam masa yang sama, ia sangat sesuai digunakan kepada seseorang yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Selanjutnya, ia juga boleh melembabkan kulit. Dengan menggunakan oat ia tidak akan berlaku pengelupasan kulit wajah. Ini adalah kerana, oat mampu untuk melembutkan kulit. Akhir sekali, yang paling diingini masyarakat ialah, oat mampu mencegah daripada berlakunya partumbuhan jerawat. Oat mempunyai zat anti bakteria yang mampu untuk membunuh bakteria, yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah.
BACA SINI: KEBAIKAN LUAR BIASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MICRONEEDLING
Seterusnya ialah Chia Seed. Chia seed juga mempunyai yang hampir sama seperti oat. Chia Seed juga mampu untuk melembabkan kulit. Ini menunjukkan gabungan dua bahan yang bagus dan boleh dijadikan DIY sabun pemcuci kulit wajah. Minyak yang diekstrak daripada chia seed tersebut mempunyai banyak kebaikan yang boleh digunakan pada kulit wajah. Minyak chia seed tersebut mampu untuk menghidrat kulit wajah.
Tambahan lagi, secara trans epidermis ia mampu mengurangkan kehilangan air. Dalam masa yang sama, ia juga mampu untuk menghalang daripada berlakunya kehilangan kelembabpan pada kulit wajah, walaupun pada kulit yang kering. Maka dengan itu, hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, ia boleh dijadikan DIY soap untuk muka breakout.
Sediakan Chia Seed dan oat. Kisarkan Chia Seed dan oat sehingga ia menjadi halus. Seterusnya, cairkan Shea Butter dengan menggunakan cara double boiler. Selepas itu, masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam Shea Butter yang telah dicairkan tersebut.
Selanjutnya, masukkan ke dalam bekas untuk dibekukan. Kemudian, setelah ia dibekukan dan telah menjadi sabun sapukannya pada wajah untuk mendapatkan kesan yang bagus.
Kesimpulannya, setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah secara berterusan untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus dan cepat. Setiap benda yang berada di muka bumi ini pasti mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Ia sama ada, rajin atau tidak sahaja untuk mencari ilmu yang boleh diguna pakai bagi kebaikan diri sendiri.
]]>
Pada tahun 2014, satu kajian telah dilakukan dalam Indian Journal of Dermatology. Sebanyak 71% yang mempunyai masalah ini menunjukkan keputusan yang positif dalam mengalami tekanan. Ini disebabkan, lingkaran gelap pada bawah mata yang mengakibatkan mereka merasa tertekan.
BACA SINI: KULIT BERSIH DAN BERKILAU SEPERTI GADIS KOREA
1) Waktu Tidur Yang Tidak Teratur
Apabila berlakunya masalah tidur yang tidak cukup, badan akan menjadi penat. Ini adalah disebabkan, waktu rehat telah terganggu. Maka dengan itu, ia akan membuatkan kulit kita akan kelihatan pucat dan urat pada bawah mata juga akan kelihatan. Menurut Karly O’Keefe yang merupakan pemilik spa di Los Angeles, disebabkan urat-urat yang kelihatanlah akan terjadinya lingkaran gelap pada bawah mata.
2) Sakit Mata
Pada zaman yang moden ini, kebanyakkan masyarakat lebih gemar menghabiskan masa pada skrin telefon dan juga komputer riba. Ini merupakan salah satu punca terjadinya dark cricle pada bawah mata. Ini adalah disebabkan, ketegangan mata menghadap skrin dengan jangka masa yang lama.
Dalam masa yang sama, disebabkan mata yang tegang akan menyebabkan pembuluh darah kita mengembang sekali gus kesannya akan terjadi lingkaran gelap pada bawah mata.
3) Pengambilan alkohol dan merokok
Semua sudah sedia maklum kesan daripada pengambilan alkohol dan merokok amatlah mendalam. Kesannya bukan sahaja dalam tubuh badan malah, ia juga bole kelihatan pada fizikal badan kita. Disebabkan pengambilan alkohol boleh menyebabkan gangguan waktu tidur, maka dengan itu seperti yang telah diperkatakan apabila berlakunya masalah tidur yang tidak teratur, akan wujudnya dark cricle pada bawah lingkaran mata.
Bagi merokok pula, ia boleh membunuh kolagen pada kulit, sekali gus akan berlaku penuaan awal serta dark circle juga akan kelihatan. Tambahan lagi, ia juga telah mengambil oksigen pada kulit dan karbon monoksida yang dilepaskan ke dalam kulit. Maka dengan itu, kulit akan menjadi nipis dan lingkaran gelap pada wajah akan berlaku.
BACA SINI: KULIT BERSIH DAN BERKILAU SEPERTI GADIS KOREA
Walau bagaimanapun, setiap masalah yang terjadi pasti akan ada jalan penyelesainnya. Begitu juga dengan masalah dark cricle ini. Hanya dengan menggunakan bahan semula jadi dapat mengatasi masalah dark circle.
Cara penyediaannya pula ialah, sediakan air timun. Seterusnya, masukkan dua sudu madu ke dalan air timun yang telah disediakan itu dan gaul sehingga sekata.
Masukkan kapas muka ke dalam air timun tersebut dan celupkan ia sehingga sebati. Selanjutnya, susun kapas muka yang telah dicelupkan itu ke dalam plastik secara teratur. Kemudian, simpan ke dalam peti ais pada bahagian sejuk beku selama 24 jam. Gunakan 2 keping setiap hari pada bahagian mata.
]]>
Bagi pengetahuan ringkas garam himalaya adalah salah satu bahan untuk membuat DIY krim untuk menghilangkan ketiak atau leher yang gelap. Garam himalaya mempunyai beberapa mineral seperti vanadium, kromium, mangan dan magnesium. Ia berfungsi untuk menstabilkan gula di dalam darah. Walaubagaimanapun, jika ingin digunakan pada wajah ia harus dikisar supaya menjadi lebih halus dan dapat mengurangkan jumlah garam.
BACA SINI: CARA NI BOLEH HILANGKAN PARUT BERLUBANG
Selain itu, tepung beras dan Vitamin C juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Bagi asam jawa pula, ia bukan sahaja boleh digunakan pada masakan tetapi ia juga boleh dijadikam bahan kecantikan.
Ini adalah kerana, asam jawa mempunyai vitamin, mineral dan antioksidan. Ia juga mampu memelihara, membersihkan kulit wajah dan juga rambut.
BACA SINI: CARA NI BOLEH HILANGKAN PARUT BERLUBANG
- Garam Himalaya
- Tepung beras
- Vitamin C
- Asam Jawa
Cara untuk menyediakannya agak mudah. Sediakan garam himalaya dan campurkannya bersama dengan tepung beras. Kemudian, masukkan Vitamin C bagi mencerahkan kulit. Seterusnya, bagi menaturalkan semula garam tersebut supaya tidak sensitif, masukkan asam jawa.
Dalam masa yang sama, asam jawa juga berfungsi untuk mencerahkan bahagian-bahagian yang gelap. Gunakan setiap hari pada bahagian badan. Manakala, jika ingin digunakan pada kulit wajah haruslah digunakan dua hingga tiga hari seminggu.
Kesimpulan yang disimpulkan ialah hanya dengan menggunakan bahan yang berada di dapur rumah sahaja dapat mengatasi masalah leher atau ketiak yang gelap. Ini menunjukkan, setiap bahan semula jadi di atas muka bumi ini mempunyai khasiat yang tersendiri.
]]>
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat pada wajah. Bukan sahaja dengan cara membeli produk yang berada di pasaran, malah dengan menggunakan bahan semula jadi juga dapat membantu daripada masalah jerawat ini.
BACA SINI: DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT
Salah satu cara ialah dengan menggunakan tiga bahan iaitu timun, santan dan madu. Bagi pengetahuan ringkas timun mempunyai khasiat yang tersendiri pada wajah. Timun mempunyai nutrisi yang baik pada tubuh badan.
Tambahan lagi, timun mempunyai kalori yang rendah dan dalam masa yang sama ia mempunyai serat yang tinggi. Maka dengan itu, ia dapat menurunkan berat badan. Ia juga mempunyai banyak air, vitamin A, vitamin C, vitamin B dan mempunyai mineral. Antaranya ialah, magnesium, silika dan magnan.
Seterusnya, disebabkan khasiat di dalam timun ia dapat dijadikan sebagai mask, scrub, torner dan sebagainya yang baik digunakan pada wajah. Kemudian, bagi santan pula ia baik digunakan untuk pelembab dan pembersih pada wajah.
BACA SINI: DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT
BAHAN-BAHAN
CARA PENYEDIAAN
Bagi cara penyediaannya pula ialah sediakan timun. Kisarkan timun tersebut bersama air supaya mudah untuk dihancurkan. Selepas siap dikisar, masukkan ke dalam mangkuk. Seterusnya, masukkan empat sudu santan ke dalamnya. Tambahan lagi, untuk lebih bagus gunakan santan yang asli.
Kemudian, untuk melembabkan lagi kulit masukkan empat sudu madu lebah dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkannya ke dalam ice tray sehingga 24 jam.
Setelah dibekukan, gunakan satu biji ais tersebut dan gosokkan secara lembut pada wajah. Dilakukan secara selang sehari. Kesannya, kulit akan menjadi lembab dan jerawat akan kecut.
Kesimpulannya, setiap individu yang mempunyai masalah jerawat haruslah sentiasa mencari ilmu untuk mengatasi masalah jerawat yang sering dihadapi. Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelsaiannya tidak kira ia senang atau sukar.
]]>
- Betroot
- Vaselin
Dengan cara penyediaan yang mudah juga dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang licin dengan cepat. Pertama sekali, potong betroot tersebut dan kisarkannnya. Seterusnya, tapis ia untuk mendapatkan air dan panaskan air yang telah ditapis tersebut sehingga ia kering.
Kemudian, masukkan dua hingga tiga sudu vaselin dan gaul sehingga rata. Akhir sekali, untuk tahan yang lebih lama simpan di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Pada setiap malam, sapukan pada wajah secara nipis.
Kesimpulannya, jika keinginan seseorang itu amat tinggi untuk mendapatkan apa yang diinginkan, ia akan berusaha sehingga ke menara gading. Dengan itu, ia akan membuahkan hasil dengan mendapatkan kulit yang licin.
]]>Setiap insan yang berada di muka bumi ini inginkan kulit yang bersih dan berkilau untuk mendapatkan keyakinan yang tinggi dalam diri masing-masing. Ia tidaklah begitu mudah tetapi tidaklah begitu sukar untuk mendapatkan impian yang diidamkan.
BACA SINI: ALL TIME BEST SELLER TEAMON PRODUK: SCAR SET
Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulit yang bersih dan berkilau bukan sahaja dengan menggunakan cara yang moden malah petua orang dahulu juga boleh diguna pakai.
Salah satu cara atau petua yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan aloe vera atau dikenali juga sebagai lidah buaya dan dua bahan yang lain.
Untuk pengetahuan yang ringkas aloe vera ini, ia bukan sahaja mampu memberikan kebaikan kepada kulit malah ia juga boleh terarah kepada rambut dan tubuh badan.
Aloe vera mempunyai nutrient yang tinggi, terdapat banyak kandungan air dan mampu memberi manfaat kepada kulit dari vitamin yang terdapat daripada tumbuhan tersebut.
Antara manfaat yang boleh diambil ialah dapat melembapkan kulit, mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat dan dapat juga menegecilkan pori-pori wajah.
Selanjutnya, bagi kulit kayu manis pula atau dikenali juga sebagai Dalchini, ia juga mempunyai beberapa kandungan iaitu, zat besi, serat, mangan dan kalsium.
BACA SINI: ALL TIME BEST SELLER TEAMON PRODUK: SCAR SET
Bagi madu pula, selain daripada boleh membuat makanan, ia juga boleh digunakan pada wajah, ini adalah disebabkan madu mempunyai khasiat yang tersendiri.
Aloe vera (tumbuhan asli atau yang telah disiap proses)
1 sudu madu
1 sudu serbu kayu manis
Bagi cara penyediaan untuk mendapatkan kulit yang bersih dan berkilau pula ialah pertama sekali, masukkan madu dan serbuk kayu manis ke dalam aloe vera tersebut. Kemudian gaulkan ia sehingga rata. Seterusnya sapukan pada kulit wajah. Hasilnya kulit akan kelihatan bersih dan berkilat. Ia boleh dilakukan pada setiap hari.
Kesimpulan yang boleh diambil ialah untuk mendapatkan kulit yang bersih dan berkilau tidaklah begitu sukar ia adalah atas diri masing-masing. Apabila mindset menginginkan kulit yang bersih tidak akan ada alasan untuk mendapatkan hasilnya.
]]>
Dalam masa yang sama, dengan menggunakan cleanser juga dapat mengelakkan daripada pertumbuhan jerawat dan memulihkan kulit yang breakout.
Mungkin, sesetengah masyarkat tidak mampu untuk mendapatkan cleanser di mana-mana kedai tetapi, ia bukan satu alasan untuk tidak melakukan pencucian pada wajah. Ini adalah kerana, cleanser juga boleh dilakukan secara DIY.
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA BREAKOUT
Salah satu cara untuk melakukan DIY cleanser bagi muka jerawat dan breakout ialah dengan menggunakan oat. Apabila borak tentang oat pasti akan terlintas di fikiran oleh sesetengah masyarakat kegunaan oat hanyalah sebagai makanan yang sihat, tetapi oat juga mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digunakan pada wajah.
Dalam kandungan oat mempunyai saponin ia adalah merupakan sejenis senyawa kimia yang juga boleh didapati pada tumbuhan. Ia berfungsi seperti sabun yang boleh mencuci minyak dan juga molekul minyak. Tambahan lagi, oat lebih lembut daripada sabun yang biasa digunakan.
Seterusnya, ialah greentea atau teh hijau. Begitu juga seperti oat, teh hijau bukan sahaja khasiatnya boleh didapati pada minuman malah, ia juga boleh digunakan pada wajah.
BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA BREAKOUT
Tambahan pula, greentea bukan sahaja boleh mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak tetapi ia juga boleh melawan penuaan diri. Secara ringkasnya, di dalam kandungan teh hijau mempunyai sifat antioksidan, antimikroba dan anti peradangan.
4 Sudu oat
2 sachets greentea
Bagi penyediaan DIY cleanser untuk muka jerawat dan breakout pula, sediakan empat sudu oat. Kemudian, masukkan dua sachets greentea ke dalam oat dan kisar sehingga ia menjadi halus.
Seterusnya, simpan ia ke dalam bekas untuk tahan lebih lama. Cara untuk menggunakannya, letakkan ke atas tapak tangan dan basahkan menggunakan air. Gosokkan secara lembut pada wajah untuk mendapatkan hasil yang baik.
Kesimpulannya, selepas ini tiada lagi alasan untuk mendapatkan cleanser yang bagus. Ini adalah kerana, ia hanya memerlukan dua bahan sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
]]>
Petua untuk mencerahkan kulit wajah ialah dengan menggunakan krim cucur. Tambahan lagi, hanya dua bahan yang diperlukan dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU
Antara bahan yang diperlukan ialah tepung beras dan madu. Dua bahan ini mempunyai khasiat yang tersendiri pada kulit wajah. Bagi tepung beras, kajian mengatakan bahawa ia dapat mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat dan juga boleh memudarkan parut pada wajah.
Seterusnya bagi madu pula, ia adalah antiseptik yang menyembuhkan kulit wajah dengan cepat dan ia juga mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dari kulit.
Tambahan lagi, madu juga boleh dikatakan sebagai pembersih yang mampu membuka pori-pori tersumbat.
BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU
Bagi cara penyediaan untuk mencerahkan wajah menggunakan krim cucuq pula, gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi krim. Ia boleh digunakan pada setiap hari, dan disimpan ke dalam peti ais supaya tahan lama. Dengan cara ini serba sedikit dapat mencerahkan kulit wajah.
Kesimpulannya, ia dapat dilihat kedua-dua bahan ini amatlah memainkan peranan yang agak penting pada kulit wajah untuk mencerahkan kulit wajah. Tambahan pula, ia mudah untuk di dapati dan mudah disediakan.
]]>
Hampir semua lapisan masyarakat menginginkan kulit yang putih tetapi bagi umat Islam seharusnya bersyukur dengan setiap pemberian daripada Allah S.W.T.
Walaubagaimanapun, jika ingin mendapatkan sesuatu haruslah berusaha dengan cara yang betul dan tidak melakukan perkara yang diharamkan. Di Malaysia terdapat pelbagai petua yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan kulit yang putih dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT
Ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit putih gebu dengan menggunakan pad air beras. Untuk pengetahuan yang agak ringkas, beras juga mempunyai khasiat yang boleh digunakan pada wajah dan juga pada anggota badan
Ini adalah disebabkan, beras kaya dengan vitamin dan juga mineral. Antaranya ialah, niacin, vitamin D, kalsium, iron, fiber, thiamine dan riboflavin. Lebih meyakinkan lagi, beras juga salah satu makanan yang tidak mempunyai sebarang klestrol dan juga lemak tepu malah ia kaya dengan karbohidrat.
Selanjutnya, bagi yogurt pula, ia mempunyai khasiat pada kecantikkan dan juga kesihatan. Antaranya ialah, ia dapat menyihatkan tulang, mudah dicerna, membantu pengelupasan, dalam masa yang sama ia juga kaya dengan vitamin dan banyak lagi kelebihan yang ada pada kandungan yogurt.
BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT
Bagi madu, walaupun ia sering dijadikan sebagai bahan makanan terutama sekali untuk pencuci mulut tetapi ia juga menyumbang untuk tujuan kecantikan pada manusia. Ini adalah disebabkan nutrisi yang berada di dalam madu tersebut dapat membantu untuk mecantikkan lagi kulit.
Bagi mendapat kulit putih gebu dengan menggunakan pad air beras ia mempunyai beberapa langkah untuk membuatnya. Pertama, masukkan yogurt bersama madu ke dalam air basuhan beras tersebut. Gaulkan sehingga ia sekata. Kemudian, rendamkan kapas muka ke dalam air tersebut.
Seterusnya, masukkan kapas yang telah direndam ke dalam plastik dan bekukan selama 24 jam. Hanya dengan menggunakan sekeping kapas sahaja dan sapukan di muka.
Kesimpulannya, bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Ini membawa maksud setiap apa yang kita inginkan, apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti akan ada jalan yang terbaik untuk kita kecapi.
Begitu jugalah dengan kecantikkan pada diri kita sendiri, jika kita inginkan kulit wajah yang putih gebu tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, dengan cara petua orang dahululah kita boleh gunakannya, malah ia lebih mudah.
]]>
1) Meminimumkan kehadiran pori-pori
Apabila pori-pori kelihatan lebih kecil, kulit anda akan kelihatan lebih lembut dan halus. Toner dapat membantu wajah kelihatan lebih cantik untuk memberi lebih keyakinan kepada diri.
2) Menghilangkan makeup pada wajah
Selain menggunakan pencuci muka, toner juga dapat membantu membersihkan kulit secara semula jadi dan menghilangkan kotoran yang masih tertinggal selepas mencuci menggunakan pencuci muka.
3) Menyegarkan dan menenangkan kulit
Ia dapat menyegarkan kulit wajah dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kemerehan dan ketidakselesaan pada wajah.
BACA SINI: TIP HILANGKAN SUNBURN DAN KULIT KUSAM
Tambahan lagi, selain daripada boleh didapati di luar, toner juga boleh dilakukan dengan sendiri iaitu DIY, tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan toner yang bagus.
Hampir semua masyarakat tahu khasiat dua bahan semula jadi ini iaitu madu dan timun pada kulit wajah. Untuk pengetuan ringkas, timun mempunyai 96% air yang dapat menghidrasi kulit.
Dalam masa yang sama, timun dapat mengurangkan kulit terbakar daripada terkena cahaya matahari dan masalah kulit berminyak. Maka dengan itu, timun dapat membantu masalah kulit tersebut dan dapat menjadikan kulit kelihatan lebih muda daripada usia.
Seterusnya, bagi madu pula ia adalah antiseptik yang menyembuhkan kulit wajah dengan cepat. Madu juga mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dari kulit. Tambahan lagi, madu juga bertindak sebagai pembersih yang boleh membuka pori-pori yang tersumbat.
BACA SINI: TIP HILANGKAN SUNBURN DAN KULIT KUSAM
Bagi greentea pula, ia merupakan minuman yang berkhasiat daripada negara China, yang dihasilkan daripada daun spesis Camellia sinensis. Teh hijau baik untukk kecantikan dan tubuh badan.
Kajian juga mengatakan lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun mengamalkannya dengan minum air teh hijau 5 cawan sehari mendapat jangka hayat yang lebih panjang.
1) Timun
2) 2 Uncang Greentea
2) 2 sudu madu
Bagi cara penyediaan toner pula, masukkan timun, greentea dan sedikit air ke dalam blender. Kemudian, tapis dengan menggunakan penapis untuk mendapatkan jus timun tersebut. Seterusnya, letakkan madu lebah ke dalam jus tersebut dan gaul sehingga rata. Simpan ke dalam peti ais, is bole bertahan satu hingga ke dua bulan dan gunakannya pada setiap malam.
Kesimpulannya, untuk menjadikan kulit yang cantik, ia perlu mempunyai kerajinan dalam diri masing. Dengan itu, ia dapat dilihat bahan yang diperlukan mudah untuk di dapati dan dalam masa yang sama dapat digunakan sebagai toner untuk mengecutkan jerawat pada wajah.
]]>