Guna Ni Kalau Ada Parut Jerawat

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap mengenai parut jerawat pasti sesetengah masyarakat akan merasakan sesuatu perasaan yang ingin tahu cara dan bagaimana untuk menghilangkannya. Ini adalah disebabkan semua perkara yang berkaitan dengan parut, bukan hanya sekadar parut jerawat akan boleh menyebabkan seseorang individu merasa tertekan. 

Maka sekaligus, perasaan hilang keyakinan diri akan berlaku. Terutamanya parut jerawat yang berada pada wajah, akan menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya tidak kelihatan cantik dan sering berasa rendah diri.

 

GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT

 

BACA SINI: CARA LICINKAN MUKA DENGAN CEPAT

Perkara seperti ini juga harus diambil serius dan perlu diatasi dengan segera. Ini kerana kesan sampingan yang akan dihadapi dapat dielakkan dengan kadar yang segera. Walau bagaimanapun, ada juga pertumbuhan jerawat yang tidak meninggalkan sebarang parut pada wajah. 

Kulit yang berlakunya penyembuhan dengan baik, selalunya ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Apabila berlakunya sesuatu kesan yang diakibatkan oleh jerawat dan berlaku lebih daripada setahun, ia dikenali sebagai parut jerawat fibrosis.

Tambahan lagi, apabila mempunyai parut pada wajah, sekaligus kulit wajah akan kelihatan kusam dan tidak sihat. Seterusnya, disebabkan parut yang kelihatan itu juga akan memberikan kesan kehitaman pada wajah.

Namun demikian, masalah seperti ini juga sama seperti masalah yang lain. Ini membawa maksud, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesainnya. Setiap individu tidak seharusnya berasa putus asa sebelum berusaha untuk mendapatkan hasil yang bagus.

BACA SINI: CARA LICINKAN MUKA DENGAN CEPAT

Beet root merupakan salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah parut jerawat. Ini adalah kerana beet root mempunyai khasiat yang bagus untuk digunakan pada wajah. 

Antaranya ialah beet root mempunyai Vitamin C, serat dan juga mineral. Dalam masa yang sama, beet root juga kaya dengan potasium. Fungsinya adalah untuk saraf dan otot. Maka dari situ, ia dapat dilihat beet root bukan sahaja terarah kepada kecantikan malah untuk kesihatan juga boleh diguna pakai.

Bagi pertumbuhan jerawat pula, dengan adanya vitamin , mineral, zat besi dan antioksidan ia dapat mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada wajah. Apabila masalah pertumbuhan jerawat dapat dielakkan, dengan itu masalah parut jerawat tidak akan berlaku.

BAHAN - BAHAN

- Air Beet Root

CARA PENYEDIAAN

Hanya dengan satu bahan sahaja ia dapat untuk mengatasi masalah parut jerawat tersebut. Sediakan Beet Root. Seterusnya, asingkan air beet root tersebut ke dalam mangkuk. Jika mempunyai masalah jerawat, masukkan greentea bersama air beet root tersebut.

Selepas itu. masukkan ke dalam botol supaya mudah untuk digunakan. Kemudian, spray setiap malam pada wajah. Kesannya kulit akan kelihatan lembab, cerah dan juga glowing.

 

GUNA NI KALAU ADA PARUT JERAWAT

← Older Post Newer Post →



Leave a comment