DIY Soap Untuk Muka Breakout

Posted by Teamon crew on

Setiap individu pasti mempunyai pencuci muka yang sesuai untuk kulit wajah masing-masing. Namun walau bagaimanapun, ada juga sesetengah lapisan masyarakat  tidak mampu untuk mendapatkan pencuci muka atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Tambahan pula, kebanyakkan sabun yang dijual di pasaran mempunyai harga mereka yang tersendiri. Dengan itu, mungkin sesetengah masyarakat tidak mampu untuk mendapatkannya.

Maka disebabkan itu, ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak mencuci muka. Ini adalah kerana mencuci muka amatlah penting terutamanya apabila kulit mengalami breakout. Penjagaan kulit wajah akan bertambah lebih lagi daripada sebelum ini dan ia harus dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang cepat dan bagus.

DIY SOAP UNTUK MUKA BREAKOUT

BACA SINI: KEBAIKAN LUAR BIASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MICRONEEDLING

Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini terdapat banyak bahan yang boleh kita DIY untuk dijadikan sebagai sabun pencuci. Salah satunya ialah, oat. Oat bukan sahaja satu makanan yang sihat malah ia juga boleh digunakan pada kulit wajah. Ia mampu untuk mengatasi masalah kulit sensitif, berminyak dan juga kulit yang kering.

Oat juga seperti bahan-bahan yang lain, ia juaga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah. Ia boleh digunakan sebagai pencuci muka terutama pada kulit yang sensitif. Di dalam oat terdapat kandungan saponin. Ia merupakan senyawa kimia yang berada di dalam tumbuhan.

Selain itu, saponin berfungsi sebagai sabun dan oat lebih lembut daripada sabun yang biasa digunakan. Ini adalah disebabkan, pembersihan hanya berlaku pada kulit wajah. Dalam masa yang sama, ia sangat sesuai digunakan kepada seseorang yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Selanjutnya, ia juga boleh melembabkan kulit. Dengan menggunakan oat ia tidak akan berlaku pengelupasan kulit wajah. Ini adalah kerana, oat mampu untuk melembutkan kulit. Akhir sekali, yang paling diingini masyarakat ialah, oat mampu mencegah daripada berlakunya partumbuhan jerawat. Oat mempunyai zat anti bakteria  yang mampu untuk membunuh bakteria, yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah.

BACA SINI: KEBAIKAN LUAR BIASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MICRONEEDLING

Seterusnya ialah Chia Seed. Chia seed juga mempunyai yang hampir sama seperti oat. Chia Seed juga mampu untuk melembabkan kulit. Ini menunjukkan gabungan dua bahan yang bagus dan boleh dijadikan DIY sabun pemcuci kulit wajah. Minyak yang diekstrak daripada chia seed tersebut mempunyai banyak kebaikan yang boleh digunakan pada kulit wajah. Minyak chia seed tersebut mampu untuk menghidrat kulit wajah.

Tambahan lagi, secara trans epidermis ia mampu mengurangkan kehilangan air. Dalam masa yang sama, ia juga  mampu untuk menghalang daripada berlakunya kehilangan kelembabpan pada kulit wajah, walaupun pada kulit yang kering. Maka dengan itu, hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, ia boleh dijadikan DIY soap untuk muka breakout.

BAHAN-BAHAN

  • Oat
  • Chia Seed
  • Shea Butter

CARA PENYEDIAAN

Sediakan Chia Seed  dan oat. Kisarkan Chia Seed dan oat sehingga ia menjadi halus. Seterusnya, cairkan Shea Butter dengan menggunakan cara double boiler. Selepas itu, masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam Shea Butter yang telah dicairkan tersebut.

Selanjutnya, masukkan ke dalam bekas untuk dibekukan. Kemudian, setelah ia dibekukan dan telah menjadi sabun sapukannya pada wajah untuk mendapatkan kesan yang bagus.

Kesimpulannya, setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah secara berterusan untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus dan cepat. Setiap benda yang berada di muka bumi ini pasti mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Ia sama ada, rajin atau tidak sahaja untuk mencari ilmu yang boleh diguna pakai bagi kebaikan diri sendiri.

 

DIY SOAP UNTUK MUKA BREAKOUT

← Older Post Newer Post →



Leave a comment