CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLE

Cara Untuk Hilangkan Dark Circle

Posted by Teamon crew on

Dark cricle atau mata panda sering menjadi perbualan masyarakat pada masa kini. Dark circle merupakan lingkaran gelap atau hitam yang kelihatan pada bawah mata. Dengan terjadinya dark circle, ia akan berlakunya hilang keyakinan diri seseorang tanpa secalit solekan pada wajah.

    Pada tahun 2014, satu kajian telah dilakukan dalam Indian Journal of Dermatology. Sebanyak 71% yang mempunyai masalah ini menunjukkan keputusan yang positif dalam mengalami tekanan. Ini disebabkan, lingkaran gelap pada bawah mata yang mengakibatkan mereka merasa tertekan.

     

    CARA UNTUK HILANGKAN DARK CRICLE

    BACA SINI: KULIT BERSIH DAN BERKILAU SEPERTI GADIS KOREA

    Punca Berlakunya Dark Circle

    1) Waktu Tidur Yang Tidak Teratur

    Apabila berlakunya masalah tidur yang tidak cukup, badan akan menjadi penat. Ini adalah disebabkan, waktu rehat telah terganggu. Maka dengan itu, ia akan membuatkan kulit kita akan kelihatan pucat dan urat pada bawah mata juga akan kelihatan. Menurut Karly O’Keefe yang merupakan pemilik spa di Los Angeles, disebabkan urat-urat yang kelihatanlah akan terjadinya lingkaran gelap pada bawah mata.

    2) Sakit Mata

    Pada zaman yang moden ini, kebanyakkan masyarakat lebih gemar menghabiskan masa pada skrin telefon dan juga komputer riba. Ini merupakan salah satu punca terjadinya dark cricle pada bawah mata. Ini adalah disebabkan, ketegangan mata menghadap skrin dengan jangka masa yang lama.

    Dalam masa yang sama, disebabkan mata yang tegang akan menyebabkan pembuluh darah kita mengembang sekali gus kesannya akan terjadi lingkaran gelap pada bawah mata.

    3) Pengambilan alkohol dan merokok

    Semua sudah sedia maklum kesan daripada pengambilan alkohol dan merokok amatlah mendalam. Kesannya bukan sahaja dalam tubuh badan malah, ia juga bole kelihatan pada fizikal badan kita. Disebabkan pengambilan alkohol boleh menyebabkan gangguan waktu tidur, maka dengan itu seperti yang telah diperkatakan apabila berlakunya masalah tidur yang tidak teratur, akan wujudnya dark cricle pada bawah lingkaran mata. 

    Bagi merokok pula, ia boleh membunuh kolagen pada kulit, sekali gus akan berlaku penuaan awal serta dark circle juga akan kelihatan. Tambahan lagi, ia juga telah mengambil oksigen pada kulit dan karbon monoksida yang dilepaskan ke dalam kulit. Maka dengan itu, kulit akan menjadi nipis dan lingkaran gelap pada wajah akan berlaku.

    BACA SINI: KULIT BERSIH DAN BERKILAU SEPERTI GADIS KOREA

    Walau bagaimanapun, setiap masalah yang terjadi pasti akan ada jalan penyelesainnya. Begitu juga dengan masalah dark cricle ini. Hanya dengan menggunakan bahan semula jadi dapat mengatasi masalah dark circle

    BAHAN-BAHAN

    • Air Timun
    • Kapas Muka
    • 2 Sudu Madu

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediaannya pula ialah, sediakan air timun. Seterusnya, masukkan dua sudu madu ke dalan air timun yang telah disediakan itu dan gaul sehingga sekata. 

    Masukkan kapas muka ke dalam air timun tersebut dan celupkan ia sehingga sebati. Selanjutnya, susun kapas muka yang telah dicelupkan itu ke dalam plastik secara teratur. Kemudian, simpan ke dalam peti ais pada bahagian sejuk beku selama 24 jam. Gunakan 2 keping setiap hari pada bahagian mata.

     

    CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLE

    Older Post Newer Post

    Comments

    • Salam abah, mcm mana nk sediakan air timun? Blender seketul timun tu je ke?

      Aisyah on
    • abah, boleh sya tnya.. utk dark circle ni penggunaan waktu bila yg sesuai..?;

      lina on

    Leave a comment

    Tip dari dapur Abah

    RSS
    CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
    Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

    Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

    By Teamon crew

    Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

    Read more
    CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
    Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

    Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

    By Teamon crew

    Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

    Read more