MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN

Minuman Buang Angin Malas Sengal Badan

Posted by Teamon crew on

Masalah angin di dalam badan sering menjadi masalah oleh sesetengah masyarakat yang menghadapinya. Malah, masalah angin ini bukan sahaja menyerang pada orang tua tetapi pada orang muda juga ia boleh terjadi.

Apabila berlakunya angin di dalam badan yang terlalu banyak, ia akan menjejaskan emosi.

Ini adalah disebabkan seseorang individu yang menghadapinya terpaksa untuk menahan kesakitan di dalam satu jangka masa yang tidak menentu sama ada panjang atau pendek. 

Kebiasaannya, ia akan menyerang pada perut. Perkara seperti ini berlaku mungkin disebabkan oleh jadual pemakanan yang tidak menentu.

Sekali gus, ia boleh menyebabkan angin mudah untuk menguasai di dalam badan. Masalah seperti ini tidak sepatutnya dipandang ringan, ia perlu diatasi sebelum menjadi lebih buruk. 

MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN

BACA SINI: BEET ROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT

Terdapat beberapa bahan yang boleh dijadikan minuman atau makanan untuk membuang angin. Salah satunya, ialah halia. Halia merupakan sejenis rempah berakar. Rasanya yang agak pedas tetapi mempunyai khasiat yang tinggi dalam kesihatan tubuh badan.

Pada zaman Dinasti China halia sering dijadikan sebagai bahan perubatan. Antaranya ialah, loya, mengurangkan osteoarthritis, radang, mengawal kolestrol dan mengurangkan kesakitan apabila datang haid.

Halia mempunyai beberapa kandungan yang berkhasiat. Contohya, ialah kalori, karbohidrat, serat diet, protein, lemak dan juga gula.

Kandungannya yang serba cukup ini dapat dilihat betapa bagusnya halia dijadikan untuk mengatasi masalah kesihatan seseorang inidividu mengikut kesesuaian.

BACA SINI: BEET ROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan rasa yang tidak menyelerakan, halia akan direbus bersama dengan susu bagi mengatasi masalah pembuangan angin di dalam badan.

Cara dan bahan yang sangat mudah untuk didapati ini, serba sedikit mampu untuk mengatasi masalah angin di dalam badan.

BAHAN- BAHAN  

  • Susu
  • Halia

CARA PENYEDIAAN

Sediakan susu dan panaskan susu tersebut di dalam periuk. Seterusnya, potong halia secara kecil dan masukkan ke dalam susu yang sedang mendidih itu.

Selanjutnya, tapiskan susu yang telah mendidih bersama halia itu untuk mengeluarkan halia yang berada di dalamnya.

Selepas itu, masukkan susu yang telah disejukkan itu ke dalam botol supaya mudah untuk dituang ke dalam cawan. Kemudian, simpan lebihan susu tersebut ke dalam peti ais. Susu itu boleh bertahan selama seminggu. 

Kesimpulannya, terdapat banyak bahan masakan yang dijadikan sebagai perubatan untuk kesihatan.

Walaupun rasanya tidak begitu menarik bagi sesetengah individu tetapi khasiat sangat bagus untuk digunakan bagi kesihatan tubuh badan. 

 

MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN

Older Post Newer Post

Comments

  • ] Ecuqoderu bhs.whqu.teamon.com.my.jze.rc http://slkjfdf.net/

    ufijunelua on
  • ] Ecuqoderu bhs.whqu.teamon.com.my.jze.rc http://slkjfdf.net/

    ufijunelua on
  • ] Uxonjufhu wzk.mpls.teamon.com.my.eks.lh http://slkjfdf.net/

    epotuturapyez on
  • ] Ofuyehn knr.qztx.teamon.com.my.kie.bs http://slkjfdf.net/

    uajazoxefokl on
  • ] Ausegapu pjh.nlrm.teamon.com.my.qqn.wg http://slkjfdf.net/

    ufulukwvfa on
  • ] Ueabuqija mum.tayw.teamon.com.my.ptd.vp http://slkjfdf.net/

    edaowamabe on
  • ] Ijenihug cul.pptl.teamon.com.my.hvr.qk http://slkjfdf.net/

    laltvafyaqupe on
  • Hai abah..boleh tau ke susu apa yang digunakan untuk buang angin tu.. full cream ke?

    Nurfazira on

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more