Beet Root Mampu Untuk Mencegah Pertumbuhan Jerawat

Posted by Teamon crew on

Pada zaman yang kian membangun ini, tidak dapat disangkal lagi terdapat pelbagai cara moden yang yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat. Walau bagaimanapun, bahan semula jadi yang berada di muka bumi ini juga boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah jerawat tersebut.

Mungkin ada sesetengah bahan semula jadi sukar untuk didapati tetapi ia dapat untuk mengurangkan kos seseorang individu yang kurang berkemampuan. Ini adalah dengan cara DIY sendiri sahaja dapat digunakan untuk mengurangkan rasa tekanan bagi menyelesaikan masalah pertumbuhan jerawat.

BEET ROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT

 

BACA SINI: DIY SOAP UNTUK MUKA BREAKOUT

Buah Beet Root, mungkin sesetengah masyarakat tidak tahu mengenai beet root ini. Beet root juga sama seperti bahan semula jadi yang lain, ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri bukan sahaja pada kecantikan malah, ia juga memberi kesan yang baik pada kesihatan seseorang. 

Ini adalah kerana, secara ringkasnya beet root mempunyai vitamin C, serat, mineral dan banyak lagi. Beet root ini merupakan spesis dalam golongan Beta Vulgaris. Kelompok vulgaris condivita yang mempunyai warna merah keunguan. Dalam masa yang sama, ia juga juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan.

Bagi mengatasi masalah pertumbuhan jerawat yang sering menjadi punca seseorang inidvidu hilang keyakinan diri, dapat di atasi dengan menggunakan beet root. Ini adalah kerana, seperti yang dinyatakan beet root ini yang berasal daripada kandungan vitamin, mineral, zat besi dan juga antioksidan. 

Dengan adanya kandungan dan khasiat seperti itu, ia dapat mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada wajah. Tambahan lagi, dengan berlakunya minyak yang berlebihan pada wajah akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah. Dalam masa yang sama, beet root juga boleh digunakan sebagai  masker wajah.

BACA SINI: DIY SOAP UNTUK MUKA BREAKOUT

MANFAAT SELAIN DARIPADA PERTUMBUHAN JERAWAT 

1) Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkarang gelap yang berlaku pada bawah mata adalah disebabkan tidur yang tidak cukup. Apabila berlakunya lingkaran hitam pada bawah mata akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan dan menjadi stress. Selain daripada tidur yang tidak cukup, pengambilan alkohol dan merokok juga boleh menyebabkan mata seseorang itu kelihatan tidak sihat

Dengan cara menggunakan jus beet root ini serba sedikit dapat membantu masalah lingkaran gelap dan mata yang bengkak.

2) Melembabkan Kulit

Beet root juga mampu untuk melembabkan kulit terutama pada seseorang yang mempunyai masalah kulit yang kering. Ia mampu untuk membuatkan kulit seseorang itu menjadi halus dan lembab. Sekali gus, kulit akan kelihatan segar dan sihat.

Ini adalah kerana, beet root mampu untuk menghilangkan lapisan atas sel-sel kulit mati pada wajah. Dengan cara menjadikan buah beet root tersebut sebagai minuman, ia dapat menghidrasi dan membantu dalam penjagaan kulit.

3) Mencegah Penuaan Diri

Setiap individu pasti inginkan kulit yang sentiasa kelihatan segar dan tidak kelihatan sudah berumur. Dengan adanya kandungan vitamin A dan karoten ia mampu untuk menegangkan kulit wajah. Dalam masa yang sama, beet root juga mempunyai kandungan lutein yang agak tinggi. 

Fungsi lutein ini adalah sebagai antioksidan. Ia mampu untuk melawan radikal bebas dan juga berfungsi untuk melindungi kulit. Maka dengan itu, kesihatan kulit akan sentiasa terjaga dengan adanya kandungan yang baik.

Terdapat banyak lagi khasiat yang boleh diambil daripada beet root ini. Bagi seseorang yang menginginkan kulit yang cantik pasti akan berusaha sehingga ke menara gading, walaupun ia agak sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana, kecantikan diri seseorang bukan hanya untuk dilihat oleh orang sekeliling, tetapi yang paling penting adalah untuk merasakan diri sendiri mempunyai keyakinan yang tinggi.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment