Manfaat Greentea Pada Wajah

Posted by Teamon crew on

Greentea atau dikenali juga sebagai teh hijau tidak asing lagi dalam hal kesihatan mahupun kecantikan. Kandungan dan khasiat yang terdapat pada greentea ini sangat menakjubkan. 

Ini sekaligus membuktikan, hanya dengan bahan yang sudah tentu berada di rumah sahaja mampu untuk mengatasi setiap masalah yang di hadapi pada kulit wajah. Walau bagaimanapun, ia tetap begantung pada kerajinan seseorang itu untuk melakukannya atau tidak. 

MANFAAT GREENTEA PADA WAJAH

BACA SINI: APAKAH MICRONEEDLING DAN KELEBIHANNYA

Daun greentea diperbuat daripada daun teh Camellia Sinensis. Tambahan lagi, greentea kaya dengan antioksidan dan dalam masa yang sama ia mempunyai vitamin, theophylline, saponin dan theobromine. Ini menunujukkan setiap kandungan yang ada pada greentea merupakan kandungan yang mempunyai khasiat yang baik dan juga boleh memberikan kesan yang bagus pada kulit wajah.

Walau bagaimanapun, greentea juga mempunyai kekurangan seperti yang lain. Setiap kebaikan pasti akan terselit sedikit keburukan. Salah satu kekurangan greentea ialah, ia mempunyai kandungan kafein. Maka dengan itu, greentea tidak boleh minum secara berlebihan. 

Akan tetapi, jika ingin digunakan pada wajah secara berterusan ia tidak menjadi sebarang masalah. Seterusnya, khasiat yang ada pada greentea dan sering diperkatakan adalah bahan antioksidan dan bahan anti radang.

BACA SINI: APAKAH MICRONEEDLING DAN KELEBIHANNYA

KEBAIKAN GREENTEA PADA KULIT WAJAH

1) Mengatasi Pertumbuhan Jerawat

Dengan penggunaan greentea serba sedikit mampu untuk mengatasi masalah jerawat yang sering menjadi masalah sesetengah individu. Ini adalah disebabkan, apabila berlakunya pertumbuhan jerawat ia akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan berasa tertekan. Perkara ini seharusnya diselesaikan dengan kadar yang segera supaya dapat mengelakkan datangnya satu penyakit yang tidak diingini.

Dengan adanya sifat antioksidan, antimikroba dan anti peradangan sekali gus dapatlah mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Tambahan lagi, di dalam greentea juga mempunyai kandungan polifenol. Ia berfungsi untuk mengurangkan terjadinya minyak berlebihan pada kulit wajah.

2) Melembabkan Kulit

Ini juga merupakan salah satu keinginan seseorang individu untuk mendapatkan kulit yang lembab, sekali gus kulit wajah akan kelihatan sihat dan segar. Greentea yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuklah vitamin E mampu menunaikan keinginan seseorang untuk kelihatan lebih yakin. Selanjutnya, dengan adanya vitamin E yang berfungsi untuk mejaga dan mengekalkan kelembabpan kulit secara berterusan. 

3) Melawan Penuaan Diri

Selanjutnya, dengan adanya kandungan EGCG atau dikenali sebagai kandungan molekul antioksidan epigallocatechin gallate ini dapat untuk mengekalkan kulit kelihatan seperti awet muda. Dalam masa yang sama, ia mampu untuk melawan tanda-tanda penuaan yang terjadi dan memperbaiki sel kulit wajah. 

Selepas itu, dengan cara menggunakan masker greentea pada wajah juga mampu untuk mengelakkan daripada berlakunya kulit yang kusam dan tidak sihat. Dengan kandungan vitamin B2 juga dapat untuk mebantu dalam mengekalkan kolagen pada kulit.

Kesimpulannya, ia membuktikan terdapat banyak kandungan dan khasiat yang ada pada greentea yang boleh kita gunakan dengan sebaik mungkin. Ia bukan sahaja menjimatkan kos rawatan kita terhadap masalah yang dihadapi, malah ia juga memudahkan kita untuk melakukannya dengan hanya menggunakan greentea

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment