APAKAH MICRONEEDLING DAN KELEBIHANNYA

Posted by Teamon crew on

Microneedling,  ialah tindakan menggunakan jarum-jarum kecil yang dapat dilakukan dalam pelbagai keadaan. Ia dapat memberi kesan yang bagus iaitu dari segi mengatasi bekas jerawat, kerutan dengan memasukkan ubat pada wajah.

Maka dengan itu, setiap perkara pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri, tidak terkecuali juga dengan rawatan microneedling ini. Kesannya ia dapat merawat parut yang sering menjadi masalah oleh sesetengah masyarakat. Parut ini berkemungkinan berlaku disebabkan jerawat, luka dan juga kesan daripada penuaan.

APAKAH MICRONEEDLING DAN KELEBIHANNYA

Salah satu fungsi microneedling ini ialah, untuk menghasilkan lebih banyak kolagen yang dapat membantu untuk merawat kulit wajah. Microneedling ini akan menyebabkan berlakunya luka-luka kecil pada wajah yang membolehkan pertumbuhan tisu yang kaya dengan kolagen baru.

Dengan adanya tisu yang baru, akan memberi kesan pada kulit. Kulit akan menjadi lebih sekata dengan warna dan tekstur. Walau bagaimanapun, kehilangan kolagen pada wajah adalah perkara yang normal. Ini adalah kerana, kesan daripada berlakunya penuaan atau kecederaan.

 BACA SINI: DIY KRIM HILANGKAN KETIAK/LEHER HITAM

KELEBIHAN MICRONEEDLING

Salah satu, kelebihan microneedling yang jelas dapat dilihat ialah kita dapat mengurangkan parut-parut jerawat atau parut berlubang yang berada pada wajah.

Seterusnya, perkara yang lebih menarik ia bukan sahaja dapat digunakan pada bahagian muka, malah microneedling juga boleh digunakan pada bahagian kulit kepala untuk mengatasi kebotakan.

Tindakan microneedling pada bahagian kulit kepala juga bermanfaat untuk menstimulasi pertumbuhan rambut

 

BACA SINI: DIY KRIM HILANGKAN KETIAK/LEHER HITAM

Selanjutnya, terdapat beberapa kelebihan sampingan microneedling yang lain iaitu, microneedling dapat mengurangkan masalah jeragat, mengurangkan masalah liang-liang pori terbuka dan menebalkan kulit yang nipis akibat daripada penggunaan produk pengelupasan.

Dalam masa yang sama, microneedling juga dapat membantu mencerahkan kulit wajah dan kelebihan yang microneedling yang lain ialah:

a) mengurangkan masalah bintik-bintik hitam atau putih

b) mengurangkan parut-parut hitam

c) mengurangkan masalah kulit berminyak dan juga kulit yang kering

MERANGSANG PRODUKSI KOLAGEN

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan microneedling yang boleh kita perolehi. Cara microneedling ini bekerja dengan merangsang kulit untuk memproduksi kolagen sehingga dapat terbentuk kulit yang baru. Ia diperolehi daripada khasiat kolagen.

Dengan microneedling ini, ia dapat memabantu masyarakat yang mempunyai masalah wajah. Dalam  masa yang sama, dapat meningkatkan keyakinan dalam diri masing-masing.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment