Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Wajah Yang "Glowing" Dan Kulit Yang Licin Dengan Menggunakan Aloe Vera ?

Posted by Teamon crew on

Pada era yang kian membangun ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa terlalu banyak cara teknologi yang maju dan juga pelbagai produk yang telah dipasarkan di pasaran untuk mendapatkan wajah yang glow dan juga kulit yang licin.

Walaubagaimanapun, janganlah kita lupa bahan semula jadi yang juga boleh digunakan untuk mendapatkan wajah yang glow dan kulit yang licin.

Malah, dengan penggunaan bahan semula jadi juga ia dapat mengurangkan kos dan dapat berjimat cermat. Salah satu bahan semula jadi yang boleh kita gunakan ialah aloe vera atau lidah buaya.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN WAJAH YANG “GLOWING” DAN KULIT YANG LICIN DENGAN MENGGUNAKAN ALOE VERA ?



Pada zaman sekarang bukan hanya kaum wanita yang bimbang apabila kulit terbakar atau sunburn tetapi kaum lelaki juga mengalami kebimbangan ini kerana mereka juga inginkan kulit yang cantik seperti wanita.

Dengan cara, menggosokkan gel Aloe Vera dapat menenangkan kulit yang terbakar akibat sinaran cahaya matahari, mungkin disebabkan melakukan aktiviti yang lasak atau perlu bekerja di bawah cahaya matahari. Aloe Vera merupakan tumbuhan perubatan dan kosmetik yang agak popular.

Selain daripada ia dapat membantu daripada sinaran matahari, aloe vera juga dapat merawat banyak keadaan seperti radang dingin, psoriasis, luka dan sebagainya.

BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ

KEBAIKAN ALOE VERA PADA KULIT WAJAH

1. Mengurangkan kulit terbakar atau sunburn

 Selain daripada dikenali sebagai aloe vera atau lidah buaya ia juga bole disebut sebagai "tanaman bakar". Ini adalah disebabakan ia sangat efektif dalam menghilangkan kulit yang terbakar akibat cahaya matahari atau “sunburn”

Bagi pengetahuan yang ringkas Aloe Vera mengandungi satu sebatian yang dikenali sebagai polisakarida. Ia membantu untuk pembaikan kulit dan sel-sel kulit yang baru. Beberapa kajian yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa gel yang berada pada daun Aloe Vera ini dapat membantu menyembuhkan luka.

Tambahan lagi, apabila berlaku kulit terbakar akibat sinaran cahaya matahari oleh sesetengah masyarakat ia dapat dibantu oleh aloin, bagi sifat anti-radang tanaman


2. Membantu untuk mengurangkan masalah kulit yang sensitif

 Aloe vera merupakan bahan bagi kulit yang sensitif. Sifat tumbuhan yang menyejukkan ini, dapat membantu mengurangkan kemerahan, jangkitan, ruam, dan kegatalan.

Sebatian Acemannan di Aloe Vera yang mengandungi sifat anti-kulat, membantu dalam merawat masalah kulit yang meradang seperti sista dan bisul panas pada musim panas.

Walau bagaimanapun,ada kajian kurang menyokong penggunaannya berbanding rawatan konvensional. Maka dengan itu, sebelum melakukannya, ia digalakkan untuk melakukan ujian tampalan kecil sebelum mula merawat kulit yang meradang. Ini adalah disebabkan lidah buaya boleh menyebabkan dermatitis kontak alahan pada sesetengah orang.


3. Melembabkan kulit

Ia dapat melembabkan kulit. Ini adalah disebabkan aloe vera mengandungi sebahagian besar iaitu 95% air. Maka dengan itu, ia dapat menghidrat kulit tanpa rasa berminyak setelah digunakan.

Selain daripada itu, Aloe Vera juga bertindak sebagai pelekat, yang menjadikan lapisan atas sel-sel kulit melekat, kemudian dapat menghasilkan kulit yang lebih halus dan lembut. Tambahan lagi, bagi kulit yang sensitif Aloe Vera terbukti menjadi pelembap yang sangat baik.


4. Mengelakkan pertumbuhan jerawat

Disebabkan sifat anti-radang dan anti-bakteria yang dimiliki oleh Aloe Vera, kita dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat. Ini adalah kerana Aloe Vera dapat mencegah bakteria yang boleh berlakunya pertumbuhan jerawat.

Asid salisilik pada Aloe Vera membantu menghilangkan liang pori, yang sangat baik apabila mengatasi jerawat dan bintik hitam. Dalam masa yang sama, Aloe vera juga dapat membantu menghilangkan parut-parut.

5. Membersihkan kulit

- Bagi pengetahuan yang ringkas, Aloe Vera juga mampu untuk memperbaiki dan memulihkan kulit. Ini bermaksud, ia dapat mengatasi luka akibat cahaya matahari yang kuat, parut jerawat, bintik-bintik gelap dan udara yang kotor akibat pencemaran.

BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ

Kesimpulan yang dapat daripada maklumat yang ringkas ini, terdapat banyak faedah atau kebaikan yang boleh diperoleh hanya dengan menggunakan satu bahan semula jadi sahaja, sekaligus dapat memperoleh kulit yang glowing dan licin.

Disebabkan itulah, ilmu amat penting bagi setiap lapisan masyarakat supaya dapat mengetahui serba sedikit tentang apa jua maklumat yang boleh diguna pakai dalam kehidupan.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment