Jenis Parut Berlubang Yang Perlu Anda Tahu

Posted by Teamon crew on

Hai hampa. Kembali lagi bersama Abah! Hehe excited pulak nak menulis kali ni. Artikel kali ni Abah nak share dekat hampa tentang parut berlubang. Parut berlubang ni buatkan muka kelihatan tidak rata dan kalau makeup memerlukan kita pakai filler untuk membuatkan kulit kelihatan lebih smooth.

Parut berlubang ni tak sama macam parut biasa seperti parut gelap atau merah tu tau. Abah ada share dekat artikel sebelum ni jenis-jenis parut. Hampa boleh klik sini.

Parut biasa boleh pudar kalau pakai krim, serum atau toner. Berlainan dengan parut berlubang pula di mana tiada sebarang produk boleh merawat keadaan kulit ni. Hanya rawatan medikal menggunakan beberapa teknik sahaja yang boleh improve keadaan kulit hampa.

Abah bukan nak share jenis rawatan tu tau sebab Abah dah pernah share sebelum ni. Boleh baca dekat sini. Kali ni Abah nak share dekat hampa jenis-jenis parut berlubang dan apakah punca ia boleh terjadi.

Jenis-jenis parut berlubang

Ada beberapa jenis parut berlubang yang hampa perlu tahu. Selain parut berlubang ada juga parut jenis timbul. Setiap parut berlubang ni rupa dia berlainan dan puncanya juga hampir sama. Teruskan pembacaan untuk tahu lebih lagi naa.

1. BOX SCAR

JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR
JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR

Parut jenis box scar ni seakan-akan nama dia. Kosong bentuk bersegi kedalam kulit dan juga besar. Ada juga box scar yang kecil tapi tetap jelas boleh nampak seperti kawah dan berlekuk.

Macam mana boleh terjadi?

Parut berlubang jenis box scar terjadi disebabkan inflammation yang teruk sekaligus mengganggu dan merosakkan penghasilan kolagen. Apabila tiada kolagen dihasilkan, kulit tidak akan pulih kepada asal maka terbentuk lah box scar.

 

2. ICE PRICK SCAR

JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR
JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR

Parut berlubang jenis ini halus sahaja namun jauh ke dalam kulit. Ia menyerupai lubang yang terhasil akibat dicucuk dengan objek tajam seperti jarum atau pemecah ais. Parut ini juga halus sahaja tapi agak dalam.

Macam mana ia terjadi? 

Parut ice prick ini terjadi disebab jerawat di dalam kulit dan apabila jerawat sembuh, pori akan menjadi kosong dan terhasilnya parut ice prick. Biasanya berpunca daripada jerawat batu, papules atau cyst.

 

3. ROLLING SCAR

JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR
JENIS PARUT BERLUBANG TYPE OF SCAR

Parut berlubang rolling scar kelihatan seperti bukit bukau, berombak dan seperti gabungan parut box scar. Kulit yang mengalami parut jenis ini sedikit sukar untuk ditutup dengan makeup dan akan membuatkan makeup tidak rata dan kurang smooth. 

Bagaimana parut ini terjadi? 

Parut berlubang jenis rolling scar ni terjadi akibat daripada inflammation seperti jerawat dibiarkan dalam jangka masa yang lama. Jika jerawat semakin kronik, parut berlubang juga akan menjadi semakin teruk. 

APA PERLU HAMPA BUAT?

Jadi Abah suggest dekat hampa kalau ada jerawat cepat-cepat cari serum atau krim yang boleh kecutkan jerawat. Jangan dibiarkan terlalu lama. Ada beberapa brand yang Abah boleh suggest untuk krim pengecut jerawat antaranya Oxy dan Nixoderm. 

Parut berlubang ni hampa jangan ambil remeh tau. Kesan dia masa muda ni mungkin kurang kelihatan namun apabila usia meningkat, parut berlubang ini akan semakin jelas kelihatan kerana kulit kita kurang mengeluarkan kolagen dan membuatkan kulit kurang menegang. 

Jadi kalau tak ada krim, toner atau krim yang dapat kembalikan semula kulit kepada asal nak kena guna cara apa? Sebelum ni Abah ada share dekat hampa cara untuk kurangkan parut berlubang. Kos pun Abah ada share sekali jadi senang hampa nak bajet cara apa yang hampa berkenan. Hampa boleh baca dekat sini.

 

Kalau zero cost rawatan ada? Ada cekk. Hang jangan picit jerawat ja. Biar dia kecut dengan sendiri atau hampa pakai krim pengecut tu. Lagi hampa picit, lagi rosak pori hampa, maka makin rosak kilang kolagen kulit hampa. Nampak tak dah jadi domino effect. Buat satu tapi effect dia makin banyak yang buruk.

 

Jadi hampa belajar sesuatu dari artikel ni? Kalau hampa nak apa-apa topik untuk Abah share, boleh DM Abah atau komen ja tajuk yang hampa nak.

Jumpa next artikel naa.

← Older Post Newer Post →


Comments


  • Muka berlubang gara gara kerap mencuci muka

    Jimal on
  • Parut berlubang

    Sonuradha on

Leave a comment