Manfaat Buah Tomato Pada Wajah

Posted by Teamon crew on

Buah tomato sering digunakan dalam masakan. Salah satunya dalam masakan kari ikan. Ia mampu untuk menaikkan rasa kesedapan dalam suatu masakan apabila memasukkanya. 

Tambahan lagi, ia mempunyai khasiat yang tinggi bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan  malah ia juga memberikan impak yang positif pada kecantikan wajah

Setiap wanita pasti inginkan kulit wajah yang cantik untuk menjadikan diri lebih berkaykinan apabila ingin keluar rumah. 

Namun, tidak dinafikan sudah terdapat pelbagai barang atau produk yang ada di pasaran luar. Walau bagaimanapun, ia bergantung juga pada keyakinan seseorang itu untuk menggunakan atau tidak.

Selain daripada mendapatkan barangan luar di pasaran, inisiatif lain yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan sumber semula jadi yang ada pada muka bumi ini.

Salah satunya ialah buah tomato. Khasiat yang paling penting yang ada pada buah tomato untuk digunakan pada kecantikan wajah ialah antioksidan dan juga Vitamin C.

Selain daripada itu, ia juga mempunyai Vitamin A, Vitamin B, magnesium dan juga kalium. Dengan kandungan seperti ini telah membuktikan kekuatan yang ada pada buah tomato untuk digunakan pada kulit wajah.

MENGATASI MASALAH MUKA BERMINYAK

 

BACA SINI: MANFAAT GREENTEA PADA WAJAH

KEBAIKAN TOMATO PADA KULIT WAJAH

MENGATASI MASALAH KULIT BERMINYAK

1) Mengatasi Masalah Muka Berminyak

Masalah kulit berminyak seharusnya dipandang serius. Ini adalah kerana, apabila berlakunya minyak berlebihan pada wajah, ia akan menyebabkan mudahnya berlaku pertumbuhan jerawat pada kulit wajah

Dengan adanya tomato, ia boleh dijadikan sebagai toner untuk mengatasi masalah minyak yang berlebihan ini.

Sekaligus, ia dapat menyegarkan kulit wajah.

2) Melembabkan kulit

Seterusnya, khasiat yang ada pada tomato ia mampu untuk melembabkan kulit wajah. Ini adalah kerana buah tomato mempunyai kandungan kalium yang tinggi.

Caranya dengan menjadikan ia masker wajah atau ia juga boleh dilakukan dengan hanya menghiris buah tomato dan terus diletakkan pada kulit wajah. Dengan itu, masalah kulit kering yang sering dihadapi dapat diatasi.

 

3) Melindungi Kulit Daripada Cahaya Matahari

Masalah kulit terbakar atau sunburn sering diperkatakan. Bukan sahaja pada kaum hawa malah, lelaki juga inginkan perlindungan kulit wajah daripada terkena cahaya matahari yang boleh menyebabkan berlakunya sunburn.

Apabila berlakunya sunburn ini kulit akan merasa pedih dan tidak selesa. Dengan menggunakan tomato, serba sedikit dapatlah membantu masalah ini.

BACA SINI: MANFAAT GREENTEA PADA WAJAH

4) Mempunyai Sifat Antipenuaan.

Dengan menggunakan buah tomato secara terus kepada kulit wajah dapat membantu untuk memberlambatkan penuaan kulit wajah.

Ini adalah disebabkan, buah tomato mempunyai pelbagai jenis Vitamin B yang baik digunakan pada kulit wajah. Antaranya ialah:

a) B1

b) B3

c) B5

d) B6

e) B9

Kesimpulannya, dengan hanya menggunakan buah tomato yang mudah didapati ini serba sedikit dapat membantu untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.

Malah, terdapat banyak lagi sumber alam semula jadi yang boleh dijadikan bahan untuk membuatkan kulit sentiasa kelihatan sihat dan segar. 

Sekali gus, ia dapat untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang apabila mempunyai kulit wajah yang cantik.

Dengan itu, ia membuktikan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi hanya dengan menggunakan kerajinan sebaik mungkin mampu untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi.

 

← Older Post Newer Post →


Comments


  • ] Eriwecagg tdx.jdcc.teamon.com.my.zci.qn http://slkjfdf.net/

    ecefemewa on
  • ] Icofiso ekx.mcoo.teamon.com.my.vzs.mi http://slkjfdf.net/

    oneciezowicur on

Leave a comment