Jenis - Jenis Rawatan Hilangkan Parut

Posted by Teamon crew on

Pada era yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan untuk menghilangkan masalah parut.

Walaupun sesetengah rawatan akan mengeluarkan kos yang tinggi, akan tetapi hasilnya akan membuatkan kita berasa puas dan masalah hilang keyakinan diri disebabkan parut kulit wajah juga dapat diatasi dengan segera. 

Dengan itu, seseorang yang mengalami masalah parut ini perlu berusaha lebih sedikit dengan membuat 'research' dan berkorban sedikit masa dan juga wang untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.

RAWATAN HILANGKAN PARUT JERAWAT

BACA SINI: HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN GUNA KENTANG

2 Rawatan Hilangkan Parut 

a) Microneedling

RAWATAN HILANGKAN PARUT JERAWAT

Microneedling merupakan satu rawatan yang menggunakan jarum-jarum kecil pada kulit wajah, Ia dapat mengatasi parut jerawat dan juga kerutan pada wajah. 

Tambahan lagi, dengan cara menggunakan kaedah microneedling ini juga ia mampu untuk menghasilkan kolagen baru. Dengan terhasilnya kolagen baru, sekali gus dapatlah untuk merawat kulit wajah. 

Secara pengetahuan yang ringkas, apabila menggunakan kaedah microneedling ini ia akan menyebabkan berlakunya luka-luka kecil pada wajah. 

Namun pertumbuhuan tisu akan berlaku dan ia kaya dengan kolagen yang baru.  Apabila berlakunya pertumbuhan tisu ia akan memberi kesan yang baik pada kulit wajah.

Antaranya ialah, kulit akan lebih sekata dari aspek warna dan juga tekstur. Tidak dapat dinafikan kehilangan kolagen pada kulit wajah adalah perkara yang normal.

Ia berlaku disebabkan penuaan atau kecederaan. Tambahan lagi, microneedling ini bukan sahaja fokus pada masalah parut jerawat atau parut berlubang malah ia juga boleh digunakan pada kulit kepala bagi mengatasi masalah kebotakan.

Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan masalah jeragat, masalah liang-liang pori yang terbuka dan menebalkan kulit disebabkan penggunaan produk yang boleh menjadikan kulit mengelupas. 

BACA SINI: HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN GUNA KENTANG

b) Laser

 

RAWATAN HILANGKAN PARUT JERAWAT

Rawatan secara laser ini, akan memanaskan lapisan kulit dan ia akan menghasilkan kulit yang lebih muda dengan adanya kolagen.

Rawatan laser ini sudah dilakukan sejak beberapa tahun lagi dalam bidang kosmetik. Dalam masa yang sama, prosedurnya juga sering diperbaiki sepanjang masa untuk menghasilkan kesan yang terbaik pada masyarakat yang mengalami masalah parut ini.

Laser ini adalah untuk memanaskan lapisan kulit yang mengandungi bahan dikenali sebagai kolagen. Kolagen fungsinya amatlah penting pada badan dan juga kulit. 

Dengan adanya kolagen, ia akan menjadikan kulit yang sihat dan cantik. Sistem yang digunakan laser juga ada perbezaannya. Salah satunya, ada yang menggunakan karbon dioksida dan ada juga yang menggunakan erbium. 

Secara ringkasnya, yang dapat disimpul daripada rawatan laser ini ialah apabila seseorang individu tersebut ingin membuat apa jua rawatan tidak hanya tertumpu pada laser, mereka seharusnya membuat 'research' yang banyak supaya hasilnya akan menjadi baik.

Kesimpulannya, bukanlah hanya setakat rawatan microneedling dan laser sahaja yang mampu untuk mengatasi parut pada kulit, malah terdapat banyak lagi rawatan yang boleh digunakan bergantung pada parut yang dialami. 

Namun, seseorang individu harus bekerja lebih keras untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. 

Semua orang terutama sekali pada kaum hawa pasti meninginkan kulit yang cantik untuk berasa lebih yakin apabila ingin keluar.

Justeru, setiap perkara yang ingin kita lakukan, kita haruslah mempunyai ilmu supaya langkah yang telah kita ambil akan memberikan kesan yang positif terutamanya pada diri sendiri.

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment