4 Jenis Parut

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap mengenai parut, topiknya agak luas. Ini adalah disebabkan, ia mempunyai pelbagai jenis parut. Ia bukan sahaja parut jerawat malah, parut kemalangan juga tetap dikenali sebagai parut

Parut terbentuk apabila tisu atau kulit tercedera. Maka badan akan menghasilkan protein yang dipanggil sebagai kolagen. 

Dengan itu, kolagen akan membantu dalam penyembuhan yang menguatkan tisu pada bahagian yang tercedera.

Seperti yang sedia maklum, parut mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah, Parut Hypertophic, Parut Rolling, Parut Ice Pick, Parut Boxscar dan sebagainya.

 

PUNCA PARUT JERAWAT

 

 

 

BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT

 

4 Jenis Parut

1) Parut Hypertophic

 

PUNCA PARUT JERAWAT

 

 

Parut Hypertophic merupakan parut yang sering timbul apabila berlaku kecederaan pada mana-mana anggota badan. 

Selain itu, Parut Hypertophic ini merupakan daripada akibat tindak balas yang tidak normal terhadap kecederaan atau trauma.

Sesetengah individu, sel-sel badan yang dikenali sebagai myofibroblast telah menghasilkan terlalu banyak kolagen semasa berlakunya proses penyembuhan.

Salah satu sebab perkara seperti ini berlaku adalah kerana, jenis kulit seseorang individu tersebut atau terlalu cenderung kepada penyembuhan.

Tambahan lagi, kebiasaannya terlalu banyak pengeluaran kolagen semasa luka dijangkiti atau sedang meradang.

Dalam masa yang sama, terlalu banyak ketegangan atau gerakan di bawahnya, contohnya kecederaan tersebut berlaku di atas sendi ataupun luka tersebut dibiarkan tanpa jahitan. 

Secara ringkasnya, parut hypertophic adalah sama seperti parut keloid, akan tetapi ia lebih ringan dan tidak melebihi daripada kecederaan kulit asal.

Parut ini tidaklah bahaya sehingga mengancam nyawa. Kesannya akan merasa gatal dan menyakitkan. Namun, terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi parut ini.

2) Parut Rolling

PUNCA PARUT JERAWAT

Parut ini kelihatan seperti berombak atau bukit bukau di atas permukaan kulit. Parut ini pula terjadi adalah disebabkan jerawat yang meradang pada kulit dalam jangka masa yang lama.

Ini adalah kerana, semakin teruk berlakunya inflamasi kulit, maka semakin teruklah keadaan parut tersebut. 

Apabila semakin meningkat usia, parut ini akan kelihatan lebih jelas. Perkara ini berlaku kerana, apabila usia semakin meningkat kulit akan kurang menegang dan hilang keanjalan.

Bagi rawatan pula, kebiasaannya ia akan menggunakan rawatan laser. Namun, ia harus dilakukan secara berulang dan akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kesannya. 

Walau bagaimanapun, ini adalah langkah yang terbaik untuk merawat parut tersebut dan untuk menghasilkan kolagen yang baru. 

BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT

3) Parut Ice Pick

 

PUNCA PARUT JERAWAT

 

Parut ini dikenali sebagai Parut Ice Pick. Ini adalah disebabkan, parut ini kelihatan seperti terkena objek yang tajam, contohnya seperti pemecah ais dan juga jarum.

Parut ini boleh sampai sehingga ke lapisan dalam kulit iaitu dikenali sebagai dermis. Parut ini terjadi adalah disebabkan keradangan jerawat telah sampai pada permukaan kulit.

Apabila jerawat tersebut sudah sembuh, pori pada wajah akan menjadi kosong. Maka dengan itu, berlakulah parut berlubang sehingga ke permukaan kulit.

Selain daripada itu, kulit yang kekurangan kolagen juga akan berlaku parut tersebut. Apabila berlakunya kekurangan kolagen pada kulit, ia akan menyebabkan lapisan kulit akan jatuh dan meninggalkan kesan lubang.

Kebiasaannya ia terjadi akibat daripada jerawat cyst. Jerawat yang besar dan sakit pada rahang, dagu dan pipi adalah keadaan hormon yang tidak teratur.

Secara ringkasnya, parut ini boleh dirawat dengan cara menggunakan chemical peel. Prosesnya akan mengakibatkan kulit akan terbakar dan ia akan memulihkan kulit tersebut. 

Namun, cara ini haruslah digunakan dengan secara berhati-hati kerana jika salah penggunaannya ia akan menjadikan parut lebih teruk.

4) Parut Boxscar

 

PUNCA PARUT JERAWAT

Parut ini kelihatan sama seperti parut ice pick tetapi ia tidaklah sama daripada segi bentuknya. Parut Boxscar lebih berlekuk seperti kotak dan ia lebih lebar berbanding dengan parut ice pick.

Terjadinya berlubang dan berlekuk ini adalah disebabkan kehilangan tisu. Apabila berlakunya keradangan ia akan menghancurkan kolagen dan memusnahkan lapisan daripada sokongan kulit.

Dengan itu, kesannya kulit akan menjadi berlekuk. Tambahan lagi, apabila terjadinya banyak kehilangan tisu, maka keadaan parut ini akan semakin teruk.

Boxscar ini berlaku pada sesetengah individu yang gemar untuk memicit jerawat. Rawatan yang digunakan oleh dermatologist ialah dengan cara subsicion atau menghiris. 

Ia akan menggunakan jarum untuk menghiris tisu parut yang degil. Selain daripada itu, kaedah Punch Excisoin juga boleh digunakan untuk rawatan parut ini.

Dengan cara membuang tisu yang berlekuk tersebut dan dijahit semula oleh pakar kulit.

Kesimpulannya, walau seteruk manapun masalah atau sakit yang datang pada diri kita, ia pasti akan ada jalan untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

Allah S.W.T tidak akan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan dirinya sendiri. Pasti akan ada pelangi selepas turunnya hujan.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment