Sesetengah masyarakat mungkin masih ada yang tidak tahu lagi apakah itu microneedling. Secara ringkasnya microneedling ialah kaedah yang digunakan oleh beberapa ahli dermatologi untuk merawat kulit wajah. Ia digunakan dengan cara menusuk jarum yang kecil pada wajah.
Dengan kaedah microneedling juga ia mampu menjadikan kulit kelihatan “glowing” dan menunujukkan kulit yang sihat untuk beberapa jangka masa. Terdapat banyak manfaat yang menarik apabila menggunakan kaedah microneedling ini.
BACA SINI : TENGOK NI KALAU ADA MASALAH JERAWAT
Setiap kaedah atau cara yang digunakan pasti akan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Maka kaedah microneedling ini juga tidak terkecuali, ia juga mempunyai beberapa kebaikan dengan menggunakan cara microneedling.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN KAEDAH MICRONEEDLING
1) Mengurangkan kedutan pada wajah
Pada zaman yang kian membangun ini, pastinya tidak ada orang yang mahu kelihatan lebih tua daripada usianya. Walau bagaimanapun, garis-garis halus dan kedutan pasti akan berlaku tanpa keinginan kita.
Maka dengan itu, kecederaan kecil yang berlaku apabila melakukan kaedah microneedling dapat membantu untuk meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen bagi mencegah kedutan tersebut.
Bagi pengetahuan yang ringkas, elastin dan kolagen merupakan sebatian yang berada di dalam kulit manusia untuk menambah kekuatan dan memberikan kebaikan pada wajah.
Tamabahan lagi, dengan peneyembuhan luka juga dapat merangsang tubuh badan untuk menghasilkan sel-sel kulit baru dan dalam masa ia dapat mengurangkan kerutan dahi pada wajah.
2) Anti Penuaan
Penuaan bukan hanya kelihatan pada kedutan. Apabila semakin meningkat usia, kulit kita tidak akan kelihatan anjal seperti remaja malah, kulit akan kelihatan kusam dan tidak sihat. Dengan cara kaedah penggunaan microneedling ia dapat membantu masalah yang sering masyarakat risaukan ini.
Disebabkan itulah, kehadiran kolagen amatlah penting. Ini adalah kerana, akan terjadinya tindak balas terhadap luka kecil untuk melawan kulit yang kendur. Seterusnya, kesan daripada kaedah microneedling ini dapat dilihat dalam masa 24 jam.
BACA SINI : TENGOK NI KALAU ADA MASALAH JERAWAT
3) Mengatasi Masalah Jerawat
Jerawat juga merupakan masalah yang sering diperkatakan oleh masyarakat. Disebabakan jerawat, seseorang individu akan mengalami kemurungan dan hilang keyakinan diri.
Maka, dengan kaedah microneedling ini juga dapat membantu serba sedikit untuk atasi pertumbuhan jerawat pada wajah. Masalah jerawat ini tidak lagi boleh dipandang remeh, ini adalah disebabkan kesan terhadap individu amatlah tidak bagus.
Kesimpulannya ialah pada era globalisasi ini, terdapat banyak cara yang boleh digunakan untunk mengatasi masalah yang dihadapi. Ia bergantung pada kerajinan dan kesungguhan seseorang untuk menampakkan diri lebih yakin dan cantik.