SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

Siapa Ada Masalah Sama Macam Ni?

Posted by Teamon crew on

Apabila berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah, ia akan menyebabkan seseorang itu merasa tidak selesa. Tidak kiralah sama ada jerawat itu besar atau kecil.

Namun, walau bagaimanapun setiap masalah yang kita hadapi pasti akan ada jalan penyelesainnya.

Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini sudah terdapat pelbagai jenis barang atau bahan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini.

Walau apa sekalipun, setiap barangan yang hendak digunakan seharusnya kita melakukan 'research' terlebih dahulu untuk keselamatan kulit wajah.

 

SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ

Terdapat dua bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini. Bahan tersebut ialah daun bay dan madu.

KHASIAT DAUN BAY

Daun bay ini merupakan rempah ratus yang digunkan di Indonesia dalam masakan mereka. Tambahan lagi, beberapa sumber telah mengatakan daun ini juga baik untuk kesihatan tubuh badan.

Dengan adanya kandungan vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi ia mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada wajah. 

Malah, dalam masa yang sama daun bay membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Dengan khasiat yang ada pada daun bay ia bukan sahaja tertumpu pada kulit wajah, malah bagi individu yang mempunyai masalah rambut juga boleh menggunakannya.

MADU

Seterusnya, bagi madu pula seperti yang sedia maklum madu mempunyai khasiat yang tinggi tidak kira pada kecantikan ataupun kesihatan tubuh badan.

Ia sering digunakan di dalam masalah kecantikan. Ini adalah kerana ia bersifat antiseptik yang mampu untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat. 

Ini menunjukkan dua bahan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat. Cara untuk membuatnya juga tidaklah begitu sukar.

BACA SINI: MENCERAHKAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN KRIM CUCUQ

BAHAN-BAHAN

- Daun bay

- Madu

CARA PENYEDIAAN

Pertama sekali, rendamkan daun bay di dalam air semalaman. Ia adalah kerana untuk menyerapkan khasiat yang ada pada daun bay di dalam air tersebut.

Apabila sudah rendam semalaman, masukkan madu ke dalamnya dan gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam botol supaya mudah digunakan. 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu serba sedikit masalah pertumbuhan jerawat yang sering menjadi punca seseorang itu hilang keyakinan diri.

Masalah seperti ini seharusnya dipandang serius. In adalah untuk mengelakkan berlakunya kemurungan ke atas seseorang individu tersebut.

SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

Older Post Newer Post

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more