Petua Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Posted by Teamon crew on

 Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai bahan untuk menghilangkan jerawat dengan cepat di pasaran. Tambahan pula, ia mudah untuk di dapati.

Walau bagaimanapun, seseorang individu haruslah mengenal pasti dahulu bahan yang sesuai untuk digunakan pada kulit wajah sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kesan yang tidak diingini pada wajah.

Namun, dengan adanya bahan semula jadi pada muka bumi ini ia mampu untuk membantu seseorang individu yang inginkan kulit yang cantik dan ingin menghilangkan jerawat dengan cepat. 

Tidak dinafikan, apabila berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah ia akan menyebbakan kita merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

Walau apa sekali pun masalah yang datang, ia tidak boleh menjadikan sebagai satu alasan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ini adalah kerana, setiap sakit pasti akan ada penawarnya, begitu juga dengan masalah pertumbuhan jerawat ini.

PETUA MUDAH HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

BACA SINI: KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS

Cara mudah untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dengan menggunakan tiga bahan iaitu, madu, tomato dan tepung beras. 

KELEBIHAN TOMATO

Tomato seperti yang sedia maklum ia mempunya pelbagai kandungan atau khasiat yang bagus bagi kesihatan dan juga kecantikan wajah.

Ia mempunyai kandungan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk digunakan pada kulit wajah. Selain daripada itu, tomato juga mempunyai:

i) Vitamin A

ii) Vitamin B

iii) Kalium 

v) Magnesium

PETUA MUDAH HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

BACA SINI: KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS

Dengan adanya khasiat seperti ini ia mampu untuk melembabkan kulit wajah. Dengan hanya menjadikan tomato sebagai masker wajah.

Tambahan lagi, dengan Vitamin C ia mampu untuk menjadikan salah satu zat untuk produksi kolagen dalam tubuh. 

TEPUNG BERAS

Di negara-negara Asia, penggunaan tepung beras untuk kecantikan telah diguna pakai sejak dahulu lagi. Terdapat banyak manfaat yang boleh diambil daripada tepung beras.

Salah satunya ialah, mengatasi masalah pertumbuhan jerawat. Ini adalah kerana tepung beras bersifat antispetik. 

Fungsinya adalah untuk melawan kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.

BAHAN-BAHAN

-  Tomato

- Tepung beras

- Madu

CARA PENYEDIAAN 

Pertama sekali, potong tomato dan masukkan ke dalam blender bersama sedikit air. Setelah dikisar sehingga halus, masukkan tepung beras ke dalamnya. dan kisar sehingga sebati. 

Seterusnya, masukkan madu ke dalamnya yang berfungsi untuk membunuh jerawat dan melembabkan kulit wajah. Selepas itu, kisar semula sehingga ia sekata.

Kemudian, masukkan ke dalam ice tray dan biarkan ia selama 24 jam. Keesokkan harinya, gunakan pada wajah. Ia boleh digunakan setiao hari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

 

 

PETUA MUDAH HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

 

← Older Post



Leave a comment