KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS

Kulit Putih Gebu Guna Pad Air Beras

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap atau berbincang mengenai warna kulit, isu ini agak sensitif bagi seseorang individu. Ia juga boleh disalah tafsir sebagai “body shamming”.

Hampir semua lapisan masyarakat  menginginkan kulit yang putih tetapi bagi umat Islam seharusnya bersyukur dengan setiap pemberian daripada Allah S.W.T.

Walaubagaimanapun, jika ingin mendapatkan sesuatu haruslah berusaha dengan cara yang betul dan tidak melakukan perkara yang diharamkan. Di Malaysia terdapat pelbagai petua yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan kulit yang putih dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

 

KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS

BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT

 

Ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit putih gebu dengan menggunakan pad air beras. Untuk pengetahuan yang agak ringkas, beras juga mempunyai khasiat yang boleh digunakan pada wajah dan juga pada anggota badan

Ini adalah disebabkan, beras kaya dengan vitamin dan juga mineral. Antaranya ialah, niacin, vitamin D, kalsium, iron, fiber, thiamine dan riboflavin. Lebih meyakinkan lagi, beras juga salah satu makanan yang tidak mempunyai sebarang klestrol dan juga lemak tepu malah ia kaya dengan karbohidrat.

 Selanjutnya, bagi yogurt pula, ia mempunyai khasiat pada kecantikkan dan juga kesihatan. Antaranya ialah, ia dapat menyihatkan tulang, mudah dicerna, membantu pengelupasan, dalam masa yang sama ia juga kaya dengan vitamin dan banyak lagi kelebihan yang ada pada kandungan  yogurt.

BACA SINI: JENIS PARUT DAN CARA UNTUK RAWAT

Bagi madu, walaupun ia sering dijadikan sebagai bahan makanan terutama sekali untuk pencuci mulut tetapi ia juga menyumbang untuk tujuan kecantikan pada manusia. Ini adalah disebabkan nutrisi yang berada di dalam madu tersebut dapat membantu untuk mecantikkan lagi kulit.

BAHAN-BAHAN

  • Air basuhan beras
  • 1 sudu yogurt
  • 1 sudu madu
  • Kapas muka

CARA PENYEDIAAN

Bagi mendapat kulit putih gebu dengan menggunakan pad air beras ia mempunyai beberapa langkah untuk membuatnya. Pertama, masukkan yogurt bersama madu ke dalam air basuhan beras tersebut. Gaulkan sehingga ia sekata. Kemudian, rendamkan kapas muka ke dalam air tersebut.

Seterusnya, masukkan kapas yang telah direndam ke dalam plastik dan bekukan selama 24 jam. Hanya dengan menggunakan sekeping kapas sahaja dan sapukan di muka.

Kesimpulannya, bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Ini membawa maksud setiap apa yang kita inginkan, apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti akan ada jalan yang terbaik untuk kita kecapi.

 Begitu jugalah dengan kecantikkan pada diri kita sendiri, jika kita inginkan kulit wajah yang putih gebu tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, dengan cara petua orang dahululah kita boleh gunakannya, malah ia lebih mudah.

 KULIT PUTIH GEBU GUNA PAD AIR BERAS

 

Older Post Newer Post

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more