DIY Toner Untuk Muka Breakout

DIY Toner Untuk Muka Breakout

Posted by Teamon crew on

Apabila bercerita tentang toner hampir semua masyarakat terutama kaum wanita pasti akan tahu apakah kegunaan toner dan kebaikannya pada kulit wajah. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh kita peroleh daripada menggunakan toner pada kulit wajah.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TONER

1) Meminimumkan kehadiran pori-pori
Apabila pori-pori kelihatan lebih kecil, kulit anda akan kelihatan lebih lembut dan halus. Toner dapat membantu wajah kelihatan lebih cantik untuk memberi lebih keyakinan kepada diri. 

2) Menghilangkan makeup pada wajah

Selain menggunakan pencuci muka, toner juga dapat membantu membersihkan kulit secara semula jadi dan menghilangkan kotoran yang masih tertinggal selepas mencuci menggunakan pencuci muka.

3) Menyegarkan dan menenangkan kulit

Ia dapat menyegarkan kulit wajah dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kemerehan dan ketidakselesaan pada wajah. 

 

 

DIY TORNER UNTUK MUKA BREAKOUT

 

BACA SINI: TIP HILANGKAN SUNBURN DAN KULIT KUSAM

Tambahan lagi, selain daripada boleh didapati di luar, toner juga boleh dilakukan dengan sendiri iaitu DIY, tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan toner yang bagus. 

Hampir semua masyarakat tahu khasiat dua bahan semula jadi ini iaitu madu dan timun pada kulit wajah. Untuk pengetuan ringkas, timun mempunyai 96% air yang dapat menghidrasi kulit.

Dalam masa yang sama, timun dapat mengurangkan kulit terbakar daripada terkena cahaya matahari dan masalah kulit berminyak. Maka dengan itu, timun dapat membantu masalah kulit tersebut dan dapat menjadikan kulit kelihatan lebih muda daripada usia. 

Seterusnya, bagi madu pula ia adalah antiseptik yang menyembuhkan kulit wajah dengan cepat. Madu juga mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dari kulit. Tambahan lagi, madu juga bertindak sebagai pembersih yang boleh membuka pori-pori yang tersumbat.

 BACA SINI: TIP HILANGKAN SUNBURN DAN KULIT KUSAM

Bagi greentea pula, ia merupakan minuman yang berkhasiat daripada negara China, yang dihasilkan daripada daun spesis Camellia sinensis. Teh hijau baik untukk kecantikan dan tubuh badan.

Kajian juga mengatakan lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun mengamalkannya dengan minum air teh hijau 5 cawan sehari mendapat jangka hayat yang lebih panjang.

BAHAN-BAHAN 

1) Timun

2) 2 Uncang Greentea

2) 2 sudu madu

CARA PENYEDIAAN 

Bagi cara penyediaan toner pula, masukkan timun, greentea dan sedikit air ke dalam blender. Kemudian, tapis dengan menggunakan penapis untuk mendapatkan jus timun tersebut. Seterusnya, letakkan madu lebah ke dalam jus tersebut dan gaul sehingga rata. Simpan ke dalam peti ais, is bole bertahan satu hingga ke dua bulan dan gunakannya pada setiap malam.

Kesimpulannya, untuk menjadikan kulit yang cantik, ia perlu mempunyai kerajinan dalam diri masing. Dengan itu, ia dapat dilihat bahan yang diperlukan mudah untuk di dapati dan dalam masa yang sama dapat digunakan sebagai toner untuk mengecutkan jerawat pada wajah.

 

DIY TORNER UNTUK MUKA BREAKOUT

 

 

 

 


          

Older Post Newer Post

Comments

  • Madu yg mcm mne ye sesuai untuk dicampur tu? Sbb skrg nk cri madu yg asli mmg susah. Boleh bg contoh madu yg bleh digunakan? Terima kasih.

    Najah on
  • terima kasih atas perkongsian ilmu kecantikan yg sgt berguna n bermanfaat.dah try buat mmg best.btl nk cantik kena usaha n rajin.thanks abah.

    adriana on
  • Alhamdulillah..baru join Teamon..segala perkongsian Abah sgt2 membantu ramai yg di luar sana utk memiliki kulit sihat dan cantik secara alami..bahan2 petua2 kulit sihat dlm perkongsian sinonim dgn kehidupan mudah didapati jadi tiada alasan utk bersedih kekurangan diri sbb kulit tidak sihat & kusam lagi parut jerawat lama..DI MANA ADA KERAJINAN DI SITU ADA PENYELESAIAN APA YG PENTING SECARA KONSISTEN “NAK CANTIK MESTI DISPLIN DAN RAJIN”

    TQ ABAH KONGSI BNYK TIPS

    Teamon_Fadz@Kawaii on

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more