Tip hilangkan sunburn dan kulit kusam

Posted by Teamon Malaysia on

Tip hilangkan kulit kusam
Salah satu sebab utama kenapa timun ni sangat famous untuk penjagaan wajah adalah pH timun yang sama seperti kulit yang boleh membantu untuk mencantikan muka kita ni.

Selain tu, timun ni bersifat 'hydrating' yang sangat diperlukan kulit wajah. 
Kulit timun pula kaya dengan serat dan mengandungi pelbagai mineral yang bermanfaat termasuk silika, kalium dan magnesium.

TIMUN BOLEH CERAHKAN WAJAH?

Jus timun mempunyi sifat peluntur yang ringan yang boleh membantu untuk mencerahkan wajah. Kandungan Vitamin C dalam timun dapat meratakan tona tidak sekata pada wajah. 
Selain tu Abah gunakan timun ni untuk mengecilkan liang pori terbuka. Sebab tu tutorial abah banyak menggunakan timun.

BAHAN-BAHAN


2 Sudu Madu
1/2 Biji Timun
4 Sudu Oat
Air Meneral
Plastik Ikea
Kapas muka jenis bulat

 

PENYEDIAAN :

Dapatkan 1/2 biji timun dan potong dadu sesuai untuk dikisar. Masukkan 4 sudu oat bersama timun dan kisar bersama.
Jika perlu masukkan sedikit air untuk memudahkan proses kisar. Kisar sampai halus.

Selepas proses kisar selesai, tuang bahan-bahan tadi dalam mangkuk dan masukkan 2 sudu madu.
Gaul sehingga semua adunan sebati.
 
 
Masukan kapas bulat satu persatu dalam adunan tadi. Biar kapas basah sepenuhnya dan masukkan dalam plastik ikea.Buat berpasang pasang na. Sebab kita nak pakai untuk 2 belah mata. Kalau nak pakai untuk 3 hari. Kena guna 6 kapas muka.

Setelah semua kapas dimasukkan kedalam plastik ikea. Simpan dalam peti sejuk beku selama 24jam sebelum digunakan.

Pakai sebelah malam sebelum tidur, biar pada mata dalam 3-5 minit. Lepas tu boleh usap kapas tadi pada seluruh muka.
Kelebihan lain , boleh kecutkan jerawat, kurangkan muka berminyak dan kering dan sesuai untuk kurangkan sunburn.
.

TIP ABAH :
Kalau nak cerahkan wajah, ganti timun dengan betik. Abah dah buat. Memang wow.

TIP ABAH :
Untuk dapatkan result pantas. Tip ni boleh di pakai hari hari


TIP DARI DAPUR ABAH ON YOUTUBE

← Older Post Newer Post →


Comment


  • Terima kasih Kongsi Ilmu.. Good Job

    Azizah on

Leave a comment