Lebatkan Rambut

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap mengenai masalah rambut, ia pasti terarah kepada wanita. Ini adalah kerana rambut merupakan mahkota bagi seseorang wanita. 

Masalah yang dihadapi oleh seorang wanita mengenai rambut ialah masalah rambut gugur. 

Apabila berlakunya rambut gugur, ia akan mengakibatkan seseorang itu mengalami rambut yang nipis atau "botak"  sekali gus, boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

CARA MELEBATKAN RAMBUT SECARA SEMULA JADI

BACA SINI: MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN

Namun, walau bagaimanapun pada zaman yang kian membangun ini terdapat pelbagai cara dan juga produk yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut.

Selain daripada produk di luar, kita juga boleh menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini. 

DUA BAHAN UNTUK LEBATKAN RAMBUT

1) Santan

Dengan adanya kandungan asam lemak yang ada pada santan ia mampu untuk menjadi pelembab pada rambut.

Apabila kulit kepala dan rambut dalam keadaan yang lembab ia memudahkan proses pertumbuhan rambut dengan lebih cepat. Sekali gus, rambut akan tumbuh dengan lebat dan sihat.

Tambahan lagi, menurut Jurnal Dermatology and Theraphy, santan kelapa mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang banyak. Dengan itu, ia dapat mencegah rambut daripada rosak dan kelihatan lebih kuat. 

Selain daripada itu, menurut BMC Complementary Medicine and Therapies, santan juga dapat membantu masalah rambut bercabang. 

Ekstrak santan kelapa dapat melindungi rambut daripada terjadinya hilang kandungan protein pada kulit kepala dan dapat mencegah kerosakan rambut akibat sinaran UV.

2) Aloe Vera

Tidak dapat dinafikan lagi, khasiat yang ada pada aloe vera bukan sahaja terarah pada kulit wajah malah, ia juga boleh digunakan pada kecantikan dan kesihatan rambut.

Terdapat beberapa khasiat yang baik untuk digunakan pada rambut, Antaranya ialah, Vitamin A, C, E, B12, Asam Amino esensial, asam lemak, mineral tembaga dan zink.

BACA SINI: MINUMAN BUANG ANGIN MALAS SENGAL BADAN

Dengan adanya kandungan seperti ini, ia dapat mengatasi serba sedikit masalah rambut yang sering dihadapi oleh seseorang individu itu, Antaranya ialah:

- Gatal kulit kepala

- Memperkuatkan helaian rambut

- Mengatasi rambut berminyak

- Berlaku proses pertumbuhan rambut

Dengan itu, ia telah membuktikan dengan adanya bahan semula jadi seperti ini, setiap masalah yang dihadapi pasti akan ada jalan penyelesainnya. Caranya juga mudah untuk dilakukan. 

BAHAN-BAHAN

- Santan

- Aloe Vera

CARA PENYEDIAAN

Sediakan aloe vera dan santan. Masukkan santan ke dalam aloe vera tersebut. Seterusnya, gaulkannya sehingga is sebati dan biarkan ia sehingga menjadi pekat. 

Ini adalah kerana untuk memudahkan proses lumuran pada kulit kepala. Kemudian, setelah ia menjadi sedikit pekat lumur pada kepala sehingga ia meresap pada kulit kepala.

CARA MELEBATKAN RAMBUT SECARA SEMULA JADI

Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, jika kita ingin mendapatkan hasil yang terbaik, kita harus berusaha dengan lebih keras, Bak kata pepatah, "Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan"

← Older Post Newer Post →



Leave a comment