PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

Cerah Semula Jadi

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap mengenai kulit yang cerah, pasti semua menginginkan kulit yang cerah secara semula jadi. Ia bukan sahaja terarah kepada kaum hawa, malah kaum adam juga menginginkan kulit yang cerah, cantik dan sihat.

Tambahan lagi, sudah terdapat pelbagai produk dan cara yang boleh didapati untuk mendapatkan kulit yang cerah.

Malah, bukan hanya dengan cara menggunakan produk di pasaran akan tetapi dengan menggunakan bahan semula jadi juga, boleh mendapatkan kulit yang cerah secara semula jadi.

PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

BACA SINI: 4 PRODUK HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

BAHAN SEMULA JADI UNTUK MENCERAHKAN

1) Beras

Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai khasiat air beras pada kecantikan kulit wajah. 

Bagi pengetahuan ringkas, masyarakat di Korea dan Jepun mereka mereka menjadikan air rebusan air beras tersebut untuk mencerahkan kulit wajah. 

Malah jika dilihat secara kasar, kebanyakkan produk yang dikeluarkan untuk kulit wajah, ia juga menggunakan pati air beras. Contohnya seperti:

- Pencuci Muka

- Toner

- Krim muka

Dengan adanya kandungan gamma-oyzanol pada air beras tersebut, ia mampui untuk membuatkan kulit kelihatan lebih cerah.

Selain itu, air beras juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia mampu untuk mencegah penuaan diri. Teamon Malaysia juga mengeluarkan produk berasaskan beras, iaitu Teamon Rice Serum.

Ini telah membuktikan, bahawa air basuhan beras telah memberikan impak yang bagus untuk kecantikan kulit wajah.

2) Daun Pegaga

Centella Asiatica nama saintifik bagi daun pegaga. Tidak dapat dinafikan, daun pegaga ini baik digunakan untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit wajah.

Jika kita mengikut petua orang dahulu, mereka gemar mengamalkan makan makanan sayuran hijau untuk penjagaan luar dan dalam. Malah, ia terbukti berhasil.

Daun pegaga mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi. Ia dapat mengurangkan kesan bengkak pada wajah akibat pertumbuhan jerawat.

Selain itu, ia juga mampu untuk melembabkan kulit wajah. Apabila kulit kita mempunyai kelembabpan yang cukup, sekali gus ia dapat mengelakkan daripada kulit menjadi berminyak atau terlalu kering.

BACA SINI: 4 PRODUK HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

Terdapat banyak lagi kebaikan yang ada pada daun pegaga ini. Kita seharusnya menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini secara baik.

BAHAN-BAHAN

- Daun Pegaga

-  Air 

- 2 Sudu Beras

CARA PENYEDIAAN

Pertama sekali, sediakan dua sudu beras. Seterusnya, masukkan satu gelas air dan masak beras tersebut seperti biasa.

Setelah beras tersebut menjadi nasi, kisarkan sehingga ia menjadi halus. Selepas itu, masukkan daun pegaga ke dalamnya dan kisar sehingga halus.

Kemudian, tapiskannya untuk mendapatkan pati yang pekat tersebut. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

Simpan ke dalam peti sejuk untuk tahan satu hinggga dua minggu.

PETUA CERAHKAN KULIT MUKA

Kesimpulannya, jika kita menggunakan bahan semula jadi dengan sebetulnya, ia amatlah menarik. Malah, dalam masa yang sama bahan-bahan seperti ini juga mudah untuk didapati.

Jika, kita inginkan sesuatu yang bagus dan terbaik, kita harus berusaha lebih keras daripada sebelum ini supaya hasilnya menjadi bagus.

Older Post Newer Post

Comments

  • ] Inoqeqap brb.cvik.teamon.com.my.akl.uq http://slkjfdf.net/

    uxiyujukuh on
  • ] Onklioqa zxu.aefp.teamon.com.my.ldr.gc http://slkjfdf.net/

    ihupowf on

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more