How to remove pimples naturally and permanently

Overnight Acne Treatment

Posted by Teamon crew on

Rawatan penjagaan jerawat haruslah dilakukan dengan konsisten untuk mendapatkan hasil yang bagus dan cepat.

Pada era globalisasi ini, sudah terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat ini.

Tambahan lagi, masalah pertumbuhan jerawat haruslah diatasi dengan segera. Ini adalah disebabkan masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

How to remove pimples naturally and permanently

BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU

 PUNCA BERLAKUNYA PERTUMBUHAN JERAWAT

1) Rutin Penjagaan Kulit Wajah Tidak Konsisten

Seperti yang telah dikatakan, setiap perkara yang ingin dilakukan dan mahukan "result" yang baik ia haruslah dilakukan secara konsisten. 

Apabila menggunakan sesuatu produk, ia harus digunakan secara konsisten dengan mengikut cara penggunaan dan waktu yang telah diarahkan dengan betul.

Jika perkara seperti ini dititik beratkan, secara tidak langsung seseorang individu yang inginkan kulit yang cantik dan sihat akan tercapai.

2) Penggunaan Tuala Lap Muka

Perkara sepeti ini nampak seperti remeh dan tidak perlu diambil serius. Namun, penggunaan tuala untuk digunakan pada muka haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang  bersih.

Tuala yang digunakan untuk mandi harus diasingkan. Dalam erti kata yang mudah untuk difahami, menggunakan dua tuala dalam satu masa.

Contohnya, satu untuk tuala mandi dan satu untuk lap kulit muka.

Malah bukan itu sahaja, tuala tersebut haruslah kerap dibasuh supaya, ia terjamin tuala dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kuman yang boleh menyebabkkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.

3) Stress Yang Melampau

Masalah ini tidak dapat disangkal lagi. Apabila berlakunya stress yang melampau pertumbuhan jerawat akan mudah berlaku.

Ini adalah disebabkan hormon yang dikenali sebagai androgen dalam badan akan dikeluarkan secara berlebihan apabila berlakunya stress.

Maka dengan itu, berlakulah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah tanpa diingini. 

4) Bakteria Daripada Barang Peribadi

Tidak dinafikan salah satu barang peribadi yang wajib ada bersama kita ialah telefon bimbit. 

Seorang Pembantu Profesor Klinikal Dermatologi Dari Mount Sinai Medical Center di New York iaitu Francesca Fusco berkata telefon bimbit merupakan barang peribadi yang mudah untuk dijangkiti kuman.

Malah, jika fikir secara logiknya ia amatlah betul. Ini adalah kerana, apabila kita menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan masuk ataupun keluar, anggota yang paling hampir ialah muka.

Sekaligus, ia akan menjadi salah satu punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Tambahan lagi, sesetengah individu gemar untuk menyentuh kulit wajah sebelum membersihkan tangan. 

Namun walau bagaimanapun, setiap masalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesainnya. Begitu juga dengan masalah pertumbuhan jerawat ini.

BACA SINI: JENIS PARUT BERLUBANG YANG PERLU ANDA TAHU

Terdapat pelbagai jenis produk dan juga petua yang menggunakan bahan semula jadi yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Salah satunya ialah Overnight Acne Treatment. Hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Salah satunya ialah Timun. 

Seperti sedia maklum, timun mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan pada kulit wajah. Ia mempunyai kandungan air yang tinggi sekaligus, mampu untuk melembabkan kulit wajah. 

Produk yang dikeluarkan oleh Teamon Malaysia juga menggunakan timun sebagai salah satu bahan utama. Antaranya:

1) Cucumber Hydrating Toner

How to remove pimples naturally and permanently

2) Cucumber Hydration Serum

How to remove pimples naturally and permanently

3) Vitamin C Serum

How to remove pimples naturally and permanently

4) Greentea Face Mist

How to remove pimples naturally and permanently
Bagi petua Overnight Acne Treatment ini pula, antara bahan-bahan yang digunakan ialah:

BAHAN - BAHAN

- Timun

- Aloe Vera

- Greentea

CARA PENYEDIAAN

Sediakan timun. Untuk pengetahuan timun sama dengan PH kulit wajah kita. Kisarkan timun untuk mendapatkan air timun.

Masukkan aloe vera ke dalam air timun tersebut. Seterusnya, masukkan greentea dan gaul sehingga sebati. 

Kemudian, gunakan pada setiap malam secara nipis dan biarkan ia semalaman sehingga pagi. Kesannya jerawat akan mula kecut dan jerawat baru akan mula berkurang.

Namun, untuk memudahkan dan mempercepatkan masa boleh cuba menggunakan Treatment Set daripada Teamon Malaysia. Ini adalah kerana fungsinya adalah untuk menghilangkan masalah jerawat pada wajah.

Kesimpulan yang boleh disimpulkan ialah, setiap perkara yang dilakukan haruslah rajin dan sentiasa konsisten. Dengan adanya sikap seperti ini, hasilnya pasti akan terbaik.

Older Post Newer Post

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more