Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai bedak sejuk, pastinya hampir setiap lapisan masyarakat pasti akan tahu tentang kebaikan yang boleh didapati daripada bedak sejuk ini.
Bedak sejuk ini merupakan rawatan tradisional yang dilakukan sejak zaman nenek moyang lagi. Bahan utama yang digunakan untuk membuat bedak sejuk ialah beras.
Malah, tidak dinafikan pada zaman yang kian membangun ini. pembuatan bedak sejuk telah diolah dengan memasukkan pelbagai bahan di dalamnya untuk mendapatkan lebih banyak lagi manfaat.
BACA SINI: BEETROOT MAMPU UNTUK MENCEGAH PERTUMBUHAN JERAWAT
Manfaat Bedak Sejuk Pada Kulit Wajah
1) Melembabkan Kulit Wajah
Apabila kulit wajah kering ia akan menyebabkan wajah akan kusam dan kelihatan tua. Maka dengan itu, bedak sejuk berperanan sebagai pelembab kulit.
Bedak sejuk akan membuatkan kulit kelihatan lebih segar dan berseri. Namun ia haruslah dilakukan secara konsisten.
2) Masalah Pori-Pori
Masalah pori berlaku berkemungkinan disebabkan genetik, cara penjagaan kulit wajah yang tidak betul atau penuaan.
Apabila berlakunya liang pori terbuka, kulit wajah akan kelihatan kasar. Dengan cara, menggunakan bedak sejuk, serba sedikit ia mampu untuk mengecilkan saiz pori-pori.
3) Menurangkan Berlakunya Pertumbuhan Jerawat dan Menyejukkan Kulit
Individu yang mengalami masalah minyak berlebihan akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dengan mudah.
Dengan menggunakan bedak sejuk masalah pertumbuhan jerawat dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama ia dapat menyejukkan kulit wajah.
Kebaikan yang ada pada bedak sejuk ini tidak dapat disangkalkan lagi. Ini adalah kerana bahan utamanya iaitu beras telah memberikan bukti yang kukuh terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi.
Tambahan lagi, beras kaya dengan Vitamin B kompleks. Beras juga sering dipercayai menjadi bahan utama dalam penjagaan kulit wajah.
Sudah terdapat banyak produk yang telah dikeluarkan di pasaran yang menggunakan beras sebagai bahan utama.
Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan beras iaitu Rice Serum.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Teamon Rice Serum ini. Antaranya ialah:
- Mencerahkan kulit wajah
- Kulit berminyak
- Mengimbang PH kulit
Ini membuktikan bahawa, jika kita menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini akan mendapat banyak manfaat yang baik bukan sahaja pada kesihatan tubuh badan malah ia juga boleh diguna pakai untuk kecantikan kulit wajah.
Bagi Tips Dari Dapur Abah untuk kali ini, bedak sejak ini telah dicampurkan bersama dengan yogurt untuk digunakan pada kulit wajah.
Bahan-Bahan
- Bedak sejuk
- Yogurt
Cara Penyediaan
Sediakan bedak sejuk dan yogurt. Seterusnya, masukkan yogurt ke dalam bedak sejuk tersebut dan gaulkan ia sehingga sebati.
Kemudian, sapukan pada wajah secara konsisten.
Untuk pengetahuan yang ringkas, ada ujikaji yang telah dilakukan bahawa beras mampu untuk mencerahkan kulit wajah.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan bersih ini ialah ia harus dilakukan secara konsisten dan rajin.
Apabila dua perkara ini tidak dapat dilaksanakan hasilnya tidak akan menjadi yang terbaik.
] Ohagoxd spc.nvhm.teamon.com.my.frp.ou http://slkjfdf.net/