Minuman Kecutkan Jerawat

Posted by Teamon crew on

Percaya atau tidak ada minuman yang mampu untuk kecutkan jerawat. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah jerawat yang susah untuk dipecahkan terutamanya jerawat yang tidak mempunyai mata.

Apabila mempunyai jerawat pada kulit wajah akan membuatkan kita berasa tertekan dan mula timbul perasaan rendah diri.

Dengan itu, apabila mempunyai sebarang masalah bukan sahaja masalah jerawat pada kulit wajah, kita harus berusaha untuk mencari jalan penyelesainnya secepat mungkin supaya diri tidak merasa tertekan kerana datangnya masalah tersebut.

MINUMAN UNTUK KULIT

 BACA SINI: JENIS-JENIS RAWATAN HILANGKAN PARUT

Terdapat dua bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menjadikan ia sebagai minuman kecutkan jerawat.

BAHAN-BAHAN

1) Timun

Tidak dapat disangkal lagi, timun kaya dengan kandungan air. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kandungan Vitamin C, Vitamin A, asam kafeik dan juga folat.

Asam kafeik mempunyai sifat anti radang dan antioksidan. Manfaat yang ada pada timun untuk kecantikan kulit wajah ialah:

- Membantu Mengatasi Masalah Pertumbuhan Jerawat

Apabila berlakunya minyak yang berlebihan pada kulit wajah akan menjadikan lubang pori tersumbat.

Sekali gus, ia akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Dengan menjadikan timun sebagai masker, ia dapat membantu untuk membersihkan kotoran pada kulit wajah. 

- Melembabkan Kulit

Dengan adanya kandungan air yang tinggi sebanyak 96%, maka dengan itu ia mampu untuk melembabkan kulit wajah.

Tambahan lagi, ada kajian mengatakan dengan menggunakan timun pada kulit wajah ia dapat menghidratkan kulit. 

- Melawan Tanda Penuaan Diri

Timun mempunyai kandungan antioksidan, kajian dalam Archives of Dermatological Research ia mampu untuk melawan tanda-tanda penuaan.

Selain itu, di dalam masker timun ia mempunyai Vitamin C dan Asam Folat. Fungsi Vitamin C adalah untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru. 

Manakala, Asam Folat pula berfungsi untuk melawan kulit daripada kelihatan kusam yang menjadikan penyebab berlakunya penuaan diri.

 - Toner

Selain boleh dijadikan sebagai masker wajah, timun juga boleh dijadikan sebagai toner.

Perkara ini tidak dapat dinafikan ada juga produk yang menggunakan timun sebagai bahan utama dalam produk kecantikan mereka. 

Teamon Malaysia juga banyak mengeluarkan produk berasaskan timun. Malah, Teamon Malaysia juga telah mengeluarkan toner yang berasaskan timun iaitu Cucumber Hydrating Toner.

MINUMAN UNTUK KULIT

 BACA SINI: JENIS-JENIS RAWATAN HILANGKAN PARUT

Manfaat yang boleh diperolehi daripada Cucumber Hydrating Toner ini ialah:

- Membantu mengekalkan kelembapan pada wajah

- Menggalakkan pembentukan sel kulit baharu dan kaya dengan antioksidan

- Kaya dengan protein, lipid, Vitamin C dan mineral serta membantu melembabkan kulit 

- Memendekkan tempoh penyembuhan luka serta menggalakkan pembentukan kolagen

Maka dengan itu, apa yang dapat dilihat daripada sini ialah, banyak manfaat daripada timun yang boleh kita perolehi daripadanya.

2) Chia Seed

Chia Seed mengandungi sifat antibakteria dan antiinflamasi. Dengan adanya sifat seperti ini ia mampu untuk mencegah pertumbuhan jerawat pada kulit.

Dengan menjadikannya sebagai masker, ia mampu untuk mengatasi masalah sel kulit mati dan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah,.

Selain itu, ada kajian mengatakan bahawa chia seed mempunyai kandungan antioksidan sebanyak 30% lebih banyak daripada blueberry. 

Maka dengan itu, ia terbukti sangat baik digunakan pada kulit wajah.Tambahan lagi, dengan menggunakan biji chia seed ia boleh membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dan kerutan pada kulit dengan senang.

Selain daripada baik digunakan untuk kecantikan kulit wajah, ia juga bagus digunakan pada mahkota wanita iaitu rambut.

Dengan adanya kandungan tembaga yang tinggi, ia mampu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Dalam biji chia seed mengandungi 23% protein keratin yang berperanan untuk menguatkan rambut dan menjadikan rambut kelihatan berkilat. 

Terdapat banyak lagi khasiat yang didapati daripada chia seed ini, bukan sahaja untuk kecantikan malah ia juga baik digunakan untuk kesihatan tubuh badan.

CARA PENYEDIAAN

Sediakan timun dan hiriskannya. Untuk pengetahuan ringkas, timun boleh membuang "toxic" dalam badan yang menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.

Seterusnya, masukkan dua sudu chia seed ke dalam air bersama dengan timun yang sudah dihiris.

Tambahan lagi, chia seed mempunyai satu sifat, apabila kita menjadikan ia sebagai minuman, ia mampu untuk membersihkan usus dengan menyerap segala "toxic" dan terus dibuang dengan cara membuang air besar.

Kemudian, selepas semua dimasukkan ke dalam biarkan ia selama 3 minit dan sedia untuk diminum. 

Kesimpulannya, tiada lagi alasan untuk kita tidak kelihatan cantik. Petua ini sangat mudah untuk disediakan. Semoga setiap ilmu yang diberikan bermanfaat untuk kita semua.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment