BUANG PARUT JERAWAT GUNA KULIT PISANG

Hilangkan Bekas Jerawat Guna Kulit Pisang

Posted by Teamon crew on

Percaya atau tidak kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit wajah. Kebiasaannya kulit pisang ini sering dibuang begitu sahaja apabila sudah dimakan buah pisang tersebut.

Kajian mengatakan bahawa pisang dan kulitnya boleh digunakan untuk kesihatan kulit wajah. 

Ia mempunyai kandungan vitamin yang diperlukan pada tubuh badan seseorang.

BUANG PARUT JERAWAT GUNA KULIT PISANG

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT

Selain daripada kandungan vitamin, ia juga kaya dengan mineral. Antaranya ialah:

- Magenesium

- Kalium

- Zat Besi

- Kalsium

- Fosforus

 Maka dengan itu, tidak dapat disangkal lagi manfaat yang ada padanya untuk digunakan pada kulit wajah.

KEBAIKAN PISANG PADA KULIT

1) Pertumbuhan Jerawat

Satu kajian yang dilakukan, kulit pisang mempunyai pelbagai khasiat. Ia mampu untuk mengatasi keradangan yang berlaku pada kulit wajah.

Malah dalam masa yang sama, ia dapat mengurangkan masalah jerawat yang hadir tanpa diundang itu. 

2) Mencerahkan Kulit

Dengan adanya kandungan antioksidan ia mampu untuk merawat kulit agar kelihatan sihat dan cantik.

Caranya hanya menjadikan pisang sebagi masker wajah. Dengan menggunakan pisang sebagai masker dan dilakukan secara konsisten, ia bukan sahaja mampu untuk mencerahkan kulit malah, masalah kulit kering juga dapat diatasi.

3) Mencegah Penuaan

Selain daripada masalah jerawat, kerutan yang berlaku pada kulit wajah juga dapat diatasi serba sedikit. Dengan adanya kerutan seperti itu, kulit akan kelihatan tidak sihat dan tampak berumur.

Bagi pengetahuan yang ringkas, pisang dikenali sebagai "botox alami". Ia mampu untuk memudarkan bintik-bintik penuaan. 

Selain daripada itu, garis-garsi halus dan kerutan juga dapat dicegah.

BAHAN-BAHAN

- Kulit Pisang

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT

CARA PENYEDIAAN

Sediakan pisang dan asingkan kulit pisang tersebut. Bagi pengetahuan ringkas, terdapat satu uji kaji yang membuktikan ia mempunyai satu enzim getah pada kulit pisang tersebut.

Fungsinya adalah untuk memudarkan parut pada kulit wajah. Seterusnya, gosok kulit pisang tersebut pada kulit wajah. Kemudian biarkan ia kering pada kulit wajah.

Selepas itu, sebelum tidur cuci muka dengan air. Untuk mendapatkan kesan yang cepat, ia haruslah dilakukan secara konsisten pada setiap hari. 

BUANG PARUT JERAWAT GUNA KULIT PISANG

Kesimpulan yang dapat disimpulkan, pada zaman yang kian membangun ini tidak ada lagi sebarang alasan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Ini adalah disebabkan sudah terdapat pelbagai produk yang telah dikeluarkan di pasaran. Malah, dalam masa yang sama terdapat pelbagai petua yang telah disarankan hanya dengan menggunakan bahan semula jadi di atas muka bumi ini.

Secara ringkasnya, semuanya hanya dihujung jari. Kita sebagai individu yang inginkan sesuatu yang terbaik pada diri, seharusnya berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Older Post Newer Post

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more