Cerah Pada Bahagian Celahan

Posted by Teamon crew on

Masalah gelap pada bahagian celahan sering menjadi topik utama dalam hal kecantikan terutamanya pada kaum wanita. 

Ini menunjukkan bukan sahaja kecantikan kulit wajah sahaja harus diutamakan malah, seluruh tubuh badan haruslah dijaga dengan baik supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cantik.

Tambahan lagi, pada zaman yang kian membangun ini produk mencerahkan kulit bukan sahaja tertumpu pada kulit wajah malah, bagi individu yang mengalami masalah kulit gelap pada celahan juga ada dijual di pasaran.

PETUA PUTIHKAN CELAHAN

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT

Ia tidak dapat dinafikan, kulit pada bahagian peha, ketiak atau leher adalah berbeza. Ini kerana, kulit pada bahagian tersebut sering berlaku geseran antara satu sama lain. 

Malah, bukan sahaja masalah kulit gelap, masalah bintik hitam dan pertumbuhan jerawat juga mudah berlaku pada bahagian tersebut.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan bakteria, yang datangnya daripada peluh badan kita sendiri. Sekaligus, menyebabkan warna kulit pada kedua-dua bahagian tersebut bertukar menjadi gelap

Pastinya, seseorang individu mengalami masalah seperti ini akan berasa sedikit tertekan dan rendah diri. 

Walaubagaimanapun, ini bukan satu alasan untuk menjadikan kita lemah dan tidak boleh mendapatkan kulit yang cantik kerana terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah celahan gelap ini. 

PUNCA BERLAKUNYA CELAHAN GELAP

1) Penggunaan Deodorant

Mungkin sesetengah individu merasakan penggunakan deodorant tanpa mengenal pasti kandungan yang ada pada deodorant tersebut adalah perkara remeh.

Untuk pengetahuan, ketidak sesuaian kandungan yang ada pada deodorant tersebut akan menjadi salah satu punca ketiak menjadi gelap dan tona kulit tidak sekata. 

Pada individu yang mempunyai kulit sensitif perlu menitik beratkan lebih lagi kerana ia akan boleh menyebabkan masalah kulit. 

Tambahan lagi, deodorant yang telah bercampur dengan peluh dan tidak dibersihkan dengan cara yang betul akan memudahkan lagi bakteria untuk merebak dan sekali gus berlakunya kulit pada bahagian ketiak menjadi gelap.

2) Kekerapan Mencukur Dan Alat Pencukur

Alat pencukur yang digunakan haruslah sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Ini adalah disebabkan, apabila alat pencukur tersebut tidak berada dalam keadaan yang bersih ia akan memudahkan pembiakan bakteria, sekali gus ketiak akan mudah menjadi gelap.

Kaedah atau cara mencukur juga haruslah dilakukan dengan cara yang betul. Ini adalah kerana, apabila bercukur dengan cara yang tidak betul kulit akan berlaku luka dan akan meninggalkan parut. 

3) Kebersihan

Perkara ini harus dipandang serius. Kebersihan haruslah dijaga dengan sebetulnya. Apabila selesai sahaja mandi lap tubuh sehingga kering. 

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA JERAWAT

Selain itu, sentiasa memastikan pakaian dalam keadaan yang bersih dan seluar dalam yang dipakai haruslah kering dan bersih.

Salah satu perkara yang penting ialah, elakkan pakai pakaian yang ketat. Ini adalah kerana, apabila memakai pakaian yang ketat, ia akan berlaku bergesel di antara kulit sesama kulit. 

Kesannya, kulit akan melecet dan akan meninggalkan parut dan kulit menjadi gelap

Terdapat satu cara atau Tips Dari Dapur Abah kali ini untuk mencerahkan pada bahagian celahan.

BAHAN-BAHAN

- Pearl Powder

- Lemon

- Tepung Beras

- Air

CARA PENYEDIAAN

Sediakan tepung beras. Masukkan pearl powder ke dalam tepung beras tersebut. Kebaikan yang ada pada pearl powder ini ialah:

PETUA PUTIHKAN CELAHAN

Teamon Malaysia telah mengeluarkan pearl powder ini, yang dikenali sebagai Beetroot Mask. Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada Beetroot Mask. 

Dalam masa yang sama, banyak feedback yang positif yang telah diterima daripada pelanggan Teamon Malaysia. 

Selepas itu, masukkan air dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkan perahan lemon. Bagi pengetahuan ringkas, dengan memasukkan lemon ke dalamnya ia akan memberikan kesan yang maksimun. 

Namun, ia tidak boleh digunakan pada kulit wajah. Kemudian, letakkannya pada celahan yang gelap

Untuk mendapatkan kulit yang cerah dan bersih ia haruslah dilakukan secara konsisten dan lakukan dua hingga tiga kali seminggu.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat tidaklah begitu sukar namun, ia harus mempunyai kesungguhan yang tinggi pada diri seseorang individu tersebut.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat pada kita semua !

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment