Pada zaman yang kian membangun ini, bahan-bahan semula jadi sering diabaikan.
Ini mungkin disebabkan sudah terlalu banyak produk yang dikerluarkan di pasaran yang telah tersedia dan tidak perlu menggunakan tenaga untuk menyediakannya secara DIY.
Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita terus menerus melupakan bahan semula jadi yang pada zaman dahulu, ia merupakan bahan yang penting dalam perubatan dan juga kecantikan.
BACA SINI: GUNA AIR PLUM UNTUK DAPATKAN KULIT LICIN
Terdapat pelbagai jenis bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah. Antaranya ialah:
BAHAN-BAHAN SEMULA JADI UNTUK KECANTIKAN KULIT WAJAH
1) Timun
Timun sering dijadikan sebagai masker wajah. Ini adalah disebabkan timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi.
Maka dengan itu, ia bagus digunakan untuk kulit wajah. Selain daripada kandungan air yang tinggi, timun juga mempunyai kandungan Vitamin C dan juga asam kafeat.
Peranannya ialah untuk mengurangi peradangan kulit. Dalam masa yang sama, dengan adanya kandungan VItamin C dan Asam Folat di dalam timun tersebut, masalah "mata panda" juga boleh diatasi dengan menjadikan masker timun pada bahagian mata.
Untuk pengetahuan yang ringkas, apabila kulit muka mengalami minyak yang berlebihan ia akan menjadikan pori-pori tersumbat, sekaligus ia akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Dengan adanya masker timun ini, ia mampu untuk membersihkan kulit dan mengatasi lubang pori yang tersumbat itu.
Tambahan lagi, sudah terdapat banyak produk yang mengeluarkan produk yang berasaskan timun. Salah satunya ialah Teamon Malaysia.
Teamon Malaysia mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi dan kandungan utamanya ialah timun. Salah satunya ialah Cucumber Hydrating Toner.
BACA SINI: GUNA AIR PLUM UNTUK DAPATKAN KULIT LICIN
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Teamon Cucumber Hydrating Toner ini. Selain daripada Cucumber Hydrating Toner ada beberapa lagi produk Teamon Malaysia yang berasaskan timun, antaranya ialah:
1) Green Tea Face Mist
2) Cucumber Hydration Serum
3) Vitamin C Serum
Ini menunjukkan banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada timun jika kita menggunakannya dengan cara yang betul.
2) Beetroot
Mungkin sesetengah individu tidak biasa dengan buah beetroot. Beetroot mempunyai khasiat yang tinggi bukan sahaja untuk kesihatan malah ia juga baik untuk kecantikan kulit wajah.
Terdapat seorang artis popular di Malaysia yang mengamalkan beetroot ini untuk kecantikan kulit wajahnya. Ternyata ia berhasil, kulitnya yang cantik itu membuktikan bahawa beetroot mempunyai banyak kebaikan untuk kulit wajah.
Beetroot kaya dengan zat besi dan karotenoid. Fungsinya adalah untuk menjadikan kulit kelihatan sentiasa lembut dan sihat.
Buah beetroot ini mampu untuk menyerap ke dalam lubang pori kulit wajah dan menjadikan kulit menjadi lembab.
Selain daripada itu, buah beetroot juga bersifat antiseptik maka dengan itu, ia mampu untuk meringankan peradangan apabila berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Malah ada juga produk yang telah dikerluarkan, dengan menjadikan buah beetroot ini sebagai bahan utamanya iaitu Teamon Beetroot Mask.
Dengan adanya tambahan pearl powder di dalam Beetroot Mask ini, sekali gus ia mampu untuk menghalang enzim yang menggelapkan warna kulit dan mencerahkan kulit wajah.
3) Aloe Vera
Tidak dapat dinafikan aloe vera ini tidak asing lagi daripada untuk menjadikannya sebagai rawatan kesihatan dan juga kecantikan kulit wajah.
Ini adalah kerana khasiatnya yang tinggi tidak dapat disangkal lagi. Malah sudah terdapat banyak produk yang telah dikeluarkan di pasaran yang berasaskan aloe vera.
Aloe vera atau dikenali juga sebagai lidah buaya ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Antaranya ialah, A, C, E dan B12.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Dengan itu, aloe vera mampu untuk mengatasi kulit kering maka sekali gus boleh melembabkan kulit wajah.
Tambahan lagi, aloe vera juga bersifat anti bakteria, antiseptik dan antivirus. Maka dengan itu, masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dapat diatasi dengan meletakkan aloe vera pada kulit wajah.
Bagi pengetahuan, produk yang dikeluarkan daripada Teamon Malaysia ada juga yang menggunakan aloe vera sebagai bahan utamanya. Antaranya ialah:
1) Green Tea Face Mist
2) Vitamin C Serum
3) Rice Serum
Ini menunjukkan kandungan produk yang dikeluarkan oleh Teamon Malaysia adalah dengan menggunakan bahan semula jadi sahaja.
4) Kulit Kayu Manis
Kebiasaannya kulit kayu manis ini digunkan sebagai masker wajah. Malah, ia terbukti mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat dan juga tanda penuaan diri.
Kulit kayu manis ini mempunyai sifat antibakteria. Ia mampu untuk melawan kuman yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Menurut International Journal Of Pharmaceutical Science Invention di dalam kulit kayu manis mempunyai esential. Fungsinya adalah untuk melawan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Tambahan lagi, ia juga mampu berfungsi sebagai proses peyembuhan luka. Dalam masa yang sama selain boleh dijadikannya sebagai kecantikan kulit wajah, ia juga boleh digunkan pada rambut.
Menurut Department Of Dermatology University Of California kulit kayu manis boleh untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.
Ia berasal daripada procyanidin yang dijadikan untuk kegunaan rambut, tambahan lagi rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita.
Maka dengan itu amatlah penting untuk dijaga dan dibelai dengan rapi dan sebetulnya.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, terdapat banyak lagi bahan semula jadi yang boleh digunakan dan dijadikan sebagai rawatan alami.
Dalam masa untuk mendapat kebaikan daripada bahan semula jadi tersebut, kita juga dapat menimba lebih banyak lagi ilmu berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang boleh kita lakukan.
Bak kata pepatah, "Dimana ada kemahuan, disitu pasti akan ada jalannya". Begitu juga dengan kecantikan kulit wajah, jika kita menginginkan kulit wajah yang cantik, kita harus mencari jalan sehingga ke titik penamatnya.