DIY Cleanser Untuk Muka Jerawat Dan Breakout

Posted by Teamon crew on

Cleanser atau lebih mudah difahami iaitu pembersih muka, ia merupakan satu perkara yang boleh dikatakan wajib pada setiap lapisan masyarakat. Terdapat banyak kebaikkan apabila kita mencuci kulit wajah dengan cara yang betul.

Dalam masa yang sama, dengan menggunakan cleanser juga dapat mengelakkan daripada pertumbuhan jerawat dan memulihkan kulit yang breakout.

Mungkin, sesetengah masyarkat tidak mampu untuk mendapatkan cleanser di mana-mana kedai tetapi, ia bukan satu alasan untuk tidak melakukan pencucian pada wajah. Ini adalah kerana, cleanser juga boleh dilakukan secara DIY.

 

DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT 

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA BREAKOUT

Salah satu cara untuk melakukan DIY cleanser bagi muka jerawat dan breakout ialah dengan menggunakan oat. Apabila borak tentang oat pasti akan terlintas di fikiran oleh sesetengah masyarakat kegunaan oat hanyalah sebagai makanan yang sihat, tetapi oat juga mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digunakan pada wajah.

Dalam kandungan oat mempunyai saponin ia adalah merupakan sejenis senyawa kimia yang juga boleh didapati pada tumbuhan. Ia berfungsi seperti sabun yang boleh mencuci minyak dan juga molekul minyak. Tambahan lagi, oat lebih lembut daripada sabun yang biasa digunakan.

Seterusnya, ialah greentea atau teh hijau. Begitu juga seperti oat, teh hijau bukan sahaja khasiatnya boleh didapati pada minuman malah, ia juga boleh digunakan pada wajah.  

BACA SINI: TONER TIMUN UNTUK MUKA BREAKOUT

Tambahan pula, greentea bukan sahaja boleh mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak tetapi ia juga boleh melawan penuaan diri. Secara ringkasnya, di dalam kandungan teh hijau mempunyai sifat antioksidan, antimikroba dan anti peradangan.

BAHAN-BAHAN

  • 4 Sudu oat

  • 2 sachets greentea

CARA PENYEDIAAN

Bagi penyediaan DIY cleanser untuk muka jerawat dan breakout pula, sediakan empat sudu oat. Kemudian, masukkan dua sachets greentea ke dalam oat dan kisar sehingga ia menjadi halus.

Seterusnya, simpan ia ke dalam bekas untuk tahan lebih lama. Cara untuk menggunakannya, letakkan ke atas tapak tangan dan basahkan menggunakan air. Gosokkan secara lembut pada wajah untuk mendapatkan hasil yang baik.

Kesimpulannya, selepas ini tiada lagi alasan untuk mendapatkan cleanser yang bagus. Ini adalah kerana, ia hanya memerlukan dua bahan sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

 

 

DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT

← Older Post Newer Post →



Leave a comment