DIY KRIM HILANGKAN KETIAK/LEHER GELAP

DIY Krim Hilangkan Ketiak/Leher Gelap

Posted by Teamon crew on

Apabila bercakap tentang ketiak atau leher yang gelap bunyinya agak sensitif kerana ia kelihatan tidak bersih pada diri seseorang. Dalam istilah perubatan leher yang hitam ini dikenali sebagai Acanthosis Nigricans. Ia bukan sahaja terarah kepada ketiak dan leher malah ia juga boleh berlaku pada pangkal peha.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan sama ada pendedahan cahaya matahari, hormon atau penyakit tertentu yang berkaitan dengan kulit. Apabila leher menjadi hitam, perubahan dari segi tekstur kulit juga akan kelihatan menebal.

DIY KRIM HILANGKAN KETIAK/LEHER GELAP

Bagi pengetahuan ringkas garam himalaya adalah salah satu bahan untuk membuat DIY krim untuk menghilangkan ketiak atau leher yang gelap. Garam himalaya mempunyai beberapa mineral seperti vanadium, kromium, mangan dan magnesium. Ia berfungsi untuk menstabilkan gula di dalam darah. Walaubagaimanapun, jika ingin digunakan pada wajah ia harus dikisar supaya menjadi lebih halus dan dapat mengurangkan jumlah garam.


BACA SINI: CARA NI BOLEH HILANGKAN PARUT BERLUBANG

Selain itu, tepung beras dan Vitamin C juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Bagi asam jawa pula, ia bukan sahaja boleh digunakan pada masakan tetapi ia juga boleh dijadikam bahan kecantikan.

Ini adalah kerana, asam jawa mempunyai vitamin, mineral dan antioksidan. Ia juga mampu memelihara, membersihkan kulit wajah dan juga rambut.


BACA SINI: CARA NI BOLEH HILANGKAN PARUT BERLUBANG

BAHAN-BAHAN

- Garam Himalaya
- Tepung beras
- Vitamin C
- Asam Jawa

CARA PENYEDIAAN

Cara untuk menyediakannya agak mudah. Sediakan garam himalaya dan campurkannya bersama dengan tepung beras. Kemudian, masukkan Vitamin C bagi mencerahkan kulit. Seterusnya, bagi menaturalkan semula garam tersebut supaya tidak sensitif, masukkan asam jawa.

Dalam masa yang sama, asam jawa juga berfungsi untuk mencerahkan bahagian-bahagian yang gelap. Gunakan setiap hari pada bahagian badan. Manakala, jika ingin digunakan pada kulit wajah haruslah digunakan dua hingga tiga hari seminggu.

Kesimpulan yang disimpulkan ialah hanya dengan menggunakan bahan yang berada di dapur rumah sahaja dapat mengatasi masalah leher atau ketiak yang gelap. Ini menunjukkan, setiap bahan semula jadi di atas muka bumi ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

 

DIY KRIM HILANGKAN KETIAK/LEHER HITAM

Older Post Newer Post

Comment

  • Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?

    hzjsvfoejo on

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more