5 Cara Pantas Hilangkan Jerawat

Posted by Teamon crew on

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat banyak produk atau bahan yang dipasarkan di pasaran.

Begitu juga dengan masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Terdapat banyak produk yang berada di pasaran luar.

Namun ia bergantung pada kesesuaian atau tidak pada seseorang individu tersebut untuk digunakan pada kulit wajah.

Masalah pertumbuhan jerawat ini juga menjadi salah satu punca seseorang itu hilang keyakinan diri. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka tidak cantik seperti orang lain.

Dengan berlakunya masalah seperti ini, jika seseorang individu tidak dapat untuk membendung emosi tersebut ia akan menjadikan seseorang itu mengalami kemurungan dan ingin bersendirian.

Maka dengan itu, sebelum menjadi lebih teruk, ia haruslah diatasi dengan segera. Terdapat banyak bahan semula jadi yang mudah didapati untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat.

 

 CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

 

BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

Cara Hilangkan Jerawat Menggunakan Bahan Semula Jadi

1) Serbuk Kunyit

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

 

 

Serbuk kunyit bukanlah satu benda yang baru malah, sejak zaman nenek moyang lagi kunyit sering digunakan dalam penjagaan kulit wajah.

Kunyit merupakan sifat antiseptik. Bagi kulit yang sensitif dan mudah berlakunya pertumbuhan jerawat, ia boleh menjadikan kunyit salah satu bahan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ini adalah disebabkan, kunyit mempunyai satu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang mengeluarkan warna berwarna kuning.

Tambahan lagi, kunyit juga mempunyai sifat anti bakteria. Dengan itu, ia mampu untuk membantu menghapuskan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat.

Kunyit mempunyai minyak mudah meruap (volatile) yang berfungsi sebagai anti radang. Dalam masa yang sama, ia dapat mengawal lebihan pengeluaran minyak pada wajah.

Apabila kulit mempunyai minyak yang berlebihan ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat mudah berlaku. 

 

2) Kulit Kayu Manis

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

 

Kulit kayu manis boleh dijadikan sebagai masker wajah, yang berfungsi untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada wajah.

International Journal of Pharmaceutical Science Invention telah membuktikan bahawa minyak esential daripada kulit kayu manis mampu untuk melawan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah.

Selain itu, kulit kayu manis juga boleh berfungsi untuk menyembuh luka. Artikel ilmiah mengatakan bahawa kebaikan masker kulit kayu manis berasal daripada kandungan anti bakteria .

Tambahan lagi, di dalamnya berfungsi untuk pemprosesan penyembuhan luka.

Seterusnya, ia juga mampu untuk melawan anti penuaan diri. Ini membuktikan hasil daripada American Chemical Society bahawasanya, kulit kayu manis bagus untuk merawat anti penuaan kulit wajah.

Dengan adanya kandungan cinnamaldehyde di dalam kulit kayu manis tersebut ia mampu untuk meningkatkan kolagen pada kulit.

 

3) Aloe Vera

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

 

Aloe vera atau ia juga dikenali sebagai daun lidah buaya. Ia mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan untuk kulit wajah. Aloe vera mempunyai sifat penyembuhan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ringan pada kulit wajah.

Aloe vera mempunyai 98% air yang mampu untuk mengatasi kulit kering. Tambahan lagi, aloe vera ini amat mudah untuk menyerap ke dalam kulit. 

Dengan itu, ia mampu untuk melembabkan kulit. Dengan adanya beberapa kandungan nutrisi yang juga dapat untuk mengekalkan kelembabpan kulit wajah. 

Antara nutrisi yang ada pada aloe vera ialah, antioksidan, vitamin, mineral dan enzim. Ini membuktikan serba sedikit kemampuan aloe vera untuk mengatasi masalah kulit kering.

Aloe vera mempunyai sifat anti inflamasi dan dikenali juga sebagai sifat anti bakteria, dan antiseptik.

Dengan itu, aloe vera mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dan ia boleh menyerap lebihan minyak yang akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah dengan mudah.

Akhir sekali, aloe vera sering menjadi bahan utama dalam mengatasi masalah kulit terbakar atau sunburn. Ia mampu untuk menyejukkan kulit wajah yang panas kerana terkena cahaya matahari. 

Maka dengan itu, ia mampu untuk mencegah peradangan dan iritasi disebabkan sunburn.

4) Beras

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

Beras kaya dengan kandungan Vitamin B kompleks. Ia adalah untuk merawat kulit supaya kelihatan sihat dan mengelakkan berlakunya penuaan diri.

Beras yang kaya dengan vitamin dan bersifat antioksidan mampu untuk mencerahkan kulit wajah, melembabkan kulit dan juga menghapus segala sel kulit mati pada wajah.

Selain itu, beras mampu untuk mengecilkan pori-pori. Apabila berlakunya pori-pori yang besar ia akan memudahkan berlakunya pertumbuhan jerawat dan kulit juga akan mengalami minyak yang berlebihan.

Tidak dapat dinafikan, sesetengah individu menginginkan kulit yang cerah. Dengan adanya kandungan, Vitamin A, Vitamin C dan squalane ia mampu untuk mencerahkan kulit wajah.

Dengan adanya sifat anti inflamasi pada beras ia sangatlah efektif dalam mengatasi masalah pertumbuhan jerawat.

Ia mampu untuk melindungi daripada berlakunya pertumbuhan jerawat yang akan menyebabkan seseorang individu itu menjadi tertekan.

BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

5) Timun

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DI MUKA

Timun mempunyai kandugan nutrisi yang mampu untuk merawat kecantikan pada kulit wajah. Antara nutrisi yang ada pada timun ialah, tidak dapat dinafikan lagi timun kaya dengan kandungan air.

Selain itu, ia juga mempunyai Vitamin A, Vitamin C, folat, dan memiliki sifat anti radang dan anti oksidan.

Selain daripada aloe vera, timun juga mampu untuk mengatasi masalah kulit terbakar atau sunburn. 

Dengan adanya kandungan nutrisi seperti air, kalium, sulfat Vitamin A dan Vitamin C ia baik untuk merawat kulit terbakar kerana terkena cahaya matahari.

Selain itu, daripada Australasian College of Dermatologists, timun mampu untuk mengatasi masalah mata panda.

Dengan suhu yang sejuk pada timun tersebut, ia mampu untuk mengecilkan pembuluh darah dan mengurangkan pembengkakan pada kawasan mata.

Kesimpulannya, pasti semua orang menginginkan kulit yang cantik dan sihat.

Maka dengan itu, dengan menggunakan bahan semula jadi ini bukan sahaja dapat membantu dalam merawat kulit wajah, malah kita dapat menggunakan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini dengan perkara yang baik tanpa perlu mensia-siakan manfaat yang ada pada bahan semula jadi tersebut. 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment