Apabila topik mengenai parut jerawat dibincangkan pasti akan menarik perhatian masyarakat. Ini adalah kerana parut jerawat yang berlaku pada wajah akan menyebabkan seseorang individu tersebut hilang keyakinan diri.
Masalah seperti ini haruslah dipandang serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kemurungan yang akan memudaratkan diri seseorang individu.
Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi parut jerawat.
Namun, selain daripada teknologi yang moden, dengan cara menggunakan bahan semula jadi juga dapat mengatasi masalah parut jerawat tersebut.
BACA SINI: PETUA MUDAH HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
Cara Tradisional Mengatasi Masalah Parut Jerawat
1) Timun
Timun mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang boleh digunakan untuk rawatan wajah. Tidak dapat disangkal lagi, timun mempunyai kandungan air sangat tinggi.
Kandungan air di dalam timun, sehingga mencapai 90% sekali gus mampu untuk menghidrasi kulit wajah. Dengan menjadikan timun sebagai masker muka, ia mampu untuk melembabkan kulit.
Selain itu, ia juga mempunyai asam folat. Daripada Archieves of Dermatological Research, manfaat masker timun datangnya dari kandungan Vitamin C.
Kebaikan yang boleh diperolehi daripada Asam Folat ini ialah ia dapat untuk melawan tanda-tanda penuaan dan dapat mengatasi masalah yang akan menyebabkan kulit kelihatan kusam.
2) Beras
Bagi beras pula tidak dinafikan, ia merupakan makanan ruji pada masyarakat Malaysia.
Namun walau bagaimanpun, beras juga mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk digunakan dalam rawatan kecantikan wajah.
Kebaikan Air Beras Pada Wajah
i) Menghilangkan Bintik Hitam
Dengan adanya kandungan Vitamin E di dalam air beras tersebut ia mampu untuk memudarkan pigmentasi pada kulit.
ii) Mencerahkan Kulit Wajah
Tambahan lagi air beras juga mampu untuk mencerahkan kulit wajah. Dengan adanya, kandungan gamma-oyzanol yang berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah.
iii) Cegah Penuaan Diri
Daripada cucian air beras tersebut ia mempunyai kandungan antioksidan. Fungsinya adalah untuk mencegah radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan berlakunya penuaan diri.
Bagi menguatkan lagi untuk mencegah penuaan diri, dengan adanya Vitamin E di dalamnya.
3) Tomato
Kebiasaanya, petua orang dulu yang inginkan kulit licin pasti akan menggunakan buah tomato sebagai salah satu bahan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Buah tomato sering digunakan di dalam masakan dan dalam masa yang sama khasiatnya sangat tinggi pada kesihatan dan juga kecantikan.
Tomato yang berwarna merah mempunyai Vitamin A dan C yang sangat tinggi. Tambahan lagi, kandungan setiap vitamin akan bertambah lagi apabila buah tersebut semakin tua.
Selain itu, tomato juga mempunyai likopena. Ia merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Dengan adanya kandungan kalium pada tomato ia mampu untuk melembabkan kulit. Dengan hanya menjadikan tomato sebagai masker ia mampu untuk mengatasi masalah kulit kering.
Khasiat yang ada pada tomato tidak boleh disangkal lagi, ia juga boleh dijadikan sebagai toner.
Dengan itu, ia dapat untuk mengurangkan berlakunya lebihan minyak pada wajah dan dalam masa yang sama ia dapat menyegarkan kulit wajah dalam jangka masa yang lama.
4) Greentea
Greentea atau teh hijau yang sering digunakan untuk dijadikan sebagai minuman . Namun, ia juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah.
Terdapat banyak cara atau petua untuk mengatasi masalah jerawat atau parut yang menjadikan greentea sebagai bahan utama.
Greentea mempunyai molekul Antioksidan Epigallocatechin Gallate (EGCG). Fungsinya adalah untuk melawan penuaan diri.
Tambahan lagi, menurut penelitian daripada Medical College of Georgia di Amerika Syarikat, EGCG mempunyai penglibatan untuk meremajakan kulit.
Seterusnya, seperti yang sedia maklum greentea mempunyai sifat antioksidan yang sangat bagus untuk mengatasi masalah jerawat.
Secara ringkasnya, apabila masalah jerawat dapat diatasi sekali gus, masalah parut jerawat tidak perlu difikirkan lagi.
Dalam masa yang sama, masalah kulit berminyak juga dapat diatasi. Dengan adanya minyak yang berlebihan pada wajah, ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat mudah untuk berlaku.
Selain itu, greentea juga mempunyai kandungan Vitamin E. Fungsinya adalah untuk menghidrasikan kulit wajah dan melembabkan kulit.
BACA SINI: PETUA MUDAH HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
5) Madu
Madu sering digunakan untuk membuat manisan. Walau bagaimanapun, madu juga, mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan boleh digunakan pada kulit wajah.
Ia dapat menghilangkan bekas luka atau parut. Namun disebabkan ia bahan semula jadi, kesannya akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan perubahan.
Madu dikenali sebagai zat antiflamasi dan antibakteria, maka dengan itu ia dapat untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat pada wajah.
Selain itu, terdapat kandungan antiseptik dan antioksidan yang juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat pada kulit wajah, dengan cara penggunaan secara konsisten.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini ialah, setiap masalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesainnya.
Walau bagaimanapun, ia bergantung juga pada kemahuan seseorang itu untuk mendapatkan hasil yang baik atau tidak.
Bak kata pepatah, 'Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan' Dengan itu, untuk mendapatkan kulit yang cantik kita haruslah, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Check out our own spicy galleries in which you’ll see these kinds of babes getting protected in cum most over their looks, boobs, butts, in addition to bellies. They only can’t seem to acquire enough of these creamy jizz! Head over to Free Nudes in order to watch them experiencing every last fall, feeling the cum all over their skin.