Krim Kayu Manis untuk kecutkan Jerawat (Proven Result)

Krim Kayu Manis untuk kecutkan Jerawat (Proven Result)

Posted by Teamon Malaysia on

Guna kayu manis untuk kecutkan jerawat

Dulu Abah pernah share tutorial krim kayu manis untuk kecutkan jerawat ni kat story instagram. Saja je buat untuk tambah stok cream jerawat sendiri. Tetiba ada follower yang notice dan dia cuba buat sama macam abah buat.

Bila dah buat. Follower abah tu terkejut sebab jerawat pada muka dia dah berkurang dan skin nampak lebih baik. Jadi abah buat keputusan untuk buat 1 video lengkap untuk sharing pada hampa yang lain ok.
 

KAYU MANIS BOLEH KECUTKAN JERAWAT?

Kayu manis bersifat anti kulat , antioksidan dan akti bakteria. Kalau baca sifat 'anti-anti' kayu manis ni hampa mesti dah faham kenapa kayu manis ni boleh mengecutkan & membunuh jerawat.

Cara kayu manis mengecutkan jerawat dengan mengeringkan jerawat dengan cara push aliran darah ke kulit.

KAYU MANIS BOLEH CERAHKAN WAJAH?


Selain sifat ''anti-anti'' tadi, kayu manis ni secara semula jadi boleh mencerahkan wajah dan juga boleh berfungsi untuk memudarkan parut jerawat. tona tidak sekata dan masalah bintik gelap pada wajah.

Tip dari dapur abah kali ni nak share dengan hampa cara buat cream jerawat guna serbuk kayu manis.

BAHAN-BAHAN


1/2 Sudu Serbuk Kayu Manis
6 Sudu Teh Madu Lebah
Picagari
Botol Plastik jenis tiub



PENYEDIAAN



Masukan 6 sudu teh madu lebah dalam bekas dan gaul rata bersama 1/2 teh serbuk kayu manis.

Dengan menggunakan picagari sedut bahan-bahan tadi dengan perlahan dan masukkan dalam botol plastik jenis tiub.

Cream kayu manis boleh digunakan serta merta. Untuk rasa sejuk semasa penggunaan. Boleh simpan cream kayu manis dalam peti ais.

Basahkan wajah dan pakai pada wajah 1-2jam sebelum tidur.

Kalau abah. Petang-petang duk rumah tak p mana. Abah akan buh siap-siap. Cuci untuk solat then pakai semula.

Kalau pakai pada bahagian jerawat sahaja. Boleh digunakan dengan kerap. Tapi kalau nak pakai seluruh wajah. Abah cadangkan pakai cuma 2-3 kali seminggu sahaja.

TIP ABAH :
Cream kayu manis ni boleh dibiarkan dalam suhu bilik sebab kayu manis dan madu adalah 2 bahan yang anti kulat dan anti bekteria.

TIP ABAH :
Untuk wajah breakout. Pada bahagian jerawat sahaja.
TIP DARI DAPUR ABAH ON YOUTUBE

Newer Post

Leave a comment

Tip dari dapur Abah

RSS
CARA MENCERAHKAN KULIT GELAP
Bahan Semula Jadi Celahan Gelap Cerahkan wajah Kulit kusam Melembabkan Kulit Mencerahkan Kulit Parut jerawat Pencerahan wajah Tip dari dapur Abah

Rahsia Cerah Persis Gadis SIAM

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, terdapat pelbagai cara dan jenis produk yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bukan perempuan sahaja yang...

Read more
CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN BETUL
Bahan Semula Jadi Cerahkan wajah Kecutkan jerawat Melembabkan Kulit Membersihkan Kulit Mencegah Penuaan Diri Mencerahkan Kulit Pencerahan wajah Pertumbuhan Jerawat Sunburn Tip dari dapur Abah

Rahsia Pecahkan Jerawat Yang Susah Nak Pecah

By Teamon crew

Pada zaman yang kian membangun ini, sudah terdapat pelbagai jenis ubat dan rawatan untuk mengecutkan jerawat. Namun, ada juga yang masih gemar untuk lakukannya secara...

Read more