Kenapa kena pakai Toner selepas cuci muka?

Posted by Coach Abah on

Hari ni abah nak berkongsi berkaitan topik Toner. kenapa kena pakai toner selepas cuci muka? Wajib ke?

Sebenarnya toner ni ada nama lain. Kadang-kadang hampa akan nampak toner ditulis dengan nama Lotion. Contohnya Hada Labo Lotion. Tapi biasanya nama ni digunakan oleh skincare dari Jepun.

Teamon Malaysia

Fungsi toner

Fungsi toner antaranya untuk:-

  1. Melembapkan kulit
  2. Mengembalikan pH kulit kita selepas mencuci muka
  3. Mengurangkan visibility pori
  4. Membuang kotoran

Toner terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap jenis ni mempunyai fungsi yang berbeza. Jadi korang boleh pilih nak pakai toner yang sesuai dengan jenis kulit atau masalah kulit masing-masing.


Jenis toner:-

  1. Hydarating toner
  2. Astringent
  3. Exfoliating toner 

 

Hydrating toner

  • Kebiasaannya mengandungi humectant.
  • membantu mengembalikan dan menambah semula lembapan kepada skin yang hilang selepas kita mencuci muka.
  • Mempunyai beberapa kelikatan. Ada yang cair seperti air, likat seperti lotion.
  • Sesuai dengan semua jenis kulit.
  • Kelebihan :
  1. Memberi effect toink-toink dan plump kepada kulit.
  2. Muka kurang berminyak.
  3. Membantu mengurangkan jerawat.

 

Astringent toner

  • Mempunya alcohol sebagai ingredient utama.
  • Sesuai untuk oily skin.
  • Kekurangan : boleh menyebabkan iritasi kepada kulit yang sensitif dengan alkohol.

 

Exfoliating toner

  • Nama lain : chemical toner.
  • sesuai untuk orang yang dah konsisten dengan basic skincare rutin. 
  • Mengandungi asid iaitu AHA/BHA/PHA.
  • Membantu mempercepatkan/membuang sel kulit mati.
  • Ada mild (beginner) dan strong exfoliating toner.
  • Kelebihan : cepat pudarkan dark spot, kurangkan kulit kusam

 

PENTING KE TONER NI?

Jadi penting ke toner ni? Wajib pakai?

Jawapannya ialah toner ni penting tapi tidak wajib pakai.

Haa macam mana tu??

Toner ni jadi penting untuk kulit yang mudah dehydrated, kering dan juga untuk kembalikan lembapan yang hilang bila korang menggunakan cleanser high pH.

Korang dah tak perlu toner pun kalau kulit tidak kering dan well-hydrated. Boleh je skip tau, tak ada masalah.

Sebab tu korang kena ingat YMMV.

Setiap kulit keperluan tak sama. Ada orang toner ni wajib bagi dia, ada orang dia skip je. Jadi pilihan mengikut kulit muka masing-masing tau.

 

Cara pemakaian toner

Beberapa cara pemakaian yang disarankan

  1. Menggunakan kapas. 
  2. Menggunakan jari
  3. 7-layer-method (7LM). boleh layer-kan dengan toner yang sama atau yang berlainan. Method ini sangat sesuai untuk kulit kering.

 

Setiap cara kat atas ni sesuai dengan semua jenis kulit tapi perlu diingatkan yang korang kena perhatikan keadaan kulit. Sebagai contoh selepas buat 7LM kulit jadi berminyak, apa yang perlu korang buat ialah cuba kurangkan bilangan layering.

 

Tanya Abah

Dekat bawah ni ada soalan yang kerap orang tanya dekat dm atau bila abah open ask.

Check it out gais.

 

Abah pakai toner apa?

Toner abah ada 2. Hydrating toner dan exfoliating toner. Hydrating toner ni abah pakai setiap hari manakala exfoliating toner 3-4x seminggu pada PM rutin.

 

Kalau dah pakai serum Teamon, tak pakai toner boleh tak?

Boleh pakai toner atau boleh je skip. Ikut keperluan kulit masing-masing.

Toner bukan basic skincare. Dipakai apabila perlu sahaja.

 

Saya belum ada toner boleh ke pakai serum Teamon?

Boleh. Serum Teamon mengandungi humectant di mana ia berfungsi untuk memberi/menarik lembapan kepada kulit.

 

Toner apa saya patut pakai kalau dah pakai serum Teamon?

Bebas. Ikut kepada kesesuaian dan keperluan kulit masing-masing.




← Older Post Newer Post →


Comments


  • ] Arzito kod.rnmh.teamon.com.my.mqa.fe http://slkjfdf.net/

    irihuxihicu on
  • ] Avitejaq tiw.eiho.teamon.com.my.efg.aq http://slkjfdf.net/

    uvegeinug on
  • ] Otetiri uuy.ymlv.teamon.com.my.hsa.vb http://slkjfdf.net/

    uznaxurawil on
  • VdhPJrYmAliyUx

    ByMUYmEAwCxvo on
  • JHuMIvmGo

    DmfcdqvMRwPx on
  • MpzFXhOntPDYm

    tVROKBLeGl on
  • bJwaDqZisjcORYPr

    mGnpVAKCvXSy on

Leave a comment