Kali ini Abah teruja nak share dengan hampa tentang Best Seller Teamon produk iaitu Scar set. Sebab apa dia Best Seller? Sebab ramai repeat customer dan of course sale dia tinggi!
Scar set ni ada roller yang sama fungsi dengan microneedling. Biasanya yang ada dipasaran bentuk macam berus gigikan? Atau yang biasa dermatologist guna ialah dermapen.
Yang jenis cap-ready-to-pair bersama serum belum ada. Yes! Brand Teamon adalah yang pertama keluarkan roller macam ni di Malaysia.
Jadi apa itu microneedling? microneedling adalah alat yang mempunyai jarum halus, digunakan ke atas kulit muka untuk menghasilkan luka kecil. Luka kecil ini akan membuatkan kulit memulihkan kulit sendiri serta penghasilan kolagen. Kolagen yang terhasil ini juga turut membantu memulihkan tekstur kulit sama ada parut berlubang, pori terbuka atau parut gelap.
Abah beri penjelasan yang lebih mudah iaitu microneedling ni kita nak hasilkan luka untuk keluarkan kolagen. Kolagen ni dapat tolong kambus balik parut berlubang dan haluskan lagi pori yang jelas terbuka. Nampak kan betapa pentingnya kolagen ni.
PERBEZAAN SCAR ROLLER TEAMON DENGAN BRAND LAIN
Jadi apa yang membuatkan scar roller Teamon berbeza dengan brand lain dipasaran? Scar Roller Teamon perlu dipakai dan dipasang bersama serum. Sambil rolling tu serum akan keluar melalui scar roller. Serum yang keluar tu bukan keluar menderu-deru tau. Pengeluaran serum boleh dikawal dan cara nak kawal adalah dengan menekan scar roller tu sendiri. Unik kan? Sila angguk tanda hampa setuju dengan kenyatan Abah tu. Haha.
Selain daripada itu, dengan penggunaan bersama membuatkan serum akan terus meresap masuk ke dalam luka yang kita buat menggunakan scar roller. Kira kita buat kerja 2 in 1. Cepat dan mudah. Betul?
KENAPA SCAR SET MENJADI BEST SELLER TEAMON?
Selain daripada scar roller yang unik tu kan, dalam Scar set mempunyai item lain yang membantu ia untuk berfungsi secara optimum. Salah satu yang paling wajib ada apabila melakukan microneedling adalah alcohol isopropyl. Ia penting kerana untuk mencuci dan sanitize jarum scar roller. Ingat naa yang jarum scar roller tak cukup bersih jika hampa cuci dengan sabun sahaja. Ia perlu disanitize dengan alcohol isopropyl (70%). Yang paling bestnya Abah bagi FREE ja dekat hampa bila hampa purchase full set.
Antara item FREE lain ialah oat bar soap. Abah sebenarnya nak memudahkan hampa ja. Selepas melakukan microneedling, dermatologist suggestkan hampa guna sabun yang low pH. Jadi hampa tak kalut nak fikir beli sabun/cleanser baru dah. Abah bagi free kat hampa seketul.
Sabun oat ni part paling best Abah letak oat dan shea butter sebagai star-ingredient. Ia membantu untuk mengurangkan radang dan redness dekat muka selepas rolling.
Yang paling penting dalam Scar set ini ialah Vitamin C serum. Abah bagi 2 botol dekat hampa kalau hampa beli full set. 2 botol ni hampa boleh pakai 2 bulan. Abah ada share kebaikan Vitamin C serum dekat post lain. Hampa boleh baca dekat sini.
SIAPA PATUT CUBA SCAR SET?
Abah bagitahu siang-siang na. Hampa yang ada masalah parut berlubang, pori jelas kelihatan, parut gelap susah nak hilang atau ada jeragat kan memang Abah sarankan hampa cuba Scar set.
Tapi kalau hampa ada masalah jerawat yang kronik atau kulit breakout, Abah minta maaf siap-siap. Kulit hampa tak ready lagi untuk microneedling. Hampa boleh check dekat post sini untuk pilih produk yang dapat selesaikan masalah kulit hampa.
Disebabkan Scar set ni BEST SELLER, Abah kalau boleh nak orang yang ada masalah ini sahaja cuba Scar set. Yang tidak menepati kriteria ni Abah nak hampa bertenang ja. Jangan kalut ikut trend orang pakai ni hampa pun nak pakai. Hampa boleh cuba Teamon skin set yang lain naa.
KENAPA SCAR SET MENJADI BEST SELLER PRODUK TEAMON SKIN
Last but not least, kalua hampa dah beli 1 full set sila pakai secara konsisten ikut guideline. Kalau hampa tak konsisten, hampa yang rugi. Hampa jugak yang mengeluh sebab tak nampak perbezaan dekat kulit muka hampa. Usaha itu tangga kejayaan. Hampa nak cantik, hampa kena usaha. Kalau hampa kurang rajin nak buat sendiri, boleh ja pergi ke dermatologist. Cuma hampa memang kena prepare lah duit yang cukup sebab kos rawatan dengan dorang tak murah ya.
Selamat mencuba! Harap hampa enjoy menggunakan scar roller.