Perbezaan Teamon cucumber serum dan Teamon vitamin c

Hi hampa!

Abah banyak terima soalan dekat komen insta, dekat dalam Dm insta “apa perbezaan dua serum Teamon ni? Macam mana nak pilih?”

Jadi daripada soalan ni Abah nak share tentang perbezaan Vitamin C serum dan Cucumber Hydration serum yang Teamon keluarkan.

Teamon cucumber hydration serum

Sebelum tu Abah nak share dengan hampa tentang apa itu serum?

Serum adalah produk penjagaan wajah yang dipakai selepas mencuci wajah atau sebelum pemakaian moisturizer. Serum bertujuan merawat masalah kulit yang spesifik kerana powerful ingredient yang terdapat di dalam serum.

Serum juga mempunyai molekul yang lebih kecil untuk meresap lebih jauh ke dalam kulit. Ini membuatkan bahan aktif yang ada di dalam serum dapat bekerja dengan baik kepada kulit.

Abah nak ingatkan hampa tau, serum ni bukan asas penjagaan muka namun serum boleh dipakai setiap hari jika kulit kita memerlukan penjagaan yang mendalam dan mempunyai masalah yang memerlukan penjagaan spesifik.

Jadi sebab itu Abah keluarkan dua jenis serum yang mempunyai fungsi yang berlainan untuk merawat masalah kulit hampa.

 

APA PERBEZAAN DI ANTARA VITAMIN C DAN CUCUMBER HYDRATION SERUM?

Setiap serum Teamon mempunyai fungsi dan ingredient yang berbeza. Setiap serum perlu dipakai mengikut masalah kulit yang hampa hadapi. Jangan tersalah serum pulak, nanti hampa tak akan dapat hasil atau perubahan yang sepatutnya hampa dapat.

 

CUCUMBER HYDRATION SERUM

Teamon cucumber hydration serum

Kebaikan Cucumber Hydration serum

Cucumber Hydration serum (CHS) fokus kepada hydration untuk kulit. Namun selain hydration, CHS juga memberikan kebaikan lain kepada kulit seperti mengecutkan jerawat, atasi masalah breakout dan memulihkan skin-barrier kulit.


Siapa yang sesuai perlu pakai Cucumber Hydration serum

Star-ingredient CHS ialah ceramide, hyaluronic acid, alpha arbutin dan ekstrak timun. Selain daripada memberikan hydration, ceramide yang ada di dalam CHS juga dapat merawat kulit yang breakout atau ada masalah jerawat.

Jadi kalau ada yang mengadu kat abah kulit dia breakout, memang abah suruh dia cuba CHS. Kalau jerawat naik besar-besar, calit je CHS confirm 1-2 hari akan kecut.

Selain daripada masalah breakout, ceramide juga dapat merawat semula skin-barrier yang rosak. Skin-barrier yang rosak biasanya akan terasa kering, ketat, kemerah-merahan dan terlebih exfoliate kulit juga boleh menyebabkan skin-barrier terganggu.


Waktu sesuai untuk pemakaian Cucumber Hydration serum

Jadi waktu bila yang sesuai pakai CHS ni? CHS boleh dipakai siang dan malam atau salah satu; siang atau malam. Namun cara pemakaian serum juga perlu mengikut masalah kulit yang hampa sedang alami.

Sebagai contoh kalau kulit hampa ada banyak jerawat jenis besar-besar, calit CHS di atas jerawat sahaja. Berlainan pula kalau kulit yang tiada masalah jerawat, sapukan sahaja CHS keseluruhan muka dengan rata.

Untuk masalah breakout, selain CHS, pemakaian produk lain juga dapat membantu merawat masalah jerawat yang hampa hadapi. Abah ada share sebelum ni. Baca sini (artikel SAYA NEWBIE)


VITAMIN C SERUM

Teamon vitamin c serum

Kebaikan Vitamin C serum

Vitamin C serum (VCS) memberi kebaikan berbeza daripada CHS. VCS lebih fokus kepada pencerahan kulit, memudarkan parut dan sooth kan kulit yang rosak akibat sunburn. Selain itu VCS juga boleh memberikan hydration kepada kulit.


Siapa yang sesuai perlu pakai Vitamin C serum

Untuk VCS, star-ingredient ialah ascorbic acid, hyaluronic acid dan juga aloe vera.

Abah nak highlight tentang 10% ascorbic acid yang ada di dalam VCS. Ascorbic acid ni adalah nama lain untuk vitamin c dan 10% yang diletakkan di dalam VCS ni adalah antara yang terendah jadi sesuai untuk orang yang baru nak expose kulit dia dengan vitamin c.

Kalau dah konsisten dengan pemakaian vitamin c, boleh slowly cuba concentration yang lebih tinggi.

Fungsi ascorbic acid ini adalah untuk mencerahkan kulit, sekatakan tona kulit, memudarkan parut gelap dan dapat meransang pengeluaran kolagen.

Selain dari itu ascorbic acid juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV namun pemakaian sunscreen juga perlu ya, serum sahaja tidak mencukupi. Abah ada share dekat post lain. Baca sini (artikel cara memilih sunscreen)

Selain daripada ascorbic acid, aloe vera di dalam VCS dapat merawat sunburn yang dialami oleh kulit. Kalau ada yang tanya Abah serum mana elok untuk kulit yang sunburn, Abah memang laju je untuk suggest VCS.

 

Waktu sesuai untuk pemakaian Vitamin C serum

Melalui pembacaan Abah, pakar menasihatkan vitamin C elok dipakai pada rutin AM/siang kerana fungsi vitamin C yang melindungi kulit daripada sinaran UV. Namun begitu hampa boleh juga pakai pada waktu malam. Cuma kalau hampa nak jimat boleh pakai siang sahaja.

Cara pakai pula seperti pemakaian biasa dengan menyapu rata pada keseluruhan kulit. Cara penyimpanan VCS sama seperti serum vitamin C lain iaitu simpan di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Jika terdedah, vitamin C akan oxidise atau erti kata lain vitamin C akan menjadi rosak dan tidak boleh dipakai. Serum yang rosak juga tidak memberi apa-apa perubahan kepada kulit.



Perbezaan Vitamin c serum & Cucumber hydration serum

Akhir kata Abah Cuma nak pesan dekat hampa yang pemakaian serum perlulah mengikut masalah kulit yang hampa ada. Contoh nak cerahkan parut kena pakai VitaminC serum, tak sesuai untuk pakai Cucumber Hydration serum.

Sama juga kalau kulit hampa tengah breakout. Jangan salah pilih serum pula. Nanti hampa tak dapat result yang hampa nak, bazir duit je nanti, betul?

Namun tak salah juga kalau hampa nak pakai kedua-dua serum jika kulit hampa mengalami masalah yang dapat diatasi dengan pemakaian serum daripada Teamon.