Tanya abah ( Teamon scar roller )

Tutorial cara penggunaan Teamon scar roller.

Teknik Microneedling telah terbukti berjaya mengurangi masalah parut jerawat, jeragat , bintik hitam dan mencerahkan wajah. Walaubagaimana sekalipun , aktiviti ini perlu dilakukan menggunakan teknik yang betul. 

Dibawah telah disediakan SOP penggunaan Microneedling menggunakan Teamon scar roller. Anda dinasihatkan untuk memahami semua SOP Teamon scar roller ini untuk memastikan anda melakukan teknik yang betul dan mendapat kesan yang optimum.

BEFORE USE

Adakah wajib menggunakan Teamon oat bar soap?

Teamon oat bar soap dibuat khusus untuk kegunaan selepas Microneedling. Oat bar soap menggunakan bahan-bahan selamat berasaskan tumbuhan seperti shea butter dan oat. Ia membantu kulit kekal lembab selepas aktiviti Microneedling dilakukan.

 

Dalam 1 minggu, berapakah kekerapan Microneedling ini boleh dilakukan?

Jarakkan penggunaan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu sekali. Tempoh ini diperlukan untuk proses penyembuhan kulit wajah secara semula jadi.

 

Selepas buat seminggu sekali tiba-tiba saya berhenti. Adakah ia akan mendatangkan kesan buruk pada wajah?

Microneedling tidak meninggalkan kesan sampingan pada wajah. Jika Microneedling tidak diteruskan. Wajahkan kembali kepada sebelum penggunaan.

 

Saya telah berjaya mendapatkan kulit idaman. Adakah saya masih perlu melakukan aktiviti Microneedling?

Jarakkan aktiviti Microneedling ini kepada 1 hingga 2 bulan sekali untuk mengekalkan keadaan kulit yang sihat dan cantik.

 

Bilakah waktu betul penggunaan Oat bar soap?

Oat bar soap digunakan sebelum dan keesokkan harinya selepas aktiviti Microneedling dilakukan.

 

Jika Teamon scar roller terjatuh, adakah ia masih selamat digunakan?

Pastikan jarum tidak patah , tumpul atau bengkok. Jarum yang patah , tumpul dan bengkok tidak selamat digunakan. Jarum scar roller dibuat menggunakan stainless steel. Ia tidak mudah bengkok atau patah.

 

Bolehkah saya berkongsi Teamon scar roller ini dengan orang lain?

Penggunaan 1 set scar roller dikhususkan untuk 1 individu sahaja. Ia tidak boleh dikongsi untuk tujuan kebersihan.

 

Selepas penggunaan Teamon scar roller. Ada kemungkinan muka akan breakout?

Jika anda mengamalkan langkah kebersihan seperti yang disarankan. Scar roller tidak menyebabkan wajah berjerawat atau breakout. 

Jarum scar roller mesti dicuci dengan alcohol yang diberi secara percuma untuk memastikan ia bebas kuman sebelum dan selepas penggunaan.

Elakkan melakukan tindakkan ini jika anda menghadapi masalah jerawat breakout. Redakan breakout menggunakan Teamon cucumber hydration serum. Jika masalah jerawat anda hanya pada bahagian tertentu. Elakkan jarum dari terkena pada bahagian tersebut.

Kuman jerawat yang melekat pada bahagian jarum akan menyebabkan jerawat merebak.

 

Adakah Teamon scar roller boleh digunakan setiap hari?

Kulit memerlukan masa untuk proses penyembuhan secara semula jadi. Aktiviti Microneedling yang dilakukan setiap hari akan menyebabkan penghalang kulit rosak dan kulit terdedah dengan pelbagai masalah lain. Sebaiknya jarakkanaktiviti Microneedling 1 hingga 2 minggu sekali.

Perlukah saya menggunakan toner sebelum aktiviti Microneedling?

Menggunakan toner sebelum Microneedling membantu kulit menjadi lebih lembab dan memudahkan proses roller dilakukan pada wajah.

Jika pada wajah saya ada jerawat pasir, adakah aktiviti Microneedling ini selamat untuk saya?

Elakkan melakukan aktiviti Microneedling untuk bahagian wajah yang bermasalah seperti , jerawat , jerawat pasir , biji kolestrol. Teamon cucumber hydration serum dibuat khusus untuk mengurangi masalah ini. 

 

Saya baru buat rawatan lazer. Adakah produk ini sesuai untuk saya?

Jarakkan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu sebelum anda boleh menggunakan scar roller.

DURING USE 

Perlukah saya roller sehingga mengeluarkan darah?

Scar roller adalah alat untuk menghasilkan luka-luka kecil dimana akibat dari tindakkan itu akan menggalakkan penghasilan kolagen yang membantu kulit menjadi lebih cantik dan sihat.

Keadaan wajah mengeluarkan darah sangat bergantung kepada jenis kulit masing-masing. Untuk kulit yang mempunyai daya ketahanan tinggi. Kebiasanya jumlah darahkan dihasilkan lebih sedikit/tidak berdarah berbanding mereka yang berkulit nipis.

Kenapa tidak boleh roller pada bahagian bawah mata?

Kulit pada bahagian bawah mata lebih nipis dan sensitif. Penggunaan produk ini pada bahagian bawah mata dibimbangi mendatangkan kesan sampingan. 

Bolehkan roller dilakukan pada bahagian hidung?

Lakukan proses roller dengan teliti dan berhati-hati pada bahagian ini jika bahagian ini antara masalah utama anda. 

Bolehkan roller dilakukan pada bahagian bibir?

Melakukan proses roller pada bahagian bibir akan mencantikan bibir anda, bibir lebih merah dan penuh.  Lakukan langkah ini serentak apabila anda melakukan Microneedling pada wajah.

Kenapa scar roller head dibuat longgar?

Scar roller head dibuat khusus untuk memudahkan proses pertukaran dengan cecair dropper selain dari penggunaan scar roller head adalah sementara sahaja.

Diawal penggunaan, sebelum anda mahir menggunakan produk ini anda akan mengalami masalah biasa :

  1. Roller tak bergerak
  2. Serum tumpah
  3. Nak roller tapi takut sakit
  4. Serum tidak keluar.

 

Bagaimana cara menggerakkan roller dengan betul?

Posisi jarum yang tidak betul akan menyebabkan roller tidak bergerak dengan sempurna. Titiskan beberapa vitamin c pada jarum dan roller menggunakan jari. Selepas memahami cara roller berfungsi cuci roller menggunakan alcohol sebelum boleh digunakan pada wajah

Teamon scar roller

Serum tumpah semasa proses Microneedling. Apa perlu saya lakukan?

Lakukan proses roller secara perlahan dan berhemah. Elakkan roller pada wajah yang terlalu kering. Untuk memudahkan proses roller. Titiskan vitamin c pada seluruh wajah sebelum aktiviti Microneedling dilakukan.

Setelah anda mahir menggunakan produk ini. Keadaan scar roller head tidak menjadi masalah kepada anda.

 

Adakah Microneedling ini menyakitkan?

Microneedling adalah proses dimana jarum-jarum halus dimasukkan pada wajah untuk memberi kesan luka-luka halus pada wajah. Aktiviti ini akan mengalakkan penghasilan kolagen.
 
Ia akan membantu penyerapan kebaikkan serum dengan lebih optimum. Ia juga memberi kesan lebih cepat berbanding penggunaan produk secara biasa. Untuk pengguna baru. Keterangan lanjut telah disediakan pada perenggan berikutnya.

 

Ketika roller, saya dapati serum tidak keluar. Mengapa perkara ini terjadi?

Pastikan serum yang digunakan adalah serum jenis Teamon Vitamin C. Ia segaja dibuat cair untuk memudahkan proses roller. Untuk Teamon Cucumber hyration serum, ia sedikit pekat dan tidak sesuai untuk kegunaan scar roller. Tetapi masih boleh digunaan secara manual semasa aktiviti Microneedling dilakukan.

Teamon scar roller

Bagaimana untuk mengetahui posisi betul jarum Teamon scar roller?

Posisi betul botol adalah pada paras130 darjah dari pemukaan wajah.  Ini membolehkan serum keluar dengan lebih mudah. Jika perlu, Lakukan prosedur ini dalam keadaan sedikit baring. Alas kepala anda dengan bantal. Ia membantu memudahkan proses roller. 

Jika anda mempunyai teman. Gunakan teman anda untuk membantu aktiviti Microneedling dilakuakan. Ia lebih mudah dan menyeronokkan.
 
 

Adakah jarum roller perlu ditekan?

Sewaktu roller diletakkan pada bahagian wajah, lakukan sedikit tekanan pada bahagian jarum. Jarum roller akan  tenggelam. Tindakkan ini akan membuka rongga pada bahagian dalam tiub untuk mengeluarkan serum.
 

Kenapa pada bahagian pipi, serum tidak keluar?

Serum lebih mudah keluar pada bahagian wajah yang lebih anjal berbanding bahagian yang lembut. Bahagian anjal seperti dahi , tepi mata, hidung. Manakala bahagian lembut adalah pada bahagian pipi. 

Teamon scar roller
 

3 Tip memudahkan proses roller pada wajah

1. Gunakan toner dan vitamin c pada wajah sebelum roller. Roller pada wajah yang lembab lebih mudah berbanding roller pada wajah kering.
 
 2. Jika serum tidak keluar, ini adalah kesan biasa. Microneedling yang dilakukan oleh dermatology, dilakukan tanpa serum. Produk scar roller membantu mengurangi rasa sengal pada wajah ketika roller dilakukan.
 
 3. Anda juga boleh melakukan roller tanpa perlu tunggu serum keluar pada wajah. Jika rasa kurang selesa. Titiskan serum secara manual pada wajah  dan roller pada bahagian berkenaan. 

 

Apa maksud jumlah set Microneedling?

Maksud 1 set Microneedling adalah proses roller yang dilakukan pada seluruh bahagian wajah. Ia bersamaan 1 set.  Jika roller dilakukan seluruh wajah sebanyak 2 kali , ia bersamaan 2 set Microneedling.

 

Panduan scar roller step by step

Kali pertama (Minggu 1)

  • Untuk pemulaan lakukan 1 set roller pada seluruh wajah.
  • Lakukan tekanan yang lembut pada wajah.
  • Jangan risau jika sewaktu anda roller. Ada rasa sedikit mencucuk. Ini adalah keadaan normal apabila melakukan Microneedling.
  • Tekanan yang perlahan ini akan mengurangi jumlah serum yang keluar dari roller. Titiskan serum secara manual. 

Kali kedua (Minggu 2)

  • Lakukan 1 set roller pada seluruh wajah.
  • Lakukan tekanan pada roller yang lebih berbanding kali pertama Microneedling dilakukan.
  • Jika serum masih belum keluar. Ini adalah dari kesan tekanan yang dilakukan.
  • Tekananan yang perlahan ini akan mengurangi jumlah serum yang keluar dari roller. Titiskan serum secara manual. 

Kali ketiga (Minggu 3)

  • Selepas 2 minggu berturut-turut melakukan ujikaji pada wajah. Kini adalah waktu tepat untuk melakukan aktiviti Microneedling mengikut tekanan yang sebenarnya.
  • Pada tahap ini, tekanan pada jarum sepatutnya akan memudahkan proses serum keluar.
  • Proses ini akan menyebabkan jarum scar roller tenggelam pada wajah dan memudahkan vitamin c serum menyerap masuk kedalam kulit.
  • Tindakkan ini akan membuka rongga pada bahagian dalam tiub untuk mengeluarkan serum.

Kali keempat (Minggu 4)

  • Ulang langkah yang sama seperti langkah ketiga. Tetapi lakukan aktiviti sama sebanyak 2 set.  

Kali kelima (Minggu 5)

  • Ulang langkah yang sama  seperti langkah ketiga. Lakukan aktiviti sama sebanyak 3 set. Roller lebih kerap pada bahagian bermasalah.

 

AFTER USE

  • Wajah akan rasa kebas dan merah. Ini adalah kesan normal.Jangan cuci wajah selepas roller. 
  • Jika wajah berdarah. Bersihkan darah tersebut menggunakan kapas muka yang lembut.
  • Titis beberapa serum  pada wajah. Dan lakukan proses dapdap pada seluruh wajah dengan perlahan.
  • Pakai perlembab wajah dan sedia untuk tidur.


 
Tip 1 Hari selepas microneedling


Bagun pagi. Wajah akan merah-merah dan nampak sedikit gelap. Ini adalah kesan biasa selepas Microneedling dilakukan

Cuci wajah

Cuci wajah menggunakan Teamon oat bar soap. Kulit akan rasa lebih tenang selepas penggunaan oat soap. Jika ada kesan pedih. Ini adalah rasa biasa pada hari pertama. 

Jangan scrub

Lakukan rutin penjagaan wajah anda seperti biasa. Elakkan scrub wajah atau pakai skincare yang mengandungi AHA/BHA. Ia perlu di jarakkan selama 1 minggu selepas Microneedling. Proses pengelupasan akan berlaku secara semula jadi.


Pakai sunscreen

Pakai Teamon vitamin c , pelembab wajah dan sunscreen diwaktu siang. Elakkan wajah terdedah dengan cahaya matahari disebabkan wajah selepas Microneedling adalah sensitif. Ia akan sunburn jika tidak dilapisi dengan pelindung matahari.
 
 Solat zohor :
 Selepas solat pakai pelembab wajah dan pakai sunscreen
 
 Solat asar :

 Selepas solat pakai pelembab wajah dan pakai sunscreen
 
Malam sebelum tidur :

Cuci wajah sebelum tidur menggunakan Teamon oat bar soap. Lakukan rutin penjagaan wajah seperti biasa. , gunakan Teamon vitamin c serum untuk proses pencerahan wajah dan pelembab wajah. Bersedia untuk tidur.

Ulang aktiviti penjagaan kulit wajah seperti biasa setiap hari. Pakai Teamon vitamin c setiap hari untuk kesan pencerahan lebih optimum.
 
 


 
Soalan lazim

Apakah bahan skincare yang perlu dielakkan selepas aktiviti Microneedling?


Semua produk yang mengandungi bahan AHA dan BHA. Jarakkan penggunaan produk ini 1 hingga 2 minggu selepas aktiviti Microneedling. 

 

Kenapa pada wajah saya tidak berlaku pengelupasan?

  1. Tekanan rendah sewaktu roller dilakukan. Ini memungkinkan luka-luka halus yang dilakukan juga rendah. Ia mengurangi kesan pengelupasan. 
  2. Keadaan wajah mengelupas sangat bergantung kepada jenis kulit masing-masing. Untuk kulit yang mempunyai daya ketahanan tinggi. Kebiasanya proses pengelupasan dihasilkan lebih sedikit/tidak mengelupas berbanding mereka yang berkulit nipis.

 

Selepas roller boleh pakai makeup?

  1. Tidak digalakkan memakai makeup tebal sehari selepas proses roller dilakukan. Mungkin luka-luka kecil pada wajah anda belum sembuh sepenuhnya dan ia akan menyebabkan luka tersebut tersumbat. 
  2. Jika keadaan anda memerlukan anda bermake up tebal. Lindungi wajah anda dengan serum dan pelembab wajah secukupnya.

 

Bolehkah saya menggunakan produk lain selepas prosedur Microneedling dilakukan?

Penggunaan produk seperti toner , serum pencerahan , pelembab adalah sangat digalakkan selepas proses Microneedling dilakukan. 

 

Kenapa selepas penggunaan muka saya naik jerawat?

Keadaan ini mungkin terjadi atas banyak faktor, hormon , pemakanan , emosi, elergi dan lain-lain.

Untuk memastikan keadaan ini. Hentikan seketika penggunaan produk sehingga masalah jerawat hilang. Selepas keadaan pulih. Lakukan pemakaian semula seperti biasa.

Perhatikan tanda-tanda pada wajah. Sekiranya keadaan positif. Teruskan penggunaan seperti biasa. Jika sebaliknya. Kandungan bahan dalam produk mungkin tidak sesuai.

 

Boleh ke pakai Vitamin c pada waktu siang?

Boleh. Penggunaan vitamin c pada waktu siang perlu disertakan dengan pemakaian sunscreen.

 

Dimanakah tutorial cara basuh jarum scar roller guna disediakan?

Tutorial lengkap Microneedling telah disediakan melalui group Telegram : Teamon Malaysia.

 

Jenama sunscreen apakah yang sesuai digunakan selepas Microneedling?

Apa-apa jenama sunscreen yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing. Gunakan SPF50 PA+++

 

Bolehkah saya menyimpan vitamin c didalam peti sejuk?

Boleh. Tetapi tidak menjadi kewajipan.

 

Bolehkah Microneedling menghilangkan masalah tiny bumps?

Untuk masalah tiny bumps. Produk betul untuk menyelesaikan masalah ini adalah Teamon cucumber hydration serum. 

 

Adakah produk ini boleh mengurangi masalah garis halus?

Ya. Microneedling adalah proses yang menggalakkan penghasilan kolagen yang boleh mengurangi masalah garis halus

CARA PENJAGAAN JARUM SCAR ROLLER

  1. Sebelum guna, pastikan anda mencuci jarum scar roller menggunakan alcohol. Selepas cucian alcohol, bilas menggunakan air bersih. Biar ia kering selama 30 minit. 
  2. Selepas penggunaan scar roller , cuci jarum scar roller menggunakan alcohol. Selepas cucian alcohol bilas menggunakan air bersih. Biar ia kering selama 30 minit sebelum disimpan. 
  3. Pastikan jarum yang digunakan tidak bengkok atau patah. Jarum yang bengkok atau patah tidak selamat digunakan pada wajah. 
  4. Sebelum penggunaan jarum pada wajah. Golekkan jarum menggunakan tangan untuk memastikan jarum berfungsi dengan baik.