Review & Menang RM100 Tunai
Tinggalkan review 5 bintang + gambar/video ➝ Menang wang tunai RM100!
Sertai sekarang
Menang wang tunai setiap minggu
Kempen “Review & Menang RM100 Tunai”**
Kempen “Review & Menang RM100 Tunai” (“Kempen”) dianjurkan oleh Teamon Skin Malaysia (“Penganjur”). Dengan menyertai Kempen ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat berikut.
1. Kelayakan Penyertaan
1.1 Terbuka kepada semua pelanggan yang membeli produk Teamon melalui TikTok Shop, website atau Shopee. Keutamaan untuk produk Green Tea Peel off Mask
1.2 Tiada had umur, namun peserta di bawah 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.
1.3 Staf Teamon dan ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai.
2. Mekanisme Penyertaan
2.1 Peserta perlu membeli mana-mana produk Teamon di TikTok Shop, webiste atau Shopee dalam tempoh kempen.
2.2 Peserta perlu meninggalkan review ★★★★★ berserta:
- Komen positif yang berkaitan produk, dan
- Gambar atau video yang jelas (wajah/produk/hasil penggunaan).
2.3 Peserta perlu menghantar:
- Screenshot review, dan
- Screenshot resit pembelian
ke nombor WhatsApp HQ yang disediakan.
2.4 Setiap pembelian layak menjadi 1 penyertaan. Pembelian dan review yang tidak lengkap tidak akan diterima.
3. Pemilihan Pemenang
3.1 1 pemenang mingguan akan dipilih berdasarkan cabutan rawak daripada semua penyertaan yang sah.
3.2 Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
4. Hadiah
4.1 Hadiah Mingguan: RM100 Tunai (dibayar melalui bank transfer).
4.3 Bonus: Semua peserta layak menerima voucher RM10 untuk pembelian seterusnya.
4.4 Hadiah tidak boleh ditukar milik, dipindah hak atau ditebus dengan barang lain.
5. Pengumuman Pemenang
5.1 Nama pemenang akan diumumkan melalui WhatsApp Group Teamon Skin.
5.2 Pemenang mesti memberi maklumat bank lengkap dalam tempoh 48 jam selepas dimaklumkan. Jika gagal, hadiah akan dibatalkan dan pemenang lain akan dipilih.
6. Penggunaan Bahan & Kandungan Review
6.1 Dengan menyertai Kempen ini, peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan gambar, video, testimoni, dan kandungan review untuk tujuan:
- Pemasaran
- Pengiklanan
- Social proof
- Listing platform e-commerce
tanpa sebarang bayaran tambahan.
6.2 Penganjur berhak mengedit, memaparkan atau menyesuaikan kandungan tersebut mengikut keperluan pemasaran.
7. Penolakan & Pembatalan Penyertaan
Penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa notis jika terdapat:
- Review palsu
- Review tidak lengkap
- Pembelian tidak sah
- Bahan yang tidak sopan/menyinggung
- Penyertaan yang melanggar polisi Website/TikTok/Shopee
- Percubaan manipulasi keputusan Kempen
8. Liabiliti
8.1 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran, masalah teknikal atau maklumat yang tidak lengkap.
8.2 Dengan menyertai Kempen, peserta bersetuju membebaskan Penganjur daripada sebarang tuntutan atau kerosakan yang timbul daripada penyertaan.
9. Perubahan Terma & Penamatan Kempen
9.1 Penganjur berhak mengubah, meminda atau menamatkan Kempen pada bila-bila masa tanpa notis awal.
9.2 Sebarang perubahan akan diumumkan melalui saluran rasmi Teamon.
10. Perlindungan Data Peribadi
10.1 Semua data peribadi akan diproses selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
10.2 Data hanya digunakan untuk tujuan pengurusan Kempen dan pemasaran berkaitan Teamon.
Setiap Isnin, kami umumkan pemenang baru.
Setiap penyertaan yang sah akan masuk cabutan mingguan, dan pemenang akan diumumkan pada hari Isnin melalui WhatsApp Group Teamon. Pastikan submit review & screenshot untuk melayakkan diri.
Review & Menang Wang tunai RM100