Introducing

SOP LIVE HOST

Sistem latihan  ini diwujudkan untuk memastikan hanya Live Host yang benar-benar berdisiplin, komited dan menunjukkan kesungguhan akan layak menerima ilmu premium, advanced beserta coaching 1-1.

Sistem ini terdiri daripada 5 Level, dan setiap host WAJIB lulus setiap level sebelum layak naik ke level seterusnya.

Setiap Live Host perlu membina asas sendiri melalui Handbook, ujian, latihan dan mock live.  

SOP ini diwujudkan untuk membentuk Live Host yang betul-betul “hasil” bukan hanya “hadir” dan kepada mereka yang berjaya naik ke Level 5 , itulah kumpulan kecil Live Host terpilih yang layak menerima premium coaching secara peribadi.

Banner Image

HANDBOOK + UJIAN + PENILAIAN

Objektif :

Menilai tahap kesediaan dan komitmen Live Host dari peringkat awal, termasuk pemahaman terhadap SOP, kesungguhan untuk belajar, serta disiplin dalam mengikuti sistem yang ditetapkan.

Apa LH perlu buat:

  1. Membaca Live Host Handbook dalam tempoh 48 jam
  2. Menjawab Ujian Asas Handbook melalui Google Form
  3. Menghantar video berdurasi 1 minit yang merangkumi:
  • Penyampaian skrip pembukaan asas
  • Demonstrasi tona suara dan bahasa tubuh asas

Penilaian:

  • Kefahaman SOP
  • Kefahaman asas Live Hosting
  • Kematangan tone
  • Keyakinan asas

Syarat Lulus:

  • Markah ujian minimum 70%

  • Video penilaian jelas, kemas dan mematuhi arahan yang diberikan

  • Menunjukkan sikap profesional serta tiada isu disiplin atau tingkah laku

Jika gagal:

  • Boleh ulang ujian 1 kali sahaja
  • Jika masih gagal → dipindah ke Affiliate

 Hanya LH yang lulus layak masuk Level 2.

 

PRODUCT KNOWLEDGE + UJIAN + PENILAIAN 

Objektif :

Memastikan LH mampu menerangkan produk dengan yakin, jelas & tepat walaupun tanpa training premium.

Module:

  • Pemahaman terhadap fungsi produk
  • Keupayaan menerangkan kebaikan produk dengan jelas
  • Kecekapan mengenal pasti dan menyentuh pain point pelanggan
  • Keupayaan menyampaikan pitch jualan berdurasi 45 saat secara berstruktur
  • Kebolehan menjawab soalan pelanggan dengan yakin, tepat dan beretika

Apa LH perlu buat:

  1. Lulus ujian Product Knowledge
  2. Hantar video demo 1–2 minit explain produk

Penilaian:

  • Penguasaan info
  • Cara penyampaian
  • Keyakinan
  • Clarity & tempo

Syarat Lulus:

  • Penyampaian maklumat yang tepat dan jelas tanpa kekeliruan
  •  tidak bergantung kepada pembacaan skrip
  • berupaya menyampaikan pitch secara semula jadi dan meyakinkan.

Jika gagal:

  • Ulang sekali
  • Ulang gagal → hold & tidak naik level

 

Yang layak → terus masuk Level 3.

CTA TRAINING + UJIAN + PRAKTIK

Objektif :

Melatih Live Host menggunakan teknik penutupan jualan (CTA) asas secara berkesan sebelum diperkenalkan kepada teknik lanjutan.

Module:

  • Apa itu CTA
  • 5 CTA basic wajib hafal
  • Bila / bagaimana guna CTA
  • Teknik urgency asas

Apa LH perlu buat:

  1. Lulus ujian CTA
  2. Buat mock live 3 minit, wajib masukkan ≥ 3 CTA
  3. Tunjuk energy stabil & tak kaku

Penilaian:

  • Penyampaian CTA yang lancar dan semula jadi
  • kawalan intonasi yang baik
  • tahap keyakinan yang meyakinkan 
  • tenaga penyampaian yang konsisten sepanjang sesi.

Syarat Lulus:

  • Penggunaan CTA yang tepat
  • aliran penyampaian yang lancar 
  • tenaga penyampaian yang konsisten dan bertenaga.

Jika gagal:

  • Ulang 1x
  • Ulang gagal → terminate / affiliate

 

Yang lulus → terus masuk Level 4.

INTRO & OPENING LIVE + UJIAN + MOCK LIVE

Objektif :

Melahirkan Live Host yang mampu memulakan sesi live dengan pembukaan yang kuat, tersusun dan lancar, serta berkeupayaan menarik dan melibatkan penonton dalam 30–60 saat pertama..

Module:

  • 3 jenis style opening
  • Hook setting
  • Warm-up voice
  • Teknik kekalkan viewer
  • Basic persona live

Apa LH perlu buat:

  1. Lulus ujian teori
  2. Buat mock live 5–7 minit lengkap dengan:
  • Intro
  • Opening
  • Pitch produk
  • CTA

Penilaian:

  • Aliran penyampaian yang lancar
  • pembukaan yang tidak kaku, 
  • penggunaan eye contact serta tona suara yang semula jadi
  • keupayaan mengekalkan perhatian penonton.

Syarat Lulus:

  • Pembukaan yang stedy
  • penyampaian yang stabil, tersusun dan meyakinkan.

Jika gagal:

  • 1x repeat
  • Jika gagal lagi → hold proses

Only LH yang lulus Level 4 layak coaching one-to-one with Madam/Abah Teamon.

ONE-TO-ONE PREMIUM COACHING WITH MADAM & ABAH TEAMON.

(Level tertinggi, eksklusif, hanya untuk LH yang earn the right.)

Objective:

Memberikan latihan dan ilmu lanjutan kepada Live Host yang telah terbukti serius, stabil serta menunjukkan tahap komitmen yang tinggi.

Siapa Layak:

✔ Telah lulus Level 1–4

✔ Menunjukkan tahap tenaga dan tona penyampaian yang konsisten

✔ Tiada isu sikap atau disiplin

✔ Memperlihatkan inisiatif serta usaha kendiri yang berterusan

✔ Konsisten menghantar tugasan latihan dan sesi mock live mengikut keperluan

Apa Madam akan ajar:

  • Advanced CTA (10–20 teknik)
  • Psychology close sale
  • High Conversion Formula
  • Urgency & Scarcity deep level
  • Persona Live Host
  • Rhythm & tempo jualan
  • Handling objections macam pro
  • High-energy presentation
  • Teknik “drive viewer to buy”

Outcome:

Live Host  akan menjadi ‘CERTIFIED LIVE HOST TEAMON’   dan layak untuk ditempatkan dalam slot Live Rasmi Teamon.

PENTING

Standard Setup Live Host Teamon

Bagi memastikan setiap sesi live menampilkan imej yang profesional dan konsisten, semua Live Host diwajibkan mematuhi standard setup berikut:

1. Produk Jelas di Hadapan Kamera

* Produk mesti sentiasa kelihatan dengan jelas sepanjang sesi live.
* Susunan produk perlu kemas dan mudah dilihat oleh pelanggan.
* Elakkan produk terlindung oleh tangan, badan atau objek lain.

2. Kedudukan Live Host

* Kedudukan kamera hendaklah merakam bahagian dada ke atas.
* Live Host perlu duduk dengan selesa dan profesional di hadapan meja.
* Produk dan Live Host hendaklah berada dalam frame yang sama.

3. Pencahayaan Yang Terang

* Pastikan wajah dan produk kelihatan jelas.
* Elakkan kawasan yang gelap atau pencahayaan dari belakang (backlight).
* Digalakkan menggunakan lampu tambahan jika perlu.

4. Setup Yang Kemas

* Meja dan kawasan live mestilah tersusun dan tidak berselerak.
* Elakkan objek yang tidak berkaitan berada dalam frame.

5. Penampilan Diri

* Pakaian mestilah kemas, sopan dan sesuai dengan imej Teamon.
* Digalakkan memakai warna neutral atau warna yang tidak mengganggu fokus pelanggan.
* Pastikan penampilan sentiasa bersih dan profesional.

6. Bersedia Sebelum Live

* Semua peralatan, produk dan bahan rujukan perlu disediakan sebelum sesi live bermula.
* Live Host hendaklah memastikan diri berada dalam keadaan bersedia dan bertenaga.

7. Latar Belakang (Background)

* Latar belakang mestilah bersih, kemas dan profesional.
* Elakkan kawasan yang terlalu padat, berselerak atau mengganggu fokus pelanggan.

SOP SEBELUM , SEMASA & SELEPAS LIVE

SEBELUM LIVE – PERSEDIAAN & KESIAPSIAGAAN
Objektif

Memastikan setiap sesi live bermula dengan lancar, tersusun dan berimej profesional, sekali gus mengurangkan gangguan teknikal dan kesilapan operasi.

A. Ketepatan Masa & Kesiapsiagaan
  • Bersedia ke akaun live sekurang-kurangnya 10–15 minit sebelum sesi bermula
  • Kelewatan melebihi 5 minit akan dikenakan pemotongan markah

B. Persediaan Produk
  • Semua produk telah dipin dan disusun dengan betul
  • Memahami harga, promosi dan voucher yang sedang berjalan
  • Menguasai Unique Selling Point (USP) produk (minimum 3 poin utama)

C. Peralatan & Setup Teknikal
  • Kualiti audio jelas dan tanpa gangguan (tiada echo)
  • Pencahayaan mencukupi dan jelas
  • Sambungan internet stabil sepanjang sesi

D. Penampilan & Imej
  • Pakaian kemas, sopan dan sesuai untuk siaran langsung
  • Menepati imej dan identiti jenama Teamon

Pemarkahan
  • Lengkap dan memenuhi semua keperluan20 / 20
  • Terdapat 1–2 kekurangan kecil15 / 20
  • Banyak keperluan tidak dipenuhi< 10 / 20

Markah bahagian ini akan mempengaruhi penilaian KPI keseluruhan serta kelayakan slot live seterusnya.

SEMASA LIVE
A. PRESTASI JUALAN 

Menilai keupayaan Live Host dalam mencapai sasaran jualan yang ditetapkan bagi setiap sesi live.

Kriteria Penilaian
  • Pencapaian sasaran jualan

  • Keupayaan memaksimumkan peluang jualan sepanjang sesi
Pemarkahan
  • Capai atau melebihi sasaran30 / 30
  • Hampir mencapai sasaran20 – 25 / 30
  • Jauh daripada sasaran< 15 / 30

B. KUALITI LIVE (20%)

Dinilai oleh Madam

Menilai kualiti penyampaian dan pengalaman penonton semasa live.

Aspek Penilaian
  • Penerangan produk yang jelas, tepat dan meyakinkan
  • Interaksi aktif dengan penonton (membaca komen & menjawab soalan)
  • Penggunaan CTA secara konsisten (pin produk, ajakan checkout, follow)
  • Energy yang stabil, positif dan berterusan
  • Penyampaian yang lancar tanpa momen awkward atau senyap berpanjangan
Pemarkahan
  • Excellent20 / 20
  • Average15 / 20
  • Lemah< 10 / 20

Markah bagi bahagian ini akan diambil kira dalam penilaian KPI keseluruhan dan penentuan slot live seterusnya.

SELEPAS LIVE
LAPORAN & PENILAIAN
Objektif

Memastikan tahap akauntabiliti yang tinggi serta menyokong proses penambahbaikan berterusan (continuous improvement) bagi setiap sesi live.

Keperluan Laporan Live

Live Host WAJIB menghantar Laporan Live dalam tempoh ≤ 30 minit selepas sesi tamat.

Jumlah jualan akan dikira berdasarkan jumlah GMV yang direkodkan semasa tamat sesi live sahaja. Jika jualan masuk selepas tamat live, jualan tersebut tidak dikira dalam pengiraan rate dan komisen.

Stanard ini digunakan untuk menjamin dan memudahkan sesi rekod dan semakan yang lebih adil untuk semua live host.

Laporan hendaklah merangkumi:

  • Tangkapan skrin (screenshot) jualan
  • Peak view
  • Jumlah GMV
  • Self-review ringkas, termasuk:
  • Ringkasan prestasi sesi live
  • Perkara yang boleh diperbaiki untuk sesi seterusnya

Pemarkahan Laporan
  • Lengkap & dihantar tepat masa10 / 10
  • Lewat atau tidak lengkap5 / 10
  • Tidak menghantar laporan0 / 10

Skor laporan ini akan diambil kira dalam penilaian KPI keseluruhan, kelayakan slot live, serta pertimbangan komisen dan ganjaran.

(Terpakai untuk Semua Live Host – Studio & Work From Home)

1️⃣ OBJEKTIF SOP

SOP ini diwujudkan untuk memastikan setiap sesi live Teamon:

  • Berimej kemas, profesional dan konsisten
  • Memberi pengalaman tontonan yang selesa dan meyakinkan
  • Menjaga reputasi jenama Teamon di semua platform

2️⃣ SOP PAKAIAN LIVE HOST
Keperluan Wajib
  • Pakaian kemas, bersih dan sopan
  • Warna neutral / lembut / solid (contoh: putih, nude, beige, sage, kelabu)
  • Pakaian tidak jarang, tidak ketat dan tidak menjolok mata
  • Kemas dari sudut pandang kamera (upper body)

Digalakkan
  • Plain top / blouse / shirt
  • Tudung kemas (bagi berhijab)
  • Elakkan corak terlalu kecil atau terlalu terang (elak visual ‘noise’)

DILARANG 🚫
  • Pakaian kusut / selekeh
  • Baju tidur, singlet, tank top
  • Pakaian dengan logo besar brand lain
  • Warna terlalu terang (neon) atau bercorak agresif
  • Aksesori berlebihan yang mengganggu fokus

📌 Imej Live Host mencerminkan imej jenama.

3️⃣ SOP MAKE-UP & GROOMING
Keperluan Asas
  • Make-up natural & kemas (tidak terlalu tebal)
  • Kulit nampak bersih & segar di kamera
  • Kening, bibir dan complexion kemas
  • Rambut disisir rapi (tidak menutup muka)

    Digalakkan
  • Make-up “camera friendly”
  • Lipstik warna lembut / natural
  • Blot minyak sebelum live

DILARANG 🚫
  • Make-up terlalu tebal / dramatic
  • Wajah berminyak / tidak dirawat
  • Rambut kusut atau menutup muka
  • Gaya berlebihan yang mencuri fokus dari produk

📌 Tujuan make-up adalah untuk nampak profesional, bukan menarik perhatian berlebihan.

4️⃣ SOP SETUP MEJA & PERSEKITARAN LIVE
Keperluan Wajib
  • Meja kemas, tersusun dan tidak berselerak
  • Hanya item berkaitan live & produk berada di meja
  • Background bersih & neutral
  • Tiada gangguan visual di belakang (orang lalu, barang bertimbun)

DILARANG 🚫
  • Meja bersepah
  • Barang peribadi (makanan, plastik, beg)
  • Persekitaran bising atau tidak terkawal
  • Background tidak sesuai (katil, dapur bersepah, bilik gelap)

5️⃣ SOP LAMPU & AUDIO
Pencahayaan
  • Wajah mesti jelas & terang
  • Minimum 1 ring light / lampu depan
  • Lampu menghadap muka (bukan dari bawah atau belakang)
  • Elakkan bayang kuat di muka

    Audio
  • Suara jelas & stabil
  • Tiada echo atau bunyi gangguan
  • Mic / earphone digalakkan jika perlu

Internet
  • Sambungan stabil
  • Elakkan live di kawasan line lemah

6️⃣ KHAS UNTUK WORK FROM HOME (WFH)

Live Host WFH WAJIB mematuhi SOP yang sama seperti live studio.

📌 WFH bukan alasan untuk:

  • Pakaian tidak kemas
  • Setup asal boleh asal
  • Audio/visual tidak jelas
  • Standard WFH = Standard rasmi Teamon

7️⃣ PEMATUHAN & PENILAIAN
  • SOP ini adalah sebahagian daripada penilaian KPI
  • Ketidakpatuhan boleh menyebabkan:
  • Potongan markah
  • Amaran
  • Pengurangan slot live

🔗 LINK REKOD SALE LIVE

https://forms.gle/wSGXTVm2TqjqwMQP9

Atau Klik di sini untuk Rekod Sale Live Host

⚠️ PENTING – WAJIB BACA

Setiap Live Host WAJIB mengisi rekod jualan sebaik sahaja tamat sesi live dan mengikut masa yang ditetapkan atas sebab-sebab berikut:

  1. Ketepatan kiraan jualan & komisen
    Semua pengiraan GMV, komisen dan reward adalah berdasarkan rekod rasmi dalam sistem. Rekod yang lewat atau tidak lengkap boleh menyebabkan jualan tidak dikira.
  2. Kelayakan KPI & penilaian prestasi
    Rekod ini digunakan sebagai rujukan utama untuk KPI, penempatan slot live, kenaikan level dan kelayakan reward. Kegagalan mengisi rekod akan menjejaskan penilaian prestasi walaupun jualan tinggi.
  3. Audit dalaman & ketelusan data
    Rekod tepat dan konsisten membantu HQ memastikan data jualan telus, adil dan boleh diaudit tanpa sebarang pertikaian di kemudian hari.
  4. Kelancaran operasi & sokongan HQ
    Data yang lengkap membolehkan HQ:
  • Menyusun jadual live dengan lebih baik
  • Menyediakan sokongan promosi yang tepat
  • Menyalurkan bayaran komisen tanpa kelewatan

🚫 Perhatian
  • Rekod yang tidak dihantar, lewat atau tidak lengkap dianggap TIDAK SAH.
  • Jualan tanpa rekod tidak akan diambil kira untuk:
  • KPI
  • Komisen
  • Reward / kempen khas

🔗 LINK TERIMA BARANG LIVE HOST

 https://forms.gle/nj6SgmnSf3fAdxDF7

Atau LINK TERIMA BARANG LIVE HOST

1️⃣ OBJEKTIF

SOP ini bertujuan untuk memastikan semua barangan yang dihantar kepada Live Host:

  • Diterima dengan lengkap
  • Berada dalam keadaan baik
  • Direkod secara rasmi bagi tujuan pengesahan, audit dan rujukan HQ

2️⃣ SKOP

SOP ini terpakai kepada SEMUA Live Host Teamon, termasuk:

  • Live Host studio
  • Live Host Work From Home (WFH)

    3️⃣ PROSEDUR TERIMA BARANG
3.1 Pengesahan Penerimaan

Live Host WAJIB mengisi Borang Terima Barang dalam tempoh ≤ 24 jam selepas barangan diterima.

3.2 Maklumat Wajib Dalam Borang

Live Host perlu melengkapkan maklumat berikut:

  • Nama penuh Live Host
  • Tarikh penerimaan barangan
  • Senarai barangan yang diterima
  • Kuantiti setiap item
  • Status barangan:
  • Baik
  • Rosak

    3.3 Bukti Bergambar

Live Host WAJIB memuat naik gambar sebagai bukti:

  • Gambar keseluruhan barangan yang diterima
  • Gambar setiap item dengan jelas
  • Gambar pembungkusan (jika terdapat kerosakan)

📌 Gambar mesti jelas, tidak kabur dan tidak diubah suai.

4️⃣ PENGESAHAN KEADAAN BARANG
  • Barangan yang direkod sebagai baik akan dianggap telah diterima dengan sempurna.
  • Sebarang kerosakan, kekurangan atau ketidakpadanan mesti dilaporkan dalam borang yang sama.

📌 Laporan selepas tempoh ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5️⃣ TEMPOH LAPORAN
  • Borang mesti dihantar dalam tempoh 24 jam dari masa barangan diterima.
  • Borang yang dihantar lewat dianggap tidak sah.

6️⃣ IMPLIKASI KEGAGALAN MEMATUHI SOP

Sekiranya Live Host gagal mematuhi SOP ini:

  • Barangan akan dianggap diterima dalam keadaan baik dan lengkap
  • Sebarang tuntutan selepas itu tidak akan dilayan
  • Kegagalan ini boleh memberi kesan kepada:
  • Penilaian KPI
  • Kelayakan slot live
  • Kelayakan kempen atau reward

Kesalahan di bawah diklasifikasikan sebagai kesalahan operasi dan penyampaian.
Ia tidak menyebabkan Auto Fail, namun akan direkod sebagai amaran prestasi dan memberi kesan kepada penilaian KPI sekiranya berulang.

Senarai Kesalahan

1️⃣ Tidak mempin produk secara konsisten

  • Produk tidak dipin terlalu lama
  • Produk dipin tetapi tidak diselaraskan dengan topik perbincangan

2️⃣ Tidak mengulang promosi atau tawaran semasa

  • Promo disebut sekali sahaja
  • Tidak mengingatkan audience tentang harga, voucher atau tawaran terhad

3️⃣ Interaksi dengan audience yang rendah

  • Kurang membaca komen
  • Tidak menjawab soalan penting
  • Tidak menyebut nama audience atau membina engagement

4️⃣ Terlalu bergantung kepada pembacaan skrip

  • Penyampaian kedengaran kaku
  • Tiada improvisasi atau ayat sendiri
  • Kurang eye contact dan ekspresi semula jadi

5️⃣ Senyap melebihi 1 minit tanpa pengisian

  • Tiada penerangan, CTA atau interaksi
  • Audience dibiarkan tanpa engagement

Implikasi Kesalahan
  • Setiap kesalahan akan direkod sebagai 1 amaran (warning)
  • 3 kali kesalahan yang sama akan mengakibatkan penalti, termasuk:
  • Potongan markah KPI
  • Pengurangan slot live
  • Probation sementara (jika berulang)

Nota Penting:
Kesalahan kecil yang berulang mencerminkan kurang persediaan atau komitmen dan akan memberi kesan jangka panjang terhadap peluang Live Host dalam Teamon.

Sebarang ketidakpatuhan terhadap KPI, SOP atau garis panduan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin secara berperingkat, adil dan berstruktur, bagi memberi peluang pembetulan sebelum tindakan lebih tegas diambil.

Tahap Tindakan Disiplin
Kesalahan Kali Pertama – Amaran Bertulis

Live Host akan diberikan Surat Amaran (Warning Letter) yang merangkumi:

  • Perincian kesalahan yang dilakukan
  • Penjelasan kesan kesalahan terhadap operasi dan jenama
  • Garis masa untuk penambahbaikan

📌 Tiada potongan komisen akan dikenakan pada tahap ini, namun kesalahan akan direkodkan dalam rekod prestasi.

Kesalahan Kali Kedua – Penalti Prestasi

Sekiranya kesalahan yang sama diulang atau tiada penambahbaikan ditunjukkan:

Live Host akan dikenakan satu atau lebih tindakan berikut:

  • Pengurangan slot live
  • Potongan komisen bagi tempoh tertentu
  • Penempatan di bawah pemantauan prestasi (probation)

📌 Tempoh dan bentuk penalti akan ditentukan oleh HQ berdasarkan tahap kesalahan.

Kesalahan Kali Ketiga – Tindakan Lanjutan

Sekiranya kesalahan berulang kali berlaku dan menunjukkan kegagalan mematuhi sistem:

Live Host boleh dikenakan:

  • Tempoh rehat (suspension) daripada sesi live
  • Penggantungan atau penamatan kerjasama daripada sistem Live Host Teamon

📌 Keputusan ini dibuat bagi melindungi kepentingan operasi, jenama dan pasukan.

Nota Penting
  • Semua tindakan disiplin adalah berdasarkan rekod rasmi dan penilaian HQ.
  • Prestasi jualan yang tinggi tidak menafikan atau membatalkan kesalahan disiplin.
  • Teamon berhak untuk melangkau tahap tindakan sekiranya kesalahan bersifat serius atau berisiko tinggi.

Kesalahan

Tindakan

Kali 1- Warning letter

Kali 2 - Potong slot / komisen

Kali 3 - Rehat / digugurkan

Penutup:
Sistem penalti ini diwujudkan bukan untuk menghukum, tetapi untuk memastikan hanya Live Host yang berdisiplin, bertanggungjawab dan komited diberi peluang berkembang bersama Teamon.

PANTANG LARANG 🚫 (AUTO FAIL – MARKAH 0)
Polisi Zero Tolerance

Sekiranya mana-mana pelanggaran di bawah berlaku, markah sesi live akan diberikan 0 secara automatik, tanpa mengira jumlah jualan, view atau tempoh live.
Kesalahan tertentu juga boleh membawa kepada amaran rasmi, penggantungan slot atau penamatan kerjasama.

1️⃣ Meninggalkan Live Tanpa Sebab Munasabah
  • Keluar live tanpa makluman
  • AFK terlalu lama tanpa penjelasan
  • Tinggalkan live sebelum waktu tamat yang ditetapkan

📌 Live Host bertanggungjawab penuh ke atas sesi yang telah dijadualkan.

2️⃣ Tingkah Laku Kasar atau Tidak Profesional Terhadap Audience
  • Marah, meninggikan suara atau bersikap defensif
  • Membalas komen dengan nada sinis, memperlekeh atau menghina
  • Menyindir audience secara terbuka

📌 Audience adalah aset jenama. Sikap tidak profesional merosakkan kepercayaan.

3️⃣ Memberi Maklumat Produk Yang Tidak Tepat atau Mengelirukan
  • Overclaim hasil produk
  • Janji keputusan tidak realistik
  • Memberi info bercanggah dengan SOP atau handbook
  • Menggunakan ayat berunsur perubatan tanpa kebenaran

📌 Kesalahan ini berisiko tinggi kepada akaun, jenama dan pihak HQ.

4️⃣ Live Sambil Melakukan Urusan Lain
  • Makan, tidur, atau meninggalkan kamera tanpa sebab
  • Melayan telefon, bersembang dengan orang lain
  • Membuat kerja peribadi semasa live berjalan

📌 Live dianggap tidak fokus dan tidak menghormati audience.

5️⃣ Membuat Drama, Provokasi atau Konten Sensasi
  • Sengaja mencetuskan konflik
  • Menyindir individu / pihak lain
  • Menggunakan emosi negatif untuk tarik perhatian
  • Menimbulkan isu yang boleh mencemarkan imej Teamon

📌 Teamon tidak menyokong pendekatan drama atau kontroversi.

6️⃣ Tidak Mengikut Arahan & Sistem HQ
  • Mengubah harga, promo atau bundle tanpa kebenaran
  • Memberi free gift sendiri
  • Mengabaikan flow live yang ditetapkan
  • Tidak mematuhi arahan semasa live berlangsung

7️⃣ Pelanggaran Polisi Platform
  • Kandungan berisiko kena report / ban
  • Ayat larangan TikTok
  • Visual atau audio tidak sesuai
  • Mendorong spam atau manipulasi

📌 Kesalahan ini boleh menyebabkan akaun dikenakan tindakan.

Implikasi Pelanggaran
  • Markah sesi live: 0
  • Sesi live tidak diambil kira dalam KPI
  • Jualan sesi tersebut boleh dibatalkan
  • Slot live boleh digantung
  • Tertakluk kepada tindakan disiplin lanjutan

Nota Penting:Prestasi jualan yang tinggi tidak akan menutup kesalahan disiplin.Teamon mengutamakan kualiti, keselamatan dan profesionalisme berbanding hasil jangka pendek.