KPI RASMI LIVE HOST TEAMON 

Dokumen ini berfungsi sebagai penanda aras prestasi, kawalan kualiti dan sistem pengekalan Live Host bagi memastikan setiap sesi Live selari dengan standard Teamon dan menyumbang kepada pertumbuhan jualan jangka panjang.

STRUKTUR KOMISEN

Struktur komisen ini diwujudkan untuk menggalakkan prestasi tinggi dan konsistensi, bukan sekadar kehadiran.

Live Host yang berdisiplin, patuh sistem dan mampu menghasilkan jualan sebenar akan menikmati pulangan komisen yang lebih tinggi dan peluang naik ke slot premium.

POLISI A
Live Host yang komisen dikira berdasarkan jumlah GMV akhir bulanan dan hanya mengambil kira jualan yang direkodkan dengan lengkap serta sah dalam sistem.

POLISI B
Live Host yang komisen dikira berdasarkan jumlah GMV setiap sesi live dan hanya mengambil kira jualan yang direkodkan dengan lengkap serta sah dalam sistem.

Expected komisen adalah anggaran berdasarkan had maksimum GMV bagi setiap tier. Jumlah bayaran sebenar tertakluk kepada GMV akhir dan pengesahan laporan jualan.

⚠️ Nota Penting 

Semua pengiraan komisen adalah berdasarkan rekod jualan rasmi yang diterima dan disahkan dalam sistem Teamon.

Sebarang jualan yang tidak direkodkan, direkod lewat, tidak lengkap atau tidak menepati syarat tidak akan diambil kira dalam pengiraan komisen.

Teamon berhak untuk:

  • Membuat semakan dan pengesahan data jualan akhir

  • Menolak tuntutan komisen yang tidak disokong oleh rekod sah

  • Mengemas kini atau menyemak semula pengiraan komisen sekiranya terdapat percanggahan data

Keputusan pengesahan jualan dan pengiraan komisen oleh pihak Teamon adalah muktamad.

Objektif:
Memastikan Live Host benar-benar komited, konsisten dan boleh diharap.

Penilaian:

  • Memenuhi jumlah jam live minimum bulanan seperti ditetapkan HQ

  • Hadir dan memulakan live mengikut slot yang dijadualkan

  • Tidak meninggalkan live (AFK) tanpa sebab munasabah

  • Konsisten hadir tanpa rekod ponteng berulang

Kegagalan KPI:

  • 1–2 kali: Teguran

  • 3 kali: Pengurangan slot

  • Berulang: Probation / penamatan

Objektif:
Menjamin keseragaman mesej, keselamatan akaun dan kestabilan jenama.

Penilaian:

  • Mengikut skrip, flow dan ayat selamat HQ

  • Tiada overclaim, ayat perubatan atau janji hasil melampau

  • Mengikut harga, promo dan bundle rasmi

  • Tidak mencipta tawaran, hadiah atau claim sendiri

  • Menggunakan sistem report HQ sepenuhnya

Nota Penting:

Pelanggaran SOP dianggap isu serius, walaupun jualan tinggi.

Objektif:
Menjamin pengalaman live yang profesional dan meyakinkan.

Penilaian:

  • Opening live kuat dalam 30–60 saat pertama

  • Flow penyampaian lancar, tersusun dan tidak kaku

  • Eye contact & intonasi natural dan konsisten

  • Energy hidup sepanjang sesi

  • CTA disampaikan jelas, tepat dan berulang secara strategik

Red Flag:

  • Senyap terlalu lama

  • Baca skrip secara kaku

Energy drop berpanjangan

Objektif:
Memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan membina kepercayaan.

Penilaian:

  • Faham fungsi dan kebaikan produk dengan jelas

  • Mampu kaitkan produk dengan pain point pelanggan

  • Boleh jawab soalan customer secara yakin & beretika

Tidak mengelirukan atau bercanggah dengan SOP

Objektif:
Mengukur keberkesanan live dalam menghasilkan jualan sebenar.

Penilaian Utama:

  • Minimum close: GMV RM3000 sesi live

  • GMV per sesi dan GMV bulanan

  • Keupayaan menukar engagement kepada jualan

  • Konsisten membuat CTA sepanjang sesi

Nota Penting:

View tinggi tanpa close tidak dianggap prestasi baik.

Objektif:
Menjaga budaya kerja dan kestabilan pasukan.

Penilaian:

  • Sikap profesional, matang dan terbuka kepada teguran

  • Tiada isu attitude, drama atau konflik

  • Komunikasi beradab dengan HQ & team

Menunjukkan usaha kendiri untuk improve

Objektif:
Menilai kesediaan Live Host untuk dinaikkan tahap.

Penilaian:

  • Prestasi jualan menunjukkan trend peningkatan

  • Delivery dan energy semakin stabil

  • Mampu live tanpa bergantung pada skrip

  • Konsisten submit latihan, mock live dan tugasan

  • Menunjukkan inisiatif tanpa perlu disuruh

STATUS & KELAYAKAN RASMI

Live Host yang:

  • Memenuhi semua KPI asas & lanjutan

  • Menunjukkan komitmen, kestabilan dan prestasi konsisten akan diberikan status:

CERTIFIED LIVE HOST TEAMON dan layak:

  • Masuk slot Live Rasmi Teamon

  • Terima ilmu & teknik premium

  • Dipertimbangkan untuk slot terbaik & reward khas

Peluang ini diwujudkan untuk memastikan semua Live Host yang berkualiti dan berdisiplin diberi peluang berkembang bersama Teamon.