Bayaran Komisen
Keterangan Bayaran Komisen Live Host
1. Bayaran komisen pertama akan dibuat berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui di dalam kontrak antara Live Host dan pihak HQ. Tarikh dan kaedah bayaran adalah tertakluk kepada struktur kontrak masing-masing.
2. Untuk bayaran seterusnya, struktur pembayaran adalah berbeza mengikut jenis perjanjian:
• Ada Live Host yang menerima bayaran secara bulanan
• Ada juga yang menerima bayaran secara mingguan
Semua butiran ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam kontrak dan perlu dirujuk sebagai rujukan utama.
3. HQ berhak untuk menjalankan semakan ke atas data jualan, GMV, prestasi live, rekod kehadiran, pematuhan SOP, serta sebarang perkara berkaitan sebelum sebarang bayaran dilepaskan. Ini bertujuan memastikan ketepatan, keadilan dan ketelusan kepada semua pihak.
4. Tempoh bayaran mungkin mengambil masa lebih panjang sekiranya HQ perlu membuat semakan lanjut, pengesahan data, atau penyelarasan dalaman. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika terdapat perbezaan data, isu teknikal, atau keperluan audit dalaman.
5. Pembayaran akan dibuat hanya selepas proses semakan selesai sepenuhnya dan disahkan oleh pihak HQ. Keputusan semakan adalah muktamad demi menjaga integriti sistem pembayaran.
6. Payslip atau penyata bayaran boleh disediakan atas permintaan sebagai rujukan rasmi untuk rekod peribadi, kewangan, atau dokumentasi Live Host.