Airpod , ipad, iwatch , iphone 17!

Guna & Menang!

6 pemenang, 6 hadiah berbeza

Banner Image

Introducing

Jadual Hadiah Bulanan

  • Disember 2025 – AirPod
  • Januari 2026 – Apple Watch Series
  • Februari 2026 – iPhone SE 4
  • Mar 2026 – iPad 11
  • April 2026 – iPhone 17
  • Mei 2026 – iPhone 17 

Cara penyertaan

Grab Produk Teamon

Green Tea Peel-Off Mask

Rekod Video

Tunjuk proses guna produk + result selepas guna

Publish di TikTok

  • Sertakan bag kuning produk dalam video
  • Akaun public, letak hashtag #TeamonGreenTeaMask & tag @teamonskin

Hantar PENYERTAAN

Copy link video & WhatsApp ke HQ bersama bukti pembelian

Penyertaan Direkod

HQ masukkan nama dalam senarai penyertaan bulanan

DAPAT HADIAH

Nama pemenang diumumkan di Group WhatsApp Teamon Skin & media sosial rasmi

Peluang Menang Apple Setiap Bulan

Join kempen dan hantar video anda. Semua penyertaan yang layak akan masuk pemilihan bulanan untuk hadiah Apple.

KEMPEN “GUNA & MENANG”

Kempen “Guna & Menang” (“Kempen”) dianjurkan oleh Teamon Skin Malaysia (“Penganjur”). Dengan menyertai Kempen ini, peserta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat berikut.

1. Tempoh Kempen & Tarikh Tutup

1.1 Kempen berlangsung dari 1 Disember 2025 hingga 31 Mei 2026.
1.2 Setiap penyertaan bulanan hendaklah dihantar sebelum 11.59 malam pada hari terakhir bulan tersebut.
1.3 Penyertaan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik.
1.4 Penganjur berhak mengubah tempoh Kempen atas sebab munasabah tanpa notis awal.

2. Kelayakan Penyertaan

2.1 Terbuka kepada semua pembeli sah produk Green Tea Peel-Off Mask melalui Website Teamon, TikTok Shop, Shopee, atau pembelian terus dari HQ.
2.2 Akaun TikTok peserta mesti ditetapkan kepada 'Public' sepanjang tempoh Kempen sehingga keputusan diumumkan.
2.3 Staf Teamon, keluarga terdekat, agen, dropshipper, influencer berbayar atau mana-mana individu yang mempunyai kepentingan dengan Penganjur tidak layak menyertai.
2.4 Penganjur berhak meminta bukti pembelian tambahan jika terdapat keraguan terhadap penyertaan.

3. Keperluan Video (WAJIB DIPATUHI)

3.1 Video mesti mempunyai durasi minimum 20 saat.
3.2 Video wajib menunjukkan:

  • Proses penggunaan produk
  • Hasil selepas penggunaan
  • Bag Kuning Teamon dalam frame
    3.3 Video mesti mempunyai kualiti minimum 720p, pencahayaan jelas dan audio yang memadai (jika ada suara).
    3.4 Kandungan berikut TIDAK dibenarkan:
  • Footage milik orang lain (reupload)
  • Video AI-generated / AI face replacement
  • Edit yang mengubah tekstur kulit secara melampau
  • Kandungan yang melanggar polisi TikTok (nudity, harassment, misleading claims, hate speech)
    3.5 Video yang didapati tidak tulen atau menggunakan bahan pihak ketiga akan dibatalkan serta-merta.
4. Format Penyertaan & Penghantaran

4.1 Peserta mesti memuat naik video di akaun TikTok milik sendiri.
4.2 Video wajib disertakan:

  • Hashtag rasmi #TeamonGreenTeaMask
  • Tag akaun rasmi @teamonskin
    4.3 Peserta perlu menghantar:
  • Link video TikTok
  • Screenshot bukti pembelian (resit / Order ID)
    ke WhatsApp HQ.
    4.4 Peserta boleh menghantar lebih daripada satu video, namun hanya satu hadiah layak dimenangi sepanjang Kempen.
    4.5 Penyertaan yang tidak mematuhi format ini tidak akan diproses.
5. Penilaian & Pemilihan Pemenang

5.1 Peringkat 1 (Saringan Automatik):

HQ menapis semua penyertaan berdasarkan keperluan lengkap dan patuh kriteria.

5.2 Peringkat 2 (Audit Manual):

HQ akan membuat audit rawak termasuk semakan metadata video untuk mengesahkan keaslian.

5.3 Video yang disyaki menipu, mencuri footage atau reupload dari akaun lain akan dibatalkan serta-merta.

5.4 Top 50 video terbaik setiap bulan akan dinilai berdasarkan:

  • Kreativiti
  • Storytelling
  • Visual & kualiti suntingan
  • Keaslian penyampaian

5.5 Pemenang dipilih oleh panel yang terdiri daripada wakil HQ dan jurufoto/videografer profesional.

5.6 Keputusan Penganjur adalah muktamad, konklusif & tidak boleh dirayu.

6. Hadiah

6.1 Hadiah bulanan adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual rasmi Kempen bagi bulan Disember–Mei.

6.2 Hadiah adalah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau produk lain.

6.3 Jika stok hadiah tiada, Penganjur berhak menggantikan dengan hadiah setara nilai tanpa notis awal.

7. Pengumuman Pemenang & Penghantaran Hadiah

7.1 Pemenang akan diumumkan melalui WhatsApp Group Teamon Skin dan saluran media sosial rasmi Teamon.

7.2 Pemenang wajib menghubungi admin HQ dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan.

7.3 Jika gagal berbuat demikian, hadiah akan dibatalkan dan Penganjur berhak memilih pemenang baharu.

7.4 Hadiah akan dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengesahan pemenang.

8. Hak Penggunaan Bahan

8.1 Dengan menyertai Kempen ini, peserta memberikan kebenaran penuh kepada Penganjur untuk:

  • Menggunakan video, gambar dan rakaman berkaitan
  • Menyunting, mengolah, menggabung atau menerbitkan semula kandungan
  • Menggunakan kandungan untuk tujuan pemasaran, iklan, promosi atau social proof tanpa sebarang pampasan tambahan.

8.2 Hak penggunaan ini kekal menjadi milik Penganjur walaupun selepas Kempen tamat.

9. Penamatan, Pembatalan & Diskualifikasi

9.1 Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika terdapat:

  • Penipuan
  • Salah laku
  • Pelanggaran mana-mana syarat
  • Percubaan manipulasi keputusan
  • Penggunaan footage pihak lain

9.2 Penganjur berhak menggantung, mengubah atau menamatkan Kempen pada bila-bila masa tanpa notis awal.

9.3 Penganjur tidak bertanggungjawab atas kelewatan penyertaan, masalah teknikal atau kegagalan penghantaran akibat faktor luar kawalan.

10. Perundangan & Perlindungan Data

10.1 Semua data peribadi peserta akan diproses mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

10.2 Sebarang pertikaian akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.