Admin media sosial

Hi. Tugas admin marketing media sosial

Tugasan simple, abah plan nak buat review dengan influencer / artis. But im to busy untuk contact depa ni. Jadi abah perlukan someone yang boleh bantu abah dari segi :

 

  • Cari influencer
  • Deal dengan influencer
  • Buat bayaran pada influencer
  • Follow up bahan influencer

 

KRITERIA :

  1. Influencer (Lelaki/Perempuan)
  2. Umur 20 tahun keatas
  3. Berperwatakan menarik
  4. Yang follow/komen influencer adalah remaja dan keatas
  5. View video 100K dan keatas (tiktok)
  6. View video 20K dan keatas (Instagram)

 

DEAL :

DM/PM influencer untuk VIDEO REVIEW (Flaxseed brightening mask) tanya rate, lepas tu listkan dekat Abah, abah akan pilih yang mana abah akan proceed.

 

Contoh :

  • Mila Zainol
  • Follower : 10K
  • View view : 200K
  • Rate : RM

PAYMENT :

Abah akan payment sekali gus pada awak. Awak akan payment pada influencer

 

FOLLOW UP :

Selepas payment , HQ akan pos produk pada influencer, awak perlu followup video dari influencer.

Dapat video , awak perlu copy dan masukkan dalam dropbox Teamon.

 

KOMISEN :

Abah akan letakkan target.

Contoh : Bulan ni abah nak review 50 influencer tiktok

1 influencer = RM25

Kalau sebulan abah request 50 influencer = RM1250

 

Tapi kalau dari 50 influencer tu awak boleh dapatkan 20 orang sahaja = RM500

Pengalaman abah dengan staff sebelum ni. Biasanya dia ambil masa 3-5 hari untuk siapkan task. Jadi sangat la berbaloikan. Berminat?