Ini adalah terma & syarat tempahan anda untuk Produk Happiness Bag. Terma & syarat ini terpakai untuk semua tempahan melalui Website ini , Whatsapp Teamon Crew dan Teamon Buddy (Reseller/Dropship)
Semua tempahan Happiness Bag adalah Pre-Order bermula 18 | 03 | 2021 sehingga stok habis. Pelanggan boleh membuat bayaran penuh atau menggunakan sistem bayaran 2 kali serendah RM50 untuk lock. Pelanggan yang tidak menyertai pre order ini tidak akan menerima Happiness Bag.
Semua tempahan Happiness Bag menggunakan sistem bayaran 2 kali bayar perlu dijelaskan selewatnya 13 | 04 | 2021 Jam 11pagi. Semua tempahan melalui website atau whatsapp akan dimasukkan kedalam sistem kami. Pembatalan tempahan adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya pelanggan tidak melakukan pembayaran sebelum atau pada 13 April pada jam 11pagi. Tempahan secara automatik akan dibatalkan. Tiada pemulangan wang semula akan dilakukan.
Hubungi reseller anda untuk melakukan baki bayaran.
Semua tempahan Happiness Bag adalah Pre-Order bermula 18 | 03 | 2021 akan di hantar kepada pelanggan bermula 14 | 04 | 2021 hingga 16 | 04 | 2021 secara serentak. Pelanggan dijangka menerima tempahan dialamat anda dalam tempoh 2-3 hari bekerja.
Kami akan hubungi anda sebaik sahaja kami menerima dan memproses bungkusan untuk memberitahu anda bahawa bungkusan itu selamat tiba di tangan kami melalui email atau melalui update di media sosial kami.
Apabila tempahan di hantar kealamat anda, tempoh penerimaan mungkin berbeza mengikut jenis kurier yang dipilih dan kawasan penghantaran.
No tracking tempahan anda akan diberi melalui email, whatsapp atau SMS selewatnya pada 16 | 04 | 2021 . Jika anda tidak menerima no tracking selepas tarikh tersebut.
Hubungi Teamon Buddy menggunakan no whatsapp tempat anda membuat tempahan.
Apabila anda menerima no tracking. Semak no tracking anda mengikut jenis kurier Poslaju atau J&T Express. Semakan boleh dilakukan melalui link : https://www.tracking.my/
Apabila membuat tempahan melalui whatsapp. Pelanggan dibenarkan membuat pilihan jenis kurier yang akan digunakan. Sila pastikan anda memilih kurier yang sesuai mengikut kawasan anda.
Semenanjung Malaysia : Poslaju / J&T Express
Sabah/Sarawak : Poslaju / J&T Express
Sila ambil maklum. Tarikh pengeposan tempahan Pre-Order kepada pelanggan adalah bermula pada 14 | 04 | 2021 sehingga selesai. Pelanggan dijangka menerima parcel tempahan pada 15hb - 19 | 04 | 2021. Tarikh penerimaan mungkin berbeza mengikut kawasan dan jenis kurier yang di pilih.
Sila pastikan pelanggan bersedia untuk dihubungi oleh pihak kurier untuk penyerahan tempahan pada tarikh jangkaan.
Untuk mengelakkan kesulitan dimasa akan datang, semasa proses penghantaran tempahan. Pertukaran alamat selepas tempahan masuk kedalam sistem website ini adalah tidak dibenarkan.
Selepas segala maklumat diwarwarkan. Kecuaian pelanggan menyertakan alamat penghantaran yang tepat mengikut tarikh jangkaan penerimaan parcel, akan menjadi tanggungjawab pelanggan sendiri.
Produk yang telah dijual tidak boleh dikembalikan, oleh itu dukacita dimaklumkan bahawa tempahan tidak boleh dibatalkan sebaik sahaja ditempah, Sila pastikan anda telah diperiksa dan mengesahkan semua butiran dan maklumat sebelum anda memproses bayaran anda.
Semua tempahan Happiness Bag akan dimasukan kedalam sistem kami. Apabila tempahan telah dimasukan kedalam sistem, segala bentuk pemulangan semula adalah tidak dibenarkan. Item dibeli tidak boleh dikembalikan, tidak akan dikembalikan dan tidak boleh ditukar.
Semua makluman Pre-Order telah dipapar pada website ini. Pelanggan dinasihatkan membaca semua infomasi Pre-Order sebelum tempahan dibuat.
Jika terdapat mana-mana bahagian syarat ini yang diisytiharkan haram atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap telah dipadamkan dari syarat dan peruntukan selebihnya dalam syarat akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya, Undang-undang Malaysia terpakai kepada syarat-syarat ini dan sebarang petikaian yang berkaitan dengan syarat ini akan diselesaikan oleh Mahkamah Malaysia.