Peraduan kumpul & menang | Edisi 2021 - 2022

Kumpul dan menang

Bagi menghargai pelanggan kami yang terus setia dengan Teamon.  Teamon Malaysia mengadakan peraduan kumpul dan menang hadiah yang di buat khusus untuk semua pelanggan kami, berupa Teamon T-shirt , Teamon Tumbler dan pelbagai Teamon Merchandise. 
.
.
Syarat penyertaan sangat mudah. Dengan setiap pembelian mana-mana produk Teamon. Anda akan diberi stiker comel, dan anda hanya perlu lekatkan stiker tersebut pada borang penyertaan , lengkapkan sehingga penuh dan tebus hadiah.  
Terdapat pelbagai jenis hadiah yang boleh ditebus oleh Teamon Angel. 
.
.
kumpul dan menang

 

Penyertaan ini terbuka untuk semua pelanggan kami, tak kira dimana anda membuat belian , sama ada membuat pembelian terus di website ini atau mana-mana reseller sah Teamon Malaysia. 

 

CARA MENYERTAI PERADUAN

  1. Beli mana-mana produk Teamon dan Stiker akan disediakan untuk setiap produk. 
  2. Lengkapkan kesemua 12 stiker dalam borang penyertaan yang disediakan
  3.  Hantarkan borang penyertaan pada borang melalui link ini KLIK
  4. Hadiah akan dihantar kealamat anda. 

 

TERMA & SYARAT PERADUAN 

Penganjur Teamon Malaysia 
Alamat 
No 1 Jalan Persiaran Seksyen 4/7 Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang.
Jenis peraduan Lengkapkan 9 stiker Teamon dan menang hadiah.
Hadiah Hadiah akan diberi secara rawak. Tetapi ia bergantung kepada stock availability. Hadiah yang ditawarkan Teamon family set , Teamon Gold , Teamon Keyching , Teamon note book , Teamon MUG , Teamon Bear , Teamon tote beg , Teamon Trail Kit
Pemilihan pemenang Pelanggan yang melengkapkan 12 stiker dalam tempoh yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. 
Tarikh mula dan tutup penyertaan

Tarikh mula : 1 Ogos 2021

Tarikh tutup : 30 April 2022

Cara peserta claim hadiah
  • Peserta akan diberi 1 borang tuntut hadiah. Peserta perlu mengisi borang tersebut. Untuk menuntut hadiah.
  • Hadiah akan diberi secara rawak  Tetapi ia bergantung kepada stock availability
    Peserta tidak layak 

    Mana-mana yang berikut:

    • Ejen, pengedar, agensi pengiklanan dan organisasi lain yang dikaitkan secara komersil dengan Penganjur dan setiap syarikat induk, sekutu, bahagian, subsidiari, ejen dan wakil masing-masing
    • Pekerja dan pengarah Penganjur, termasuk keluarga dan orang yang tinggal bersama mereka.
    Pembelian yang diperlukan

    Beli mana-mana produk Teamon untuk mendapatkan stiker. Jumlah stiker yang diterima berbeza-beza mengikut jenis produk.

      ASAS PERADUAN

      • Peraduan ini terbuka untuk Teamon Angel warga negara Malaysia dengan pembelian bermula 1 Ogos 2021 sehingga 30 April 2022 sahaja. 
      • Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam peraduan ini anda bersetuju dengan Terma & Syarat peraduan ini.
      • Teamon Malaysia berhak meminda Terma & Syarat peraduan ini bila-bila masa tanpa notis awal.
      • Anda hendaklah mematuhi arahan penyertaan.
      • Anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. 
      • Untuk 1 penyertaan anda hanya boleh memenangi 1 jenis hadiah sahaja.
      • Hadiah yang diterima permenang tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
      • Jika borang penyertaan meragukan. Teamon Malaysia berhak untuk melalukan siasatan untuk tujuan pengesahan.
      • Sekiranya borang penyertaan didapati salah. Teamon Malaysia berhak untuk menolak/ hilang kelayakan / disingkirkan atau dihapuskan dari menyertai peraduan.
      • Teamon Malaysia telah sedaya upaya menyediakan hadiah seperti yang dijanjikan. Sekiranya hadiah telah habis. Teamon Malaysia berhak untuk menukar hadiah dengan sesuatu hadiah yang lain. Jenis hadiah yang dipilih bergantung kepada stock availability.

        SOALAN LAZIM

        Jika saya buat belian dengan reseller/Shopee/Lazada. Adakah saya layak menyertai peraduan ini?

        Peraduan ini terbuka untuk semua pelanggan Teamon Angel dengan pembelian melalui webiste ini , whatsapp reseller dan mana-mana platfom jualan produk Teamon.

         

        Adakah saya boleh mendapatkan kesemua hadiah?

        Anda hanya boleh memilih 1 jenis hadiah untuk 1 kertas penyertaan. Jika anda inginkan hadiah yang lain. Anda boleh menghantar lebih dari 1 borang peraduan.

         

        SENARAI PEMENANG

        TAHUN 2021  
        SEPTEMBER 
        OKTOBER 
        NOVEMBER 
        DISEMBER 

         

         TAHUN 2022
        JANUARI
        FEBUARI
        MAC
        APRIL